Nota editor:Terpisah dari keluarga atau kawan-kawan semasa melancong ke luar negara bukanlah satu pengalaman yang diharapkan berlaku. Tetapi pengalaman seperti ini yang membuatkan perjalanan anda lebih unik berbanding orang lain dan boleh membuatkan anda pecah perut jika suatu masa nanti anda mengenang kembali pengalaman buruk anda itu.

Kali ini kami kongsikan pengalaman Zuria Abdullah yang hampir-hampir terpisah dengan suaminya sewaktu dalam perjalanan menaiki keretapi dari New Delhi ke Jaisalmer.


Salah satu destinasi yang kami target nak pegi semasa di India ialah Jaisalmer di Wilayah Rajasthan. Jaisalmer adalah satu kawasan padang pasir/dunes. Selain dari tu disini adalah sebuah bandar lama bekas kerajaan purba dari kaum Sikh.

Untuk ke Jaisalmer kami perlu menaiki train selama 14 jam dari New Delhi dan disinilah episod kejar train ala cerita Hindustan bermula.

Train kami dijadualkan berlepas dari New Delhi pada pukul 5.30 petang. Kami pula tiba di airport New Delhi pada pukul 4.30 petang kerana flight yang delay sejam.

Pada hemat saya, dari airport ke train station yg cuma 16 km dah tentu cukup masa yang berbaki lagi sejam. Rupanya anggapan saya salah! Trafik jem di India adalah sangat-sangat teruk!

Setelah puas cab driver merempit dan menyelit ala-ala cerita fast and furious (thanks to the cab driver kerana memahami) akhirnya kami tiba juga di train station pada pukul 5.25 petang.

Sekali tengok papan tanda di train station semuanya tulisan Hindustan. Alamak! Nak naik train di platform mana ni? Pengumuman pun dalam bahasa Hindustan jugak 😥😥. Tapi saya ada dengar announcement ‘Jaisalmer.. Jaisalmer..’ dan bunyi honk keretapi dah nak jalan. Cemas.

Saya nampak ada seorang bhai ni yang berbaju merah dan berkain dhotti. Saya tunjuk tiket train pada beliau dan dengan muka cemas dia cakap “train prastant hei.. chalo! chalo!” -> tu haa train tu dah nak jalan, jom cepat!! katanya sambil tunjuk kat platfrom diseberang sana.

Ape lagi suami kelam kabut lipat stroller dan dukung Zafira. Saya berlari pegang tangan Syazia. Bhai tu pulak lipat kain dhottinya dan junjung 3 baggage kami atas kepala (ya 3 baggage sekali!).

Kami berlari naik tangga untuk ke platform sebelah pula. Memang termengah-mengah beb. Ahahah.. kalo ingat balik lawak pun ada. Then dah tiba kat platform yang betul terus bhai tu campak baggage dlm train, saya dan budak-budak pun naik train sekali.

Sekali tengok “eh mana laki aku?”. Rupanya sang suami dengan¬†bhai tu tengah tengok confirm seat number kami kat papan kenyataan di platform. Ok, rupanya train kat India ni kalau dah beli tiket dan dapat seat number pun tak semestinya confirm ok? Sebelum naik train kena check pulak dulu nama dan nombor seatnya. Train dah start bergerak, Ah sudah. Laki aku tak naik lagi ni!

Saya berdiri kat pintu train yang sedang mula bergerak sambil jerit panggil suami. Dia dan bhai pun berlari kejar train tu dan akhirnya En suami sempat berpaut dan naik. Wallaweh, nasib je saya tak hulur tgn sebab tgh dukung Zafira. Kalo tak sebijik macam citer hindustan!

Pheww.. akhirnya kami anak beranak selamat juga naik train walaupun berpeluh-peluh dan termengah-mengah sambil tata kat bhai yang banyak berjasa pada kami. Encik suami hanya sempat hulur sekeping note 100 rupee kat bhai tu walaupun rasanya tak setimpal dengan pertolongan beliau.

Alhamdulillah. The next day kami selamat tiba di Jaisalmer dengan selamat. So kalau korang rasa-rasa nak naik train kat India siapkan mental dan fizikal serta hanya sesuai utk travellers berjiwa kental je..huhu. Gambar sumber google, tak sempat nk snap2 gambo.