Nota Editor:Saudara Aiman Hakim yang juga pemilik Aiman Hakim Photography & TKM Wedding & Portraiture telah sudi untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menginap di Hounan Ridge Farmstay yang terletak di daerah Kundasang Sabah. Walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke sana, hanya dari gambar-gambar yang dikongsikan beliau telah cukup untuk kami meletakkan Hounan Ridge Farmstay pilihan penginapan nombor satu jika kami ke Kundasang Sabah suatu hari nanti.

Jika anda pernah menginap di sana ataupun anda mempunyai pengalaman menginap di hotel-hotel lain di sekitar Kundasang yang lebih hebat dari ini, anda boleh kongsikan juga pengalaman anda di ruangan komen.


ohkembara.com_hounan-ridge-farm-kundasang-sabah-5
Kelebihan

1. Tempat lawa gila. Subhanallah, mcm New Zealand la apa la tu mmg betoi.
2. View memang nampak direct puncak Gunung Kinabalu.
3. Boleh memasak.
4. Boleh camping boleh bbq.
5. Ada dorm style jugak.
6. Murah gila compare nak pi new zealand sana (RM80 ++ untuk satu bilik siap ada balkoni, toilet dalam bilik, harap depa x naikkan harga)
7. Internet tak dak masalah kat sana.
8. Bunga2 pun banyak, kalau takat nak buat pickupline pasal bunga memang lepak sni ja la.

ohkembara.com_hounan-ridge-farm-kundasang-sabah-3

Kekurangan

1. Jarak dari main road ke tempat ni dalam 30-45 minit lalu jalan kampung, naik turun bukit.
2. Tiada jual makananan apa2 kat sini, kalau nak makan kena ke pekan kundasang.
3. Tiada tv (hampa hirup udara segar banyak2, x yah tgk tv)

ohkembara.com_hounan-ridge-farm-kundasang-sabah-2

So untuk mengatasi kekurangan tersebut, hampa kena sabaq ja la, nak tempat cantik mesti la ada dugaan, kalau dah sampai tu hampa mesti rasa tenang, x penat apa dah

Makanan elok beli siap2, atau cari raw food boleh masak sana. hihi ( yang ni paling penting) , nak keluaq beli makan pulak tu memang sayang sebab nk lepak sini ja malas nak keluaq

ohkembara.com_hounan-ridge-farm-kundasang-sabah-4

Satu lagi kalau boleh pi time weekdays, msti x dak sapa macam kami pi haritu, aman damai harmoni sentosa , nak pi dairy farm pun x dak org,

Cubaan untuk keluar 3 4 pagi nak tengok bintang atau milky way tidak berjaya sebab awan tebal sgt, sejukk brooo.

Apa2 boleh contact depa direct, selamat bercuti 😉

https://www.facebook.com/hounon.masanog