Nota Editor : Azrin Irwan berkongsi 17 tip yang beliau bawa pulang selepas dari pengembaraan secara solo ke Palawan, Filipina. Beliau menghabiskan masa selama 7 hari 6 malam di sana. Untuk itinerari serta perbelanjaan pengembaraan beliau, boleh rujuk pada pautan di bawah ini.

Itinerari 7h6m Ke El Nido, Sabang Dan Palawan Island


1.Palawan island (Puerto Princesa )

  • El Nido
  • Sabang
  • Coron island (lain pulau)
  • Puerto Princesa Town

2.Flight

  • TIADA direct flight dari KUL to Palawan
  • Flight Detail

KUL – MNL (Manila : AA flight turun terminal 3)
MNL – PPS (PPS Puerto Princesa : AA Naik di terminal 4)

  • Flight yang pergi ke PPS dari Manila

AirAsia Zest
Cebu Air
Philippine Airlines

  • Info tambahan

Flight ke Coron ke Busuanga
MNL – USU
( info shj tak pergi pon.. tak sempat )

Tips #1

  • Free shuttle untuk tukar terminal 3 ke 4. Ikut je signboard kt airport manila tu.
  • Jika smpai malam lepas pukul 12, free shuttle dah tutup & buka semula pukul 6 pagi.
  • Jadi siapa ambil flight 5 pagi ke PPS akan terlepas tetapi jangan risau. Keluar airport manila, sebelah kiri terus smpai keluar dari airport manila, boleh ambil bas (tak tahu nama apa) atau teksi biasa.
  • Harga 100php, teksi airport 350php, kalau jalan kaki siapa sanggup dalam 2km ke 3km.

3.Mobile / simcard Travel

  • Smart
  • Globe

Tips #2

  • Harga : 500php (valid 1week ) dua-dua harga sama, pilihlah mana satu.
  • Data + credit untuk call
  • Boleh dapatkan di airport manila
  • Saya beli smart simcard
  • Bolehlah guna untuk upload gambar-gambar kt IG & sembang-sembang kat wassapp
  • Coverage tak semua tempat line cantik. Jadi pandai-pandai la ye.

4.Pengangkutan dari PPS Airport Ke El Nido

Van dari PPS ke El Nido

  • Banyak agent & company transport
  • Schedule 2 jam. Harga : 500php to 700php/pax
  • Jarak perjalanan : 4 ke 5jam++
  • Berhenti rehat : 2x (1 utk mkn & 1utk toilet )
  • Perjalanan 70% jalan tar & 30% takde tar, jalan tanah merah (jalan tengah buat)

Bas dari PPS ke El Nido

  • Keluar dari airport ambil tricyle pergi ke “San Jose Terminal”
  • Ada bas express cherry bas
  • Harga : 480php
  • Jangka masa : 8jam++

Tips #3

  • Keluar sahaja dari airport akan nmpak khemah ejen-ejen transport, boleh tanya & tawar menawar di situ.
  • Atau nak mudah, saya ada no tel Agent transport.
    • Jayson Jamal hp : 09120441945 / 09993569377
      ( saya dapat nombor dari En .Azmi Panjang & rate 500php/trip & En. Jayson boleh cakap melayu )
      Saya tak guna En. Jayson sebab bila sms, tak reply, dh naik van lain, baru dia call. Sila sms 1 hari sblm untuk maklumkan dia.
    • Van boleh pilih seat jika kosong. Jadi pilih la nak duduk mana. Hari tu saya pilih duduk depan sebelah pemandu.
      Kalau dapat harga 500php beli terus pergi & balik, masa balik letak je pukul berapa, kat sana nanti boleh adjust time dengan kaunter terminal (RESIT SIMPAN untuk bukti dah beli tiket van pergi & balik)

 

5.Tempat Penginapan di El Nido

El Nido Town

  • Kebaikan : Betul-betul di town, kedai-kedai, restoran dan tmpt mula & akhir apa-apa aktiviti. Contohnya island hoping
  • Keburukan : Sedikit bising jika hotel area pub & club, sila cari hotel jauh atau dua blok dari pub atau jalan utama.

