Back
Next

PERMOHONAN VISA

Visa boleh di buat sebulan sebelum tarikh penerbangan. Visa valid for 30 days. Saya diberitahu kalau visa bulan Ramadhan adalah 15 hari. Ia di had kan kepada 15 hari supaya mengelak orang awam overstay sampai ke musim haji. Jangan buat perkara macam ini, kerana melanggar peraturan negara orang akan menyusahkan semua orang. Ikut peraturan tempoh visa. Permohonan visa akan di buka semula 2 bulan selepas waktu haji ~ sekitar bulan November.

Untuk visa, saya pernah buat 2 minggu sebelum pergi pun takde masalah. Kerajaan arab saudi telah menetapkan hanya travel agent yg berdaftar boleh apply visa. Lawat website Saudi embassy untuk tgk list registered company yg boleh buat visa umrah. Harga visa adalah RM200 telah ditetapkan oleh kerajaan arab saudi (lihat sendiri website saudi embassy). Tapi melalui agent harga jadi RM300. Kira RM100 tu kos upah la. Takpelah..halal! Tapi ikut pengalaman, big companies mmg tak nak ambil urusan visa sahaja. Rata2 nak suruh kita ambil dgn package umrah sekali. I guess that’s how they make money. So cuba tanya beberapa travel agent yg nak ambil urusan visa.

Google saja “umrah visa application”..byk info yg akan keluar. Untuk email dan contact details sila google ye.

Hubungi dan bincang dengan travel agent. Nyatakan schedule anda, tarikh penerbangan dan hotel. Lepas setuju, tempah flight dan hotel.

Submit travel document (flight & hotel), buku vaccination, surat nikah yg telah disahkan, surat beranak, & apa2 membuktikan mahram pun boleh. Mahram lelaki boleh bwk mahram perempuan berapa byk yg boleh, tak jadi masalah. Oh ye, kalau umur jemaah wanita lebih dari 45 tahun kalau tak silap tak perlu mahram lagi, but can travel with trusted companion (Untuk pengesahan, cuba tanya travel agent yg uruskan visa anda). Visa siap paling cepat dalam masa 3-7 hari. Pernah buat visa siap dalam masa 3 hari je. Utk trip kali ni siap seminggu. Alhamdulilah!




Back
Next

5 COMMENTS

  1. Ini adalah satu motivasi dan penguat semangat kepada saya dan isteri. dah pergi umrah 3 kali tapi kesemua melalui agent. kami plan nak diy. so skg tgh servey2 cari ilmu. bila baca blog tuan, x sabar2 nak pegi sbb dah tergambar2 ape yg tuan karangkan.InshaAllah doakan kami jadi tetamu Allah lagi. terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman.

  2. Subahanallah.. sgt memberi motivasi dan keazaman yg tinggi utk berpijak di tnh suci dgn cara diy..trima kasih. Moga Allah s.w.t limpahkan nikmat rzki yg mlimpah ruah pd tuan & fmly krn sudi share ilmu yg sgt bermanfaat utk umat islam dia Malaysia ni. Syukur