Nota editor:Pertanyaan asas di bawah pada kebiasannya dapat anda baca di forum-forum pengembaraan, kami kumpulkan 20 soalan yang sering ditanya oleh mereka yang mahu bercuti di Krabi. Pada yang telah sampai ke Krabi, mungkin anda boleh menjawab soalan-soalan berikut di ruangan komen

Tempat menarik di Krabi Thailand;

Hotel yang best di Krabi atau hotel budget di Krabi;

Aktiviti di Krabi;

Ataupun anda boleh kongsikan pengalaman bercuti di Krabi;


1.Nak tukar duit di Malaysia atau di sana?

Tukar kat Malaysia. Semahal-mahal kat Malaysia ni mahal lagi kat sana. Hari tu sebelum bertolak saya tukar 1000 bath untuk RM118. Sampai sana jika nk tukar 1000 bath untuk RM125/126.

2.Boleh keluarkan duit melalui ATM di sana?

Boleh tapi dengansyarat call bank anda di sini sebelum keluar. Bagi tahu dari berapa haribulan ke berapa haribulan anda akan berada d negara tersebut. Bukan boleh main cucuk sahaja. Tapi di Thailand setiap pengeluaran dikenakan caj 200 bath.

3.Dari HatYai nak ke Krabi/AoNang naik apa dan berapa harga?

Ada 2 pilihan. Naik van dengan bayaran std 350 bath. Jika lebih dari ini anda sedang di tipu. Atau naik bas 162/170/214 bath. Yang 214 bath ni ada toilet dlm bas. Tapi ni bas lompat. Dia akan berhenti di mana dia suka dan driver akan kutip siapa dan apa sahaja dia mahu. Perjalanan kami ke Krabi bas tu siap bawa bunga-bunga segar berkotak-kotak, motor sebiji dan TV besar sebiji. Bertabahlah duduk dlm tu. Masa perjalanan 4 1/2 – 5 jam.

4.Dari Krabi Terminal Bus nak ke AoNang macam mana?

Boleh naik pickup 60 bath seorang atau taxi 300 bath. Taxi akan minta 500 bath. Pandai-pandai nego. Kelebihan naik taxi cepat sampai dan terus dpn hotel. Kalo naik pickup tu kat jalan besar je nanti.

5.Makan macam mana?

Makanan halal yang murah banyak kat sana. Yg penting sedap. TomYam Kung lagi best dari Secret Recipe ada 8 ekor udang besar yang segar baru 100 bath. Tapi dalam tu tiada mee lah. Kena minta nasi. Makanan mewah pun banyak. Tepuk poket tanya selera sebelum makan.

6.Pancake tu apa?

Dia macam roti canai tapi nipis yang diletak filling atau topping pilihan kita. Nak buah ke kacang ke. Segala apa pun ada. Sedap? Yes. Saya suka. Harga? 35 bath ke 50 bath terpulang pada filling n topping apa kita nak.

7.Ice Cream kelapa?

Famous kat sana. Macam sangkaya kat sini. Tapi murahlah. Dalam cone 20 bath. Dalam tempurung kelapa 50 bath. SangKaya pun ambil idea dari Thai ni juga nk buat aiskrim tu.

8.Apa pakej menarik?

Terpulang anda suka apa. Sukakan laut pergilah Island hopping. Ada banyak package. Nak santai pergi ke 4 Island. Nak yg padat 7 Island. Sampai malam. Bole tengok sunset sekali. Ada Cliff Jumping lagi jika berani.

Suka snorkeling pergilah Hong Island atau Phi Phi Island.

Kalo suka cabaran extreme amik ATV dan mount climbing. Kayaking juga.

Nak santai-santai tengok-tengok boleh ke Emerald Pool dan Hot Spring.

Sukakan binatang pergi ke Elephant Tracking.

Kita sendiri kena tahu apa kita suka. Masa adalah limited jika ikut package ni. Jadi tak boleh terhegeh-hegeh nak tukar baju bagai. Dah berendam tu bawalah towel or kain sendiri nak balut badan jika ke HotSpring n Pool tu. Kalo Island hooping tiada masalah memang confirmed basah.

