Back
Next

PENGENALAN

kaabah

UMRAH DIY 2016 (29 APR-9 MAY)

Travelog for self-reference and friends in the future.

10 days, free and easy. 4 days in Madinah, 6 days in Makkah. Umrah DIY (Do It Yourself) ikut budget dan keperluan sendiri. Kalau ada apa2 soalan boleh PM kat facebook

1. Pengenalan
2. Permohonan visa
3. Penerbangan pergi
4. Lapangan terbang Madinah ke Madinah
5. Penginapan di Madinah
6. Madinah
7. Aktiviti di Madinah
8. Makanan dan minuman di Madinah
9. Raudhah
10. Ziarah di Madinah
11. Persediaan sebelum umrah
12. Perjalanan dari Madinah ke Mekah
13. Lapangan terbang Jeddah ke Mekah
14. Penginapan di Mekah
15. Mekah
16. Makanan dan minuman di Mekah
17. Pembinaan di Mekah
18. Mekah ke lapangan terbang Jeddah
19. Penerbangan balik
20. Umrah DIY FAQ
21. Pembelian e-book umrah DIY

Travelog ni dibuat atas dasar niat berkongsi pengalaman sendiri dan mendapat pahala dari ilmu yang bermanafaat. Saya ada masukkan sikit2 personal story utk buat org semangat dan motivate untuk buat umrah. Tujuan saya tulis umrah DIY ni sebab ramai yg bertanya macamana saya buat. So i decided to document our journey this time for sharing. Amat menjadi suatu kerugianlah kalau saya tak share ilmu yg membawa kepada kebaikan. Lagipun byk sgt myth yg tak betul saya dengar pasal buat umrah. Kebanyakannya cerita yg menakutkan. Entah dtg dari mana saya pun tak tau. This travelog will try to demystify all that. Sepatutnya kita hebahkan cerita yg baik dan seronok mengenai tanah suci dan bukan sebaliknya. Dengan cerita yg baik, sedikit sebanyak dapat mengajak orang mengerjakan umrah. Kalau tak pergi dengan cara DIY pun boleh pergi dengan travel agent. Tapi posting ni lebih tertumpu kepada cerita dan kelebihan umrah DIY.

Travelog ni bertujuan memberi tunjuk ajar cara2 perjalanan DIY, panduan budget dan tips2 yg saya belajar dari pengalaman diri sendiri atau melalui pengalaman orang2 lain. Untuk panduan rukun umrah, wajib umrah, doa2 dan pantang larang bolehlah dirujuk kepada byk buku2 panduan umrah yg boleh didapati di kedai2 buku. Do i know everything? The answer is no and i’m learning from others too. Ramai juga yg kongsi pengalaman sendiri dan tips di ruang komen (lihat FAQ). Terima kasih kepada mereka yang sumbangan idea penambahbaikan.

Posting ni bagi guide perjalanan se detail yg boleh berdasarkan pengalaman sendiri dan tunjuk ajar dari yg lain. Sebenarnya, dah ramai juga yang buat umrah DIY ni, tapi ramai yg tak berkesempatan nak menulis. Semasa sampai disana, entah macamana hati di ilhamkan untuk menulis pengalaman umrah DIY. Kebanyakan cerita ditulis semasa saya berada disana. Sampai di Malaysia saya lengkapkan lagi info dan buat editing. Saya galakkan untuk cari rujukan lain selain dari posting saya ni. Byk blog2 dan buku2 travelog diy dah dikeluarkan. Masing2 akan ada experience yg berlainan. Itu yg seronok bila berkongsi cerita. Kalau ada salah dan silap, harap dapat perbetulkan. 😉

Ini adalah umrah kali ke-2 cara DIY.
Umrah pertama saya guna travel agent dan kedua saya gunakan half travel agent + half DIY. Umrah ke-3 & 4 saya buat full DIY.

Alhamdulillah, lepas dapat antara bonus terawal dlm tahun 2010, saya belanja mak & abah pergi umrah. Mmg niat dari dulu nak bawak orang tua pergi ke tanah suci, ada rezeki lebih saya tunaikan hajat yg selama ni disimpan. Niat memang penting as first step, lepas tu insyallah segalanya akan dipermudahkan. Umrah pertama saya guna pakej dari Tabung Haji. Servis memang terbaik dan highly recommended. Program, jadual, segala urusan sangat professional dan teratur. Mmg takde complaint apa. Kalau orang tanya saya which travel agent untuk first timer, yg saya recommend, mmg saya syorkan dari Tabung Haji berdasarkan pengalaman saya.

