Pemuda Ini Ditawarkan Upgrade Ke Tempat Duduk Kelas Pertama Secara Percuma,Apa Kata Beliau?

“Sir, do you want me to upgrade you to the first class?”

Aku blur. Cuba untuk proses dan memahami apa yang pekerja gate B4 airport tu cuba sampaikan.

“It is free sir. You will be in the first class”

Aku masih blur. Kenapa pulak tiba-tiba nak bagi aku first class? Boarding pass aku dikoyak dan aku diberi boarding pass baru.

“So this is your new boarding pass. Your seat is 4E. Enjoy your flight!”

Aku berjalan untuk duduk sebelum dipanggil boarding ke dalam flight. Banyak kali aku cuba pastikan yang aku bukan bermimpi.

First class kot bukan business class. Kalau nak beli sendiri memang tak la kan dengan harga 10K.

Ahh. Rezeki Ramadhan! Aku terus buat kesimpulan.

***
Sambil aku duduk atas kerusi empuk first class Qatar Airways dengan dilayani pramugari dengan layanan eksklusif aku pon terfikir beberapa benda. Sebabkan bulan Ramadhan, fikiran pon jadi tarbawi sikit la kan. Lulz.

Aku fikir kalau dekat akhirat nanti, masa nak tentukan syurga atau neraka , tiba-tiba kita dapat ‘upgrade’ untuk masuk syurga yang lagi tinggi level dia. Mungkin sebab amal kita yang kecil-kecil yang kita tak sangka kita boleh dapat ganjaran serupa itu.

Kita tak tau mungkin dengan kita bagi tamar sebiji masa berbuka dekat kawan kita boleh masukkan kita dalam syurga. Atau mungkin dengan kita hulurkan segelas air dekat orang berbuka boleh jauhkan kita dari neraka.

Jadi harapan Ramadhan aku adalah aku harap kita semua dapat berlumba-lumba buat kebaikan agar dengan kebaikan itu dapat menjadi pembantu kita di akhirat.

Dan harapan aku juga agar kau, aku dan kita dapat sama-sama rasa nikmat syurga dengan layanan yang lagi hebat dari bidadari-bidadari syurga kelak. Apa lah sangat layanan eksklusif pramugari Qatar Airways tu kan.

‪#‎RamadhanMadrasahTarbiah‬
‪#‎HopesOfRamadhan‬