TIP BAJET DAN MURAH KE GUNUNG BROMO INDONESIA

Buat sesiapa yang senasib dengan saya, bajet kecil tapi memiliki hasrat untuk ke Mt Bromo. Ini mungkin serba sedikit boleh membantu.

How to get to Bromo in less than 1juta rupiah atau lebih tepat dengan hanya 613,000 rupiah bersamaan dengan RM190.00. Ini merupakan petikan daripada perjalanan transjava saya beberapa minggu lepas.

1. Ke Terminal Bas Bayu Angga, Probolinggo.

Dari mana pun kota asal anda, tidak jadi masalah tetapi anda perlu stesen bas Bayu Angga Probolinggo sebelum naik ke Cemoro Lawang (Desa plg hampir dengan Pintu Masuk Taman Nasional Tengger Semeru, TNTS).

JOGJA – MALANG – PROBOLINGGO

Perjalanan saya dari Daerah Istimewa Yogyakarta. Saya memilih untuk menaiki kereta api malam, Malioboro Express tujuan akhir ke Kota Malang. Kos bagi Kelas Ekonomi A/C Stesen Jogja ke Stesen Malang Baru adalah IDR167,500, 8 jam perjalanan. Tiba di Stesen Malang jam 4.45 pagi. Jam 5 pagi keluar dr stesen Malang dan menaiki Angkot (warna biru tulisan AMG) ke terminas bas Arjosari, Malang. Lokasi Angkot AMG berhadapan dengan pintu keluar stesen kereta api. Kos adalah 5,000 IDR.

Saya perlu menaiki bas dr Malang ke Probolinggo. Memandangkan saya tiba awal, jadi saya buat keputusan untuk naik bas henti-henti AKAS dari terminal Arjosari Malang ke terminal Bayu Angga, Probolinggo. Kos nya 18,000 IDR memakan masa hampir 2 jam stengah. (Option lain yang lebih selesa anda boleh naik bas PATAS non stop for 30,000 IDR).

2. Ke Cemoro Lawang.

Tiba di stesen bas Bayu Angga, Probolinggo anda akan dikejar oleh pak dan mas ojek yang menawarkan khidmat naik ke atas menggunakan motosikal. Saya tak merancang nak pikul backpack sambil menaiki motor melalui lereng2 bukit. Maka, itu bukan pilihan saya. Keluar sahaja dr gerbang terminal bas, terus ke kiri dan anda akan melalui deretan kedai makan, buah-buahan dll. Disini terdapat elf mitsubishi colt yang membawa anda ke Cemoro Lawang. Jika penuh satu elf (15 org) kos nya hanyalah IDR35,000/orang. Jadi anda ada dua pilihan sama ada tggu sampai penuh atau nego dengan supir elf. Setelah menunggu hampir sejam, hanya ada 6 org sahaja dan kami mengalah. Kami negotiate dengan driver dan beliau mengenakan IDR80,000 per org. Well, a bit costly to my budget but naa I dont want to wait any longer.

3. Cemoro Lawang

Selepas satu jam setengah, elf melayan lereng lereng bukit, anda disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Hilang semua hingar bingar kota, terlupa sebentar penulisan tesis dengan model pelik2. Ok, minta dengan supir untuk drop di Cemoro lawang. Desa paling hampir dengan TNTS. Saya memilih untuk menginap di Pak Yog Homestay (2D1N kos IDR150,000 utk 2 org). Selesai check in, saya sempat berbincang dengan supir elf untuk book jeep sharing ke penanjakan untk sunrise view dan kawah bromo, memandangkan saya hanya travel berdua so kami tak mampu untuk book the whole jeep. Kami membayar IDR 150,000/orang utk jeep keesokan harinya.

4. Bromo sunrise (Penanjakan dan Kawah Bromo)

Jam 3 pagi supir jeep dah ketuk pintu bilik kami dan kami dah ready to Bromo. Ada pasangan dari Holland dalam jeep tersebut dan kami bersama-sama menikmati kesejukan awal pagi di bromo. Memang sejuk awal pagi di sana, persiapkan diri dengan jaket dan lapisan baju tebal. Bayaran masuk ke TNTS IDR37,500 untuk local dan international IDR217,000. Terlampau banyak jeep awal-awal pagi tu so pastikan anda ingat no pendaftaran dan warna jeep anda.

Tiba di penanjakan ucaplah subhanallah kerana view pada pagi itu sungguh mengagumkan. Apa yg dilihat dengan mata sendiri tak dapat menandingi mana-mana lensa kamera.Selepas penat bergambar sebagai kenangan jam 6 pagi kami pulang semula ke jeep dan supir membawa kami turun dari penanjakan menuju ke kawah bromo. Disini lain pula cabarannya, anda akan dikejar oleh banyak kuda yang menyediakan perkhidmatan ke 250 tangga sebelum ke kawah bromo. Anda sentiasa mempunyai pilihan untuk berjalan kaki mungkin dalam anggaran saya sejauh 2KM sebelum mendaki tangga menuju ke kawah.

5. Cemoro Lawang-Probolinggo-Surabaya

Selesai tour saya bersarapan dan pulang ke homestay. Berborak dengan Pak Hartono pemilik Yog Homestay dan check out. Untuk pulang anda tunggu sahaja di depan homestay dengan backpack pasti ada elf yang akan membawa anda turun kembali ke probolinggo. Kos nya adalah IDR50,000. Mungkin jika elf penuh anda boleh mendpatkan harga yang lebih murah.

Tiba di terminal bas Bayu Angga, Probolinggo cari bas PATAS (Barisan pertama dari platform semua bas) tujuan terminal bas Purabaya, Surabaya. Kos nya adalah IDR30,000.

Perbelanjaan : 167,500 + 5,000 + 18,000 + 80,000 + 75,000 + 150,000 + 37,500 + 50,000 + 30,000 = 613,000 approx. RM183.90

Terima kasih kerana membaca, selamat ber-Bromo!