9.Sewa motor

Tak perlu lesen. Janji pandai bawa motor ok dah tu. Kecik je motor dia. Sewa 200 bath tuk 24 jam. Passport dia akan pegang sebagai jaminan. Jangan risau passport anda selamat dgn mereka. Jika nk tmbh lagi 1/2 day bergantung ngan owner tempat sewa tu. Biasanya boleh jer.

Masa ambil motor tu minyak dia akan bagi ngam-ngam smpai petrol station. Kalo lepas station tu memang bertolaklah motor. Jangan risau kedai runcit tepi jalan banyak jual minyak dalam botol. 40 bath sebotol.

Helmet tak wajib. Pakai atas keselamatan sendiri.

10.Agensi Pelancongan mana yg bagus?

Travel agencies beratus kat sana. Sepanjang jalan kat AoNang tu setiap 10 langkah ada travel agency ni. Hujung-hujung company yang sama juga yang akan handle kita. Harga kena nego. Jangan ikut harga dalam brochure. Shopping around dulu. Ada beberapa company islam seperti Maryam Tour dan Ana Rashid. Tapi saya tak jumpa dorang kat mana.

11.Hotel/Bilik

Bole book online. Bayar masa kat sana. Bayar dalam Thai Bath. Tapi kalau walk in untuk check in boleh nego further. Contoh rakan sebelah bilik saya walked in. Nego price bilik dari 600 bath dpt 500 jer. Saya yag booked online ni kena bayar 600. Rezeki masing-masing.

Kalo suka nak berulang ke pantai duduk d kawasan AoNang. Kalo suka bandar duduk lah di Krabi Town. 2 tempat tu ambil masa 1/2 jam kalo naik motor.

Hotel/bilik memang sangat banyak. Saya pilih Adam Bungalow sebab dia mcm kawasan kampung. Tak perlu panjat tangga atau lif nak balik bilik.

Bilik saya murah sebab tiada aircond. Mlm agak sejuk. Lagipun masa banyak dihabiskan diluar kan. Balik bilik nak tidur je pun.

12.Travel Insurance

Wajib ambl sebab kerajaan Thai mewajibkan semua travelers dia ada insurance. Hatta nak ke Emerald Pool tu pun mereka kena belikan kita insurance. Dah masuk dlm
harga pakej.

13.Cenderahati

Kalo nk beli untuk diri sendiri atau org lain jika boleh belilah kat depan kawasan masjid sebab kat sana ramai peniaga muslim. Bantulah mereka juga. Harga sama sahaja kat sana.

14.Keselamatan

Alhamdulillah keselamatan masih terjamin. Tiada kes peras ugut atau pick pocket rasanya. Masih aman. Tak mcm di Bangkok. Kena berhati-hati sentiasa. Kat Krabi masih lagi boleh berjalan-jalan dgn aman.

15.Simcard

Ada dijual d 7E kalo nk senang. 7E dan Family Mart merata kat sana. Berpuluh kot. Banyak betul. Nanti mereka akan tolong activate kan simcard tu. Saya ambil yang 299 bath 1.5G data. Ada yang 199 rasanya. Dtac nama service provider tu. Khas untuk tourist.

16.Massage

Ni memang bnyk. Sana sini masat masat. Harga dari 200 bath sejam. Makin banyak nak di massage makin mahal la harganya.

17.Penipu

Bagi saya bukan penipu. Mereka ni lebih kepada opportunist. Mengambil kesempatan ke atas org yg tak tahu apa-apa. Persaingan banyak kan. Jadi mereka cuba dapatkan sedikit lebih dari orang yang berjaya mereka dekati.

Bila kita turun dari transport di mana-mana pun akan ramai mengelilingi kita. Soalan mereka Malaysia? Malaysia? Dan mulalah mereka tawarkan perkhidmatan masing-masing. Keraskan hati. Teruskan berjalan dengan yakin. Kat luar terminal banyak tuktuk menunggu. Tuktuk driver tak boleh cari pelanggan dalam kawasan terminal. Anda kena pergi kepada mereka.

VIALeynaa Mhd Radzali
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here