Nota Editor : Airbnb antara alternatif penginapan yang menawarkan harga berpatutan berbanding hotel dan hostel. Tetapi kebanyakan host Airbnb menawarkan tempat tinggal sekitar penempatan orang tempatan di sana. Yang mana kadangkala boleh menyebabkan sesat jika host tidak menyediakan direction atau alamat yang lengkap untuk ke rumah tersebut.

Ikuti pengalaman penulis yang telah sesat berjam-jam di sekitar Osaka ketika mencari rumah yang telah beliau tempah melalui perkhidmatan Airbnb.


Malu bertanya sesat jalan.

Pengalaman sesat di Osaka almost 3 jam tak jumpa rumah host.

Turun je train station direction yang host bagi dekat Airbnb tak boleh pakai, ke tempat lain dia bawak.

Cubaan pertama gagal.

Kitorang cuba mintak dapatkan direction daripada local. Orang Osaka mostly friendly & sanggup nak tolong. Tapi yang jadi masalah sebab alamat yang kitorang ada dalam roman alphabets (Romaji). Semua orang yang kitorang jumpa masa tu tak boleh baca Romaji.

Cubaan kedua gagal.

Dalam kesejukan angin malam di kala winter kitorang teruskan jugak misi nak cari rumah. Terjumpa dengan seorang lagi local, dia cadangkan untuk ke Koban (Balai Polis) sebab dia pun tak tahu alamat rumah kitorang ni dekat mana.

Cubaan ketiga diteruskan ke Koban.

Sampai di Koban, polis-polis dekat sana sangat helpful. Polis akhirnya berjaya tunjukkan direction yang betul untuk ke rumah host.

Cubaan berjaya.

Maka perjalanan diteruskan untuk ke rumah & rumah telah berjaya ditemui.

Tapi malangnya sesampi je rumah berkunci. Kebanyakan rumah dekat Jepun guna auto lock system. Tapi host kitorang ni tak pernah inform pasal password untuk masuk rumah.

Masa tu la baru nak activate kan roaming sebab desperate nak call host. Public fon masa tu memang tak jumpa. Masa before pergi memang tak active kan roaming sebab dah ada portable wifi. Tapi malangnya cubaan nak activate kan time tu tak berjaya sebab memang tak faham la operator jepun tu cakap apa kan.

Dalam pukul 1 pagi macam tu akhirnya ada 2 orang lalu kawasan rumah tu. Terus kitorang mintak tolong untuk call kan host dapatkan password rumah. Akhirnya berjaya la bermalam di rumah.

Pengajaran:

1) Hati-hati pilih rumah dekat airbnb and sila baca reviews dulu sebelum book. Bila kitorang baca balik review, host ni memang banyak negative comments & ramai jugak orang dah tersesat nak ke rumah ni.

2) kalau boleh dapatkan alamat rumah host dalam bentuk hiragana atau katakana.

3) jangan malu nak bertanya kalau nak hidup.

1 COMMENT