Lepas umrah pertama di 2010, rezeki makin murah dan makin bertambah. Lepas saya kahwin di 2012, honeymoon saya adalah ditanah suci untuk mengejakan umrah. Umrah kedua saya guna pakej dari company A (bukan nama sebenar). Servis tak memuaskan and i think too commercialize. Masa ni saya sebenarnya dah buat half DIY. Hotel semua saya uruskan sendiri sebab dah tau hotel mana yg terdekat dengan masjid. Travel agent cuma uruskan ground transport, program, visa dan mutawif sahaja. Ada berapa perkara yg saya tak berkenan dgn cara travel agent ni menguruskan jemaah. Masa ni saya dah rasa lagi puas hati kalau buat semua urusan sendiri. Tak susah pun. Saya jangka kalau travel agent tak perbaiki mutu perkhidmatan, makin ramai akan beralih kepada Umrah DIY. Maybe market mereka still wide dengan makcik & pakcik di kampung. Tapi bagi mereka yg dah didedahkan dengan dunia maklumat dihujung jari, ramai akan cari alternatif lebih baik. When someone told me that all the bad experience travelling with the agent, my heart sank. They deserved better! They have to put people first in their mind in doing their business. No business can do well without first doing well by all the people its business touches. Tapi, tak semua travel agent mcm ini, ada yg bagi servis berkualiti dan telus. So, wake up call kepada travel agent untuk tingkatkan kualiti servis anda atau orang awam akan sentiasa mencari alternatif lain.

Alhamdulillah, trip ke 3 dan 4 saya buat full DIY umrah. Umrah DIY lagi seronok dan memberi kepuasan. Puas hati sangat sebab tau duit pergi kemana dan apa yg kita bayar. Full cost transparency. Tak kelam kabut dan tak yah nak “berombongan” sangat. Bergerak sendiri lagi pantas dan mudah. Maklumlah kalau berombongan kita, byk masa dihabiskan utk menunggu dan menunggu, kadang2 tak tahu apa yg ditunggu. Tunggu dan tunggu, byk menguji kesabaran betul.

UMRAH DIY UNTUK KALI PERTAMA?

Saya first time nak pergi umrah. Boleh ke buat umrah DIY?
Posting ni ditulis utk beri panduan lebih kepada utk mereka yg pernah buat umrah. Tp pada pandangan saya, tiada masalah utk first timer. Dengan syarat belajar dari mereka yg pakar, ustad2, dan alim ulama. Lengkapkan ilmu didada sebelum mengerjakan umrah.
Dari segi perjalanan, boleh bergerak secara sendiri walau tanpa travel agent. Lagi terbaik pergi dgn org yg pernah megerjakan umrah.
Ketiadaan mutawif pun takpe sebab kita boleh lengkapkan ilmu dengan membaca byk buku2 panduan dan pergi kursus umrah. Lagipun kalau pergi dgn travel agent pun kadang2 mutawif tak larat nak jaga 30-40 jemaah sekaligus. Masa kat sana pun pandai2 lah kita buat umrah sendiri dan jaga pantang larang sendiri walaupun ada mutawif. Ilmu itu penting. Knowledge is power. Don’t do anything in this world without knowledge.

TAPI SAYA TAK PANDAI BERBAHASA ARAB?

Saya pun tak pandai berbahasa arab dan bukanlah ustad, mutawif & alim ulama. Saya hanya pekerja office macam kebanyakan orang. Di negara Saudi memang bahasa utama adalah bahasa arab. Tapi kebanyakan dari meraka pandai berbahasa basic english. Samalah jugak kalau kita bercuti ke Thailiand, Vietnam, Cambodia atau tempat2 bukan English speaking, tak semestinya kita kena cakap bahasa siam, bahasa vietnamese dan bahasa cambodia untuk survive kan? Boleh je.
Untuk check in hotel, check in flight dan deal dengan taxi, sungguh tak menjadi masalah, kerana mereka faham basic english. Don’t under estimate them. Untuk shopping pun kebanyakan perniaga pandai berbahasa melayu! mostly orang pakistan, bangladesh, myanmar dan lain2. In fact, they can speak more than 5 languages. Arab, melayu, urdu, turkish, dan lain. Again, you’ll be amazed dengan penguasaan bahasa mereka. Ini adalah tumpuan umat islam dunia, kalau mereka tak pandai berbahasa dengan orang, macamana nak berniaga. Ada few occasions yg saya kena deal dengan orang yg tak pandai langsung basic english atau bahasa melayu. Caranya mudah, cakap sahaja dalam bahasa kita dan dia balas balik dengan bahasa dia, dengan izin allah, masing2 akan faham tujuan masing2. Macam itik ckp dgn ayam, tapi masing2 faham. How? i don’t know…kuasa Allah! Berlapang dada & open our mind. And its fun experience dalam kita mengembara dibumi Allah.

KURSUS UMRAH PERCUMA

Untuk kali pertama atau nak refresh memory, boleh pergi kursus percuma umrah yg ditawarkan oleh Tabung Haji. Rujuk facebook page “Tabung Haji Travel” utk jadual.

9.00am-12.00pm Setiap SABTU – OPEN TO PUBLIC
1. Surau Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL
2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
3. Masjid TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor

Kebiasaanya saya pergi 1 atau 2 minggu sebelum pergi. Kursus percuma dianjurkan oleh tabung haji open to public. Saya pergi yg kat tabung haji jalan tun razak. Setiap sabtu jam 9 pagi.