Corong – corong Beach

  • Kebaikan : Hotel yang dpt pemandangan sunset cantik & sunyi.
  • Keburukan : 2km ke 3km (10 – 15minit) jauh dari town, jalan kaki atau kena bayar tricycle bila balik dr apa-apa aktiviti.

Calaan Beach

  • Kebaikan : Sunyi & tmpt yg rileks
  • Kuburukan : 2km ( 5 -10minit) jauh dari town & kena jalan kaki atau sewa tricyle untuk balik dari aktiviti. Kalau balik malam, nanti kena lalu sebelah kubur.

Rate Hotel

  • Dorm : 300php to 600php
  • Bilik : 400php to 2000php
    *bergantung kepada jenis hotel / lokasi & bintang

Tips #5

Saya ke sana secara solo, tiada booking apa-apa pun, jadi saya redah je. Dari terminal van, jalan tanya satu-satu hotel & dorm, berbelas hotel dah tanya, dekat & jauh. Jalan kaki dalam 4 ke 5km, akhirnya saya memilih

Hotel Austria’s Place
Saya dapat 500php/bed/night Dorm
(1 blok je dari pantai – tak smpai 5minit jalan kaki ke pantai)

ohkembara.com_austria-places-hotel

6.Makanan & Restaurant Halal

PPS TOWN Puertro princesa

  • Restorant Seri Pal Malaysia
    Seri Pal-Malaysia Hotel and Restaurant

Tip #6

  • Keluar sahaja airport sebelah kanan, jalan kaki dalam 300 meter akan jumpa restoran ni.
  • Sesiapa yang sampai di airport, kalo tak rushing, singah la dulu makan & minum atau bungkus makanan. Lepas tu jalan kaki ke airport baru cari van ke El Nido (atau cari van, beritahu korang tunggu di restoran Sri Pal. Sambil tunggu van, korang makan dulu, nanti 5 jam dalam van.

EL Nido

  • TIADA kedai / restorant menjual makanan halal
  • Ada banyak kedai seafood,di tepi-tepi pantai.

‪Tip #7

  • Saya tak makan di kedai-kedai seafood, sebab rasa was-was sebab kuali/tempat masak dikongsi dengan “pork” ( rata-rata kedai / restoran daging ada pork, tiada jumpa daging lembu atau kambing )

Tip #8

  • Saya bawa travel cooker & lauk-lauk brahim, nasi impit, roti dan biskut.
  • Banyak beli buah-buahan untuk alas perut.
  • Boleh ke kedai runcit utk beli beras dan telur ( ada 1 jenama maggi yang ada tanda halal, roti ada 2 jenis ada logo halal dan beli telur ayam untuk goreng buat lauk )

Tip #9

  • Hari terakhir di El Nido, saya tawaf naik motor dan jumpa papan tanda masjid tapi tak jumpa mana masjid. Alhamdulilah hari terakhir saya dapat berjumpa dengan org islam di kedai betul-betul depan pasar semasa berjalan-jalan di deretan kedai depan pasar sebab terperasan ada perempuan pakai tudung.
  • En Jamil ( +63 9997188216 ) Pn jamilah (ibu) ( +63 949 940 4702 )
  • Saya dah tanya,jika ada kawan-kawan rakyat Malaysia yg nak datang ke El Nido, minta tolong masak makanan, mereka sudi dengan bayaran, sila hubungi mereka.

ohkembara.com_kedai-depan-pasar-jamal

7.Aktiviti El Nido

Island Hoping

i. Tour A : 1,200php
ii. Tour B : 1,300php
iii. Tour C : 1,400php
iv. Tour D : 1,200php

Tip #10

  • Sila tawaf banyak kedai atau travel agent untuk cari harga island hoping yang paling murah.
  • Saya pergi peak seoson jadi semua yang saya tanya harga tetap, nak minta kurang pun tak dapat, dapat 1 tu pun bagi kurang 10php.
  • Season peak : Dec – Awal February (segala mahal termasuk hotel)
  • Normal : Feb – bulan-bulan lain : Boleh nego harga
  • Monsun : Oct – Nov
  • Cuaca / monsun susah nak jangka,orang sana pun cakap macam tu, kalo monsun island hoping akan tengok keadaan laut, jika ombak kuat, dia tak pergi banyak tempat atau mereka balik (maksudnya ada tempat-tempat mereka tak pergi)
  • Alhamdulilah, masa saya pergi cuaca panas sangat.

