Nota Editor : Jika anda sedang mencari tip ke Cappadocia Turki, artikel pendek tulisan Yeen Ayin ini sedikit sebanyak akan membantu anda.

Cappadocia di Turki sememangnya terkenal dengan hot air ballon atau belon udara panas. Kos menaiki belon udara panas di sini adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi lain di luar negara. Jika menaiki belon udara panas adalah satu aktiviti yang termasuk dalam bucket list anda, Cappadocia ialah tempat yang terbaik untuk anda melakukannya.

Selain dari harga yang rendah, pengalam menaiki hot air baloon di sini pastinya sukar dilupakan di tambah lagi dengan pemandangan indah yang tidak sama jika melakukannya di tempat lain. Tarikan Cappadocia bukan setakat pada hot air ballon sahaja, bermalam di cave hotel atau cave dorm di Cappadocia pastinya pengalaman yang unik.

Cappadocia Hot Air Baloon 

Hari ini saya mengambil peluang untuk menaik Hot Air Ballon. Di sini langit cerah lebih awal, jadi kena bangun pukul 3.30pagi untuk bersiap-siap keluar untuk menaiki belon panas. Pada pukul 4.15 pagi minivan dah datang ambil. Boleh booking melalui hostel atau ejen-ejen di sekitar Göreme ini. Harga dalam lingkungan €90-130, bergantung kpd ejen masing-masing. Harga termasuk 1 jam belon, sarapan, pengangkutan dan sijil. 16-20 orang untuk 1 ballon. Untuk 2 jam kena bayar lebih.

Kena periksa betul-betul sebelum ambil mana-mana ejen, sebab mereka terbang dari destinasi yang tak sama. Kena periksa dari mana mula, sebab ada yang terbang di kawasan yang pemandangn tak berapa cantik.

Cara Ke Cappadocia Dari Istanbul

Macam mana nak pergi Cappadocia ini? Paling senang guna flight dari Istanbul. Ada 4 airlines yang terbang to Cappadocia.

1) Turkish Airline
2) Pegasus
3) Onur Air
4) Atlasglobal

Ada 2 airport kalau nak pergi Cappadocia, Nevsehir & Kayseri. Saya cadangkan turun di Nevsehir, lebih dekat dengan famous town, Göreme. Turkish airline selalu buat promosi ke Cappadocia. Tapi servis Turkish airline untuk penerbangan domestik sangat teruk, staff tak friendly, ground staff tak membantu, sombong dan lain-lain.

Airport Nevsehir sangat kecil dan hanya ada teksi untuk ke hostel. Cara terbaik adalah dengan book shuttle pick up dari hostel yang kita book. Harga dalam 20 lira seorang. Teksi agak mahal sikit. Hanya Turkish airline yang offer banyak flight ke Cappadocia, yang lain hanya 1 flight setiap hari. Beli awal boleh dapat return flight yang sangat murah. Baik terbang dari Ataturk bukan Sabiha. Ataturk airport yangg sangat senang nak akses dari Istanbul.

Göreme

Cappadocia ada banyak pekan, paling famous traveler tinggal di Göreme. Pekan-pekan yang lain macam Avanos, Uchisir, Urgup pun ada. Göreme sangat strategik. Banyak hostel terutamanya cave hostel. Dorm dalam RM25-40. Banyak restoran dan kedai-kedai cenderamata juga. Boleh cuba pengalaman baru dengan tinggal di dalam cave hotel atau cave dorm.

Pengangkutan Awam Di Cappadocia Turki

Public transport tak berapa bagus sini, boleh naik teksi, sewa motor or book tour dengan ejen-ejen di sini. Kebanyakan teksi di sini offer daily tour ke pekan-pekan sekitar. Dalam 80 lira untuk travel ke Urgup, Avanos, Underground City di Mazi dan beberapa tempat lain.

Aktiviti-aktiviti Lain Di Cappadocia Turki

Untuk yang suka aktiviti lasak, boleh book horse riding pada harga 70 lira untuk 1.5 jam, ATV ride dalam 70 lira untuk 2 jam. Night tracking, green tour trekking & jeep safari tour pun ada. Harga mesti kena survey, jalan setiap satu-satu kedai dan tanya. Saya ada kawan lokal, dialah yang arrange semua.