KELEBIHAN UMRAH DIY

MASA YANG FLEXIBLE-Bagi saya umrah DIY byk memberi kelebihan kepada org berkerja yg tak byk cuti. Sebab kadang2 pakej dari agent sampai dua minggu lamanya. Kalau buat sendiri, ikut suka hati kita berapa lama nak pegi. Nak pergi over the weekend pun boleh. Tapi terkejar2 pulak. Saya recommend paling pendek 7 hari. Ikut suka hati kita nak berapa malam di Madinah dan Mekah. Untuk trip kali ni saya gabungkan dengan long weekend hari pekerja. Jadi pilih lah tarikh yg sesuai seperti gabungkan dengan long weekend supaya boleh save annual leave. Semua kita buat & plan sendiri, kata DIY kan! Sound fun and adventure!

Di Madinah atau Mekah pun masa kita tak terikat dengan jadual rombongan. Up to us nak buat apa dan pergi kemana. Makan time pun ikut perut sendiri. Tak terkejar2 dgn jadual yg ditetapkan oleh travel agent. Selalunya, travel agent akan bawak ziarah tempat bersejarah macam mina, bukit thur, padang arafah, ladang kurma, ladang unta. Bab ladang unta tu saya tak berapa faham. Rasanya org Malaysia je yg beriya2 tgk unta. Jemaah dari negara lain takde pun beriya2 pergi ladang unta. Kat Malaysia pun boleh tgk unta kat zoo!! 😜 Ladang kurma pun macam tgk ladang kelapa sawit. Nak beli kurma pun mahal kat ladang kurma. Dibawah saya akan bagi tips nak beli kurma murah kat mana. kalau buat DIY pun boleh pergi tempat2 mcm ni naik uber atau taxi. Saya dan isteri malas nak berlengas2 dan panas, jadi masa byk dihabiskan kat masjid yg ber aircond dgn baca quran, tawaf sunat, solat sunat dan lain2 ibadat. Pernah berborak dengan jemaah lain complaint jadual terlampau padat sampai tak boleh nak rest. Untuk umrah DIY, itu semua tak menjadi masalah sebab semua kita punya plan itinerary sendiri.

KOS YANG MURAH, TRANSPARENT & VALUE FOR MONEY-Memang lebih murah! Kalau fikir logik akal akan pun kalau kita melancong kemana2 menggunakan travel agent mmg mahal. Sebab travel agent akan ambil untung dan duit tu dtg dari poket kita sendiri (hasil titik peluh dan simpanan berbulan2). Travel agent fees kadang2 melampau2 berlipat ganda. Kalau servis tip-top takpe la jugak. Ada juga byk kes yg kena tipu (flight tak landed kat KLIA, hah cemana tu?). Kalau kita beli tiket flight sendiri, book hotel sendiri, book taxi sendiri, etc, kita tahu mana duit kita pergi berbanding bayar terus dgn travel agent. Mana yg kaki jalan atau backpacking mesti faham bab ni. Samalah juga kita buat umrah, takde beza. Kadang2 kesian dengan jemaah yg kami jumpa disini bila berbual, harga mereka byr lebih kurang sama atau lagi mahal. Hotel jauh turun naik bukit dan share sampi 7 sebilik! 😱😱😱. Kesian dgn pakcik makcik yg dah tua2. Kami book hotel kat perkarangan masjid dan dekat. Harga semua bergantung kepada budget masing2. Mungkin harga DIY lebih murah atau sama dgn harga pakej dari travel agent, but you have total control on what you want. Value for your money. Ketelusan apa yang kita bayar. Sebenarnya, hotel kat mekah dan madinah sgt byk pilihan dan bermacam2 harga. Serendah dari rm150 sehingga ke 2-3 ribu semalam. Ikut selera dan budget anda.

And since this is the only big trip for both of us would be taking this year (we have not been traveled for past 12 months) , so we were willing to spend bit more for the hotel.

Penat kot cari duit, now it’s time to rewards ourself.




Back
Next
VIAAdaha Schoeffel
SHARE

5 COMMENTS

  1. Ini adalah satu motivasi dan penguat semangat kepada saya dan isteri. dah pergi umrah 3 kali tapi kesemua melalui agent. kami plan nak diy. so skg tgh servey2 cari ilmu. bila baca blog tuan, x sabar2 nak pegi sbb dah tergambar2 ape yg tuan karangkan.InshaAllah doakan kami jadi tetamu Allah lagi. terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman.

  2. Subahanallah.. sgt memberi motivasi dan keazaman yg tinggi utk berpijak di tnh suci dgn cara diy..trima kasih. Moga Allah s.w.t limpahkan nikmat rzki yg mlimpah ruah pd tuan & fmly krn sudi share ilmu yg sgt bermanfaat utk umat islam dia Malaysia ni. Syukur

  3. Alhamdulillah.. dan terima kasih dgn ilmu yg dikongsi bersama.. saya sedang mencari jln nak bwk family secara diy.. semuga termakbul hajat.. mohon share lagi info.. tk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here