Nota editor:Berjam-jam berada di dalam penerbangan jarak jauh antara proses dalam pengembaraan yang kalau boleh kami tidak mahu mengalaminya. Untuk anda yang kali pertama di dalam penerbangan jarak jauh mungkin merasa teruja berada di dalam kabin kapal terbang untuk tempoh yang lama, tetapi setelah beberapa kali mengalaminya anda mungkin akan merasakan apa yang kami rasa.

Untuk anda yang sependapat dengan kami boleh membaca 10 tip untuk mengharungi penerbangan jarak jauh dengan selesa, tulisan Dr. Khairul Naeim. Pengalaman beliau mengembara ke seluruh dunia boleh diikuti di laman fb beliau mysillytravelleg.


TIDAK SELESA DENGAN PENERBANGAN YANG PANJANG !!! INI ANTARA TIP TIP UNTUK SURVIVE DALAM PENERBANGAN YANG PANJANG.

Penerbangan paling lama yang pernah saya tempuh adalah dari Paris ke Kuala Lumpur bersama MH..Saya lebih mengemari penerbangan transit kerana saya ada masa untuk berjalan – jalan sekitar lapangan terbang, mandi dan sebagainya. Anda pula bagaimana?

Penerbangan yang lama sangat memenatkan dan menjadikan tidak selesa jika kapal terbang penuh.

Ini adalah tip- tip untuk survive dalam penerbangan yang panjang.

1.Pilihan tempat duduk ( Tingkap vs aisle)

Jika kita seorang yang kerap ketandas dan suka bergerak , pilih lah tempat duduk aisle.
Tempat duduk aisle adalah lebih selesa kerana kita bebas untuk bergerak dan boleh mengurangkan risiko deep vein thrombosis( DVT)

2.Seatguru

Pilihan tempat duduk juga amat penting. Seatguru.com adalah satu webpage yang boleh digunakan untuk mengetahui tempat duduk yang mana yang bagus atau tidak.
Ini kerana, sesetengah tempat duduk mempunya review yang teruk kerana terletak berdekatan dengan tandas dan galley, kerusi yang tidak boleh dicondongkan dan lain lain lagi.

3.Pilih premium seat

Jika kita mampu untuk mengeluarkan sedikit wang, bolehlah memilih premium seat.
Premium seat adalah lebih luas dan mempunyai konfigurasi tempat duduk yang kurang bsrbanding kelas ekonomi

4.Tukar ke tempat duduk yang kosong

Semasa anda melakukan proses check in, ringan- ringan kan lah mulut anda untuk request tempat duduk yang kosong disebelah anda atau sebaris. Mulakan dwngan bertanya soalan seperti ” Penerbangan hari ini penuh ke? Kalau tidak penuh boleh saya mahu tukar tempat duduk yang lain, bla bla bla ”
Jika anda tidak sempat atau terlupa , anda boleh menukar tempat tempat duduk selepas isyarat pemasangan tali pinggang kaleder telah dipadamkan.

5.Bawa bersama barang- barang yang boleh membantu anda tidur dengan selesa

Antarnya adalah seperti bantal kecil, cover mata , ear plug.
Anda amatlah bertuah jika pihak syarikat penerbangan ada menyediakan kelengkapan tersebut.

6.Elakkan lebihan tidur sebelum penerbangan

Untuk memastikan anda tidur semasa penerbangan, cuba elakkan tidur sebelum perjalanan.

7.Pilihlah red eye flight

Penerbangan pada malam hari adalah lebih sesuai kerana kebanyakkan penumpang tidur dan kita sudah terbiasa dengan wake sleep cycle kita.
Ini menjadikan penerbangan lebih selesa.

8.Lebihkan minum air putih atau mineral dan kurangkan alcohol atau minuman berkafein

Keadaan dalam kabin adalah agak kering.
Untuk mengurangkan dehydrasi, digalakkan untuk lebihkan pengambilan air putih dan mengelakkan pengambilan alcohol dan juga minuman berkafein

9.Pakaian hendaklah selesa

Seboleh- bolehnya, pakai lah pakaian yang longgar, tidak berat dan selesa.
Ini adalh bertujuan untuk menambakan keselesaan kita dan juga penumpang lain.

10.Bawa entertaiment sendiri

Pastikan anda membawa ipad/ ipod dan sebagainya. Ini kerana sesetengah kapal terbang tidak mempunyai IFE . Ini akan menambahkan ketidakselesaan anda.