Roadtrip Di New Zealand Dengan Campervan Semasa Musim Luruh 17-27 April 2016

moeraki boulders new zealand
Moeraki Boulders, tempat wajib singgah.

Pengenalan

Cubaan untuk re-match catatan yang pernah dibuat team wanita ke NZ dengan budget RM3500/pax. Tapi kali ni situasi berbeza sikit sebab kami travel 1 hari kat North Island, 8 hari kat South Island dengan menaiki CAMPERVAN.

Siapa nak rujuk, copy atau share itinerari ni silakan. Tapi diingatkan yang itinerari ini agak HECTIC sebab nak cover sebanyak mungkin aktiviti dalam tempoh tersangatlah singkat.

arrowtown city new zealand
Tempat terbaik melihat autumn di New Zealand di bandar Arrowtown.. Kebetulan time dtg ada Autumn Festival 2016.

Perancangan

Asalnya plan ni hanya angan-angan tahun 2010 dengan Mohd Naqiuddin Fadzil. Dah 6 tahun dia asyik ungkit, bila call saja, kena perli pasal NZ. Tiket masa tu mahal, Airasia pula tiba-tiba tutup route kalau tak silap 2012. Terkubur la sekejap angan-angan nak ke sana.

Awal 2016 route dibuka semula, terus call paksa join NO excuse!

Dari plan awal dulu 2 orang, akhirnya jadi 9 orang termasuk 1 baby. Kami dua jadi project manager lantikan sendiri, tolak pi tolak mai, argue sana argue sini maka lahirlah transkrip itinerari ni.

Itinerari dan perancangan detail boleh rujuk di sini.

Kami suami isteri dan baby naik satu campervan 2 berth +1 infant. Naqi satu keluarga naik satu motorhome 6 berth.

caravan di new zealand
Di sini lah tempat kami anak beranak tidur, masak, makan, mandi, bersiap dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Perbelanjan

Ini bahagian ‘budget‘ sebagai panduan untuk siapa yang nak copy itinerari dengan cara jimat. Perbelanjaan total kami ada di kos tambahan.

Budget BASIC untuk seorang :-

1.Tiket

KUL-Auckland-KUL RM1066
Auckland-Christchurch-Auckland RM430

2.Campervan RM1420

3.Fuel (diesel)  RM250

4.Campsite RM120

5.Meal RM100-(Sebab kami 8 orang masak sendiri – potluck, maggi, bawa beras, bihun kering etc.)

Harga tiket flight AirAsia KUL-AKL-KUL sudah termasuk seat tapi tak termasuk bagasi. Di sini boleh jimat ikut kreativiti dan budget sendiri kalau handcarry. Tapi untuk keselesaan kami tambah bagasi dalam kos tambahan.

Jadi, teorinya dengan anggaran bawah RM3386 juga dah cukup nak ber-campervan ke New Zealand secara bajet. So plan your trip!

lake pukaki new zealand
Lake Pukaki, dapat lihat Mount Cook dari jauh.

Makanan masak sendiri simple-simple dalam campervan. Lepas tu kerap potluck ramai-ramai. Barang kering banyak bawa dari Malaysia kecuali bahan basah, memang jimat banyak.

Disebabkan kami bawa our junior traveller (kali ke-2 dia travel), maka haruslah ada kos tambahan lain untuk keselesaan bersama. Jadi kos ni bertambah sikit luggage, babyseat, comfort dan baby need etc. Dalam flight dan campervan.

Untuk extra kos lain yang kami tambah sebab masih dalam budget.

milford sound scenery
Gunung ber-glacier, masa balik dari Milford Sound.

Perbelanjaan Tambahan

1.Van extra RM 60

2.Penginapan extra RM 88

3.Tiket Hobbiton RM 221

4.Tiket Milford RM 126

5.Lain (beg dll)RM 170

Yang ni kalau ada budget lebih boleh cuba.

Jumlah perjalanan lebih 1800km untuk hampir 9 hari dari ;

Auckland city – Matamata (Hobbiton) – Christchurch – Tekapo – Pukaki – Twizel – Wanaka – Queenstown – Glenorchy – Arrowtown – Te Anau – Mildford Sound – Mossburn – Dunedin – Moeraki Boulders – Shag Point – Oamaru – Timaru dan pulang ke Christchurch dan Auckland.

Akhir sekali nak kongsi tips untuk super jimat.

tekapo lake new zealand
Tasik Tekapo sangat cantik. Kebetulan ada bulan purnama ketika sunset.

Tips Bajet Di New Zealand

1. Kalau sanggup boleh pilih tarikh antara Mei ke Oktober, tapi yang ni sejuk sikit. Untuk campervan company kami suami isteri ambil, harga boleh menjunam hampir 50% dari harga biasa. Antara 1 Mei ke 30 September setiap tahun. Rujuk itinerari untuk detail.

2. Sewa GPS agak mahal, guna sahaja waze. Tapi pastikan masa nak set waze tu ada line, nanti tengah hutan baru nak set kan mendapat.

3. Tiket ke Mildford Sound Cruise berbeza mengikut jam. Bangun awal pilih yang terawal, lagi awal lagi murah. Booking online sebelum ke sana. Untuk keselesaan, ambil cruise berserta bas dari pekan Te Anau. Kalau drive agak jauh jugak dan berbukit, campervan kami rosak di sini.

4. Konsep motorhome sangat mudah, lagi ramai lagi jimat. Motorhome akan jadi murah bila dibahagi, tapi kena tempah 2-3 bulan awal untuk harga yang murah.

5. Tak perlu nak ambil campsite berbayar terlalu kerap, ambil selang-selang pun boleh. Bateri akan recharge during travel. Melainkan anda memang nak pakai microwave dan plug elektrik.

6. Download app Camping NZ dan Camper Mate untuk rujukan tapak parking campervan. Campsite dibawah Department of Conservative (DOC) adalah percuma/murah, tapi ada syarat yang perlu dipatuhi.

7. Antara Wanaka ke Queenstown ada jalan pintas, Crown Range Road. Pengalaman naik campervan dan motorhome situ sangat bahaya dan mencabar, zig zag climbing. Sesetengah motorhome insuran tidak cover jika lalu jalan ini. Alhamdulillah kami selamat semuanya. Kedua-dua transport kami bau hangit lepas lalu sini, tapi pemandangan kota queenstown dari atas bukit ni sangat cantik.

Nota kaki

  • Kami hanya ber-campervan di south island dan pengiraan kos bermula dari KL pulang ke KL.
  • Di saat akhir campervan ada sedikit masalah teknikal dan diganti dengan pengangkutan dan penginapan tambahan ditanggung syarikat campervan.

75 COMMENTS