Nota Editor:Di mana anda duduk di dalam satu-satu penerbangan adalah antara faktor yang mempengaruhi tahap keselasaan anda. Jika anda mampu, anda boleh mengambil tempat duduk kelas perniagaan atau kelas pertama. Bagi yang kurang mampu dan hanya mahu sekadar sampai ke destinasi dituju pastinya ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan jika memilih tempat duduk kelas ekonomi.

Dalam post ini saudara Muadz berkongsi bagaimana memilih lokasi tempat duduk yang selesa dan beberapa perkara yang anda boleh buat yang mungkin berguna untuk anda sebaik turun dari kapal terbang.

Post ini adalah kesinambungan dari post sebelum ini. Jika anda belum membacanya, anda boleh klik pada link di bawah.

Apa 11 Barang Yang Ada Dalam Travel Kit Frequent Flyer Ini

Tips Tambahan

  • Ada duit/effort lebih, bawa sekali coklat cadbury atau m&m. boleh jadi ‘ice breaker’ untuk sembang dengan orang seat sebelah. kalau dia orang tempatan, boleh minta tips berguna di tempat dia. kalau sama-sama traveller, boleh jadi travel partner (jimat duit transport nanti), untung- untung boleh dapat jodoh sebab coklat je, mana tahu.
  • Untuk tips seat dalam flight pula;
    • nak seat ada ruang lapang untuk kaki, ambil seat sama row dengan emergency door. memang boleh stretch kaki lurus.
  • Elakkan seat depan sekali atau berdekatan, sebab mostly traveller with kids akan duduk di depan sebab ada baby bassinet. ada orang tak boleh dengar baby menangis, so duduklah belakang sekali. macam saya tak kisah sangat, sebab memang ada earplug/ipod.
  • Nak elak orang seat belakang sepak/sandar kaki dekat seat kita, ambil seat paaliing belakang sekali. confirm takde orang kacau seat kita dah. orang tendang-tendang seat kita ni sebenarnya lagi annoying dari bunyi bising. kalau bising boleh je avoid/eliminate guna earplug/ipod.
  • Biasakan mesra dengan orang dekat kaunter yang issue boarding pass, try adjust dapatkan seat yang kosong sebelah kita. pandai adjust, dia yang tolong jaga seat kosong sebelah kita tu. Senang nak tidur baring nanti.
  • Once pintu kapal dah tutup atau kapal dah take off dan boleh buka seat belt, biasakan hunting seat kosong yang selesa tidur sebelum orang lain ambil seat tu.

1 COMMENT