Tip #11

  • Saya amik tour A & C ( kerana tour ni yg popular & lain dari aktivti snorkeling biasa)
  • Tour A :

Sila bawa 300php untuk kayak (2 atau 3 orang)
Special dia ada 2 lagoon

  • Tour C : (Saya suka yang ni)

ada hike tangga tengok view dan ada lubang misteri ( menyelam atau masuk )

Tip #12

  • Bila ambil island hoping,sila bawa sekali Aluminium foil,bila guide boat masak,sila bg alu foil & bgtau korg muslim,nnti dia akan balut makanan korang & masak bbq dulu & asingkan,sbb tmpt masak bbq ikan/sotong/daging pork sama tmpt.

Tip #13

  • Island Hopping di El Nido SANGAT berbeza dengan island hoping yang saya pernah pergi, krabi/phuket/perhentian/tioman/mabul/semporna.

ohkembara.com_secret-beach

  • Island hoping bukan SEMATA2 snorkeling, setiap pit stop island hoping ada aktiviti lain yang kita kena buat. Contohnya naik kayak masuk pintu macam gua dan masuk lagun, jalan kaki masuk celah batu dan jumpa pantai. Jalan redah air laut dan jumpa pantai. Smpai jeti  kena hike dan daki tangga dapat view. Ada satu tempat akan kita kena berenang masuk lubang (jika air pasang) sebab lubang tu tertutup dan kena menyelam untuk masuk lubang yang mana anda akan jumpa secret beach,cantik!

Taraw Hill Cliff

17 Tip Yang Saya Boleh Kongsikan Dari Pengembaraan Solo Ke Palawan

  • Harga : 300php to 500php perpax
  • Hike dlm 30minit ke 45minit (bergantung kepada org)

Tip #14

  • Sila pakai sandal atau selipar dan bawa air minuman atau coklat
  • Hike akan mula pukul 6 pagi untuk sunrise,kalo lambat naik, panas kat atas tu.
  • Hike dia mcm tabor west,ada batu-batu kena panjat dan hike pijak-pijak batu kapur.

Nacpan Beach

ohkembara.com_nacpan-beach

  • 1,200php / pax
  • Twin beach (pantai putih bersih)
  • Ada view point untuk tgk 2 pantai

Tip #15

  • Cara nk jimat, sewa moto & pergi sendiri (tak payah ambil pakej)
  • Moto sewa dlm 400php ke 600php sehari
  • Minyak isi 50php dah cukup (half tank)
  • Cukup untuk jalan pergi balik dan jalan-jalan

Sunset di Corong-corong Beach

Tip #16

  • Corong-corong & Magelan Beach tempat  matahari terbenam. Siapa suka ambil gambar matahari terbenam boleh jalan kaki ke pantai.

8.Kemudahan Transport di El Nido

  • Tricycle untuk ke mana-mana (harga dalam 35php ke 50php)
  • Atau jalan kaki lagi senang

9.Aktiviti Di PPS

ohkembara.com_underground-river-starting-point

  • Underground River Cave : 1,500php
  • Hike waterfall

Tip #17

  • Cara apply permit sendiri untuk pergi underground river (tgk kt pic) & hike waterfall

ohkembara.com_how-to-apply-permit-for-underground-river

10.Jadual Waktu Sembahyang

http://www.islamicfinder.org/prayerDetail.php

11.Lain-lain Info

Bank

  • Ada Maybank di Town Puerto princesa (tgk peta)
  • CIMB : TIADA di palawan

11. El Nido Ke Coron

  • Ada boat untuk Coron dan jadual selang sehari
  • Cth :
    • Selasa : El Nido – Coron
    • Rabu : Coron – El Nido
    • Harga : 1,700php++ termasuk makan tengahari
    • Jangka masa smpai : 6 ke 7 jam (bergantung kepada keadaan laut)