Tip Melancong Ke Gold Coast Australia Tanpa Menggunakan Agensi Pelancongan

Saya nak share beberapa tip melancong ke Gold Coast tanpa menggunakan agensi pelancongan atau pakej pelancongan.

Tiket Penerbangan Ke Gold Coast

Kalau beli setahun awal rasanya boleh dapat harga RM299. Kalau beli lambat, harga antara RM1200-1800 dan kalau ada promosi mungkin boleh dpt RM800. Kuala Lumpur – Gold Coast (8jam) dan waktu Gold Coast cepat 2 jam daripada Malaysia

Hotel Di Gold Coast

chateau beachside gold coast

Chateau Beachside, Surfers Paradise (RM350/hari tiada aircon, ada kipas sahaja) sangat recomended sebab view memang betul-betul tengok Surfers Paradise Beach, siap boleh tengok sunrise setiap pagi.

chateau beachside gold coast

Hotel ni terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan, senang nak naik tram dan bas. Dekat dengan Hard Rock Cafe, Surfers Paradise sign, Ozi Kebab, 7e dan banyak lagi( Dekat jugak dengan butik LV, Hermes, Prada, Gucci etc )

ETA Untuk Australia

Email ke eta.australia@yahoo.com your details (ambil gambar pasport, email, mobile number, flight details, home address) lepas ETA dah siap, boleh bank in RM20/seorang.

Makanan Di Australia

Australia sangat strict dengan makanan luar, dairy food sangat dilarang untuk dibawa masuk. Pastikan nanti declare makanan apa yang anda bawa pada custom declaration form yang diberi, sebab di airport nanti ada lane 1 dan lane 2. Kalau mereka suruh pergi ke lane 2 nasiblah kena geledah dengan anjing. Tetapi jika mereka suruh anda lalu di Lane 1, maknanya tiada masalah dengan barang-barang yang anda bawa.

makanan di gold coast

Di area Surfers Paradise jangan lupa cuba pizza and kebab yang sangat sedap macam Ozi Kebab, Theo’s Kebab di sekitar Hard Rock Cafe. Biasanya harga 1 set kebab siap fries & air tin = AUD 10/AUD 12 dan 1 pizza = AUD 3, kalau 2 slice = AUD 5.

halal food gold coast

Simkad Di Australia

optus simcard gold coast australia

Di airport atau sekitar kawasan hotel, beli simkad OPTUS YES ( warna kuning ) AUD 10 sajaa! Lepas tu topup lagi AUD 10,anda boleh online sampai pengsan, internet dia sangat lah laju.

woolworths gold coast

Nak beli barang makanan, cari bangunan Hard Rock ada “Woolworths” masuk dalam tu dan turun bawah, macam-macam ada dalam tu.

Pengangkutan Di Gold Coast

go card pass gold coast

Guna public transport sudah memadai, sangat mudah dan senang. Tak perlu nak sewa kereta beratus dollar, isi minyak and kena tengok waze. Di aiport beli Go Card Pass (macam Touch N Go) di kiosk sebelah information center. Satu kad berharga AUD 10, lepas tu topup untuk one day pass AUD10 darab berapa hari di sana. Dalam sehari tu, pengunaan adalah unlimited ke mana-mana pun menaiki tram atau bas.

Tram

gold coast tram station

Tak susah pun tram di Gold Coast dan tentunya tak berbelit macam Korea, London, Paris dan lain-lain. Hanya ada 16 station sahaja dan saya hanya lalu 6 station saja.

Bas

Dari Airport ke Surfers Paradise ( Bus 777 & Tram )

Lepas beli Go Card Pass tu, keluar dari airport dan cari bas 777. Naik smpai Broadbeach South lepas tu naik train berhenti di stesen Surfers Paradise atau di Cavill Avenue (Hard Rock Cafe)

Dari Surfers Paradise nak pegi Themepark, Cari stesen bas (boleh tanya reception hotel) dan naik.

  • SeaWorld (Bus 705),
  • Movie World, Wet N Wild ( Bus TX2)
  • Currumbin Wildlife ( Tram & Bus 700)
    *Jangan lupa check timetable bus

Surfer Paradise Beach

gold coast beach

Ombak di pantai sangat kuat dan air sangat-sangat sejuk, celup kaki sekejap je dah kot.

Taman Tema Di Gold Coast

  • Movie World, Seaworld & Wet N Wild AUD89.99/seorang
  • Currumbin Wildlife AUD35/seorang ( Nak tangkap gambar dengan koala AUD 23 )
    *Tiket boleh beli online atau beli di mana-mana kiosk di sana pon boleh.

Cadangan Itinerari Ke Gold Coast,Australia

Hari Pertama

  • 7.30 pagi tiba di Gold Coast Airport.
  • Check in hotel tapi tak boleh masuk lagi, jadi cakap dengan reception nak tumpang beg di stor (pastikan masa buat tempahan di Agoda remarks nak early checkin).
  • Jalan-jalan di sekitar kawasan Surfers Paradise. Makan kebab, cari tiket themepark, tangkap gambar sekitar Surfers Paradise dan mandi pantai (ombak sangat kuat).

Hari Kedua

sea world gold coast

  • Habiskan masa sehari suntuk di Seaworld. Dibuka dari 10 pagi hingga ke 5 petang
  • Tengok timetable, ada banyak show sperti dolphine show, sea lion show, ninja turtle show, Dora show, Spongebob Squarepants 3D show, etc

Hari Ketiga

currumbin wildlife sanctuary gold coast

  • Currumbin Wildlife Sanctuary
  • Keluar awal sikit dalam pukul 7 pagi sebab opening hours 8am-5pm
  • 10am naik bas balik terus pergi ke Wet N Wild (bas terakhir 11.45am)
  • Opening hours Wet N wild 10am-5pm

Hari Keempat

movie world gold coast

  • Habiskan masa sehari di Movie World
  • Opening hours 10am-5pm sama jugak macam seaworld
  • Tengok timetable untuk tengak show macam Batman show, Looney Tunes 4D show, Bugs Bunny and Friends, Scobydoo show, Holywood Stunt Driver Show etc.
  • Boleh main Roller Coaster dan ada kids themepark.

 

4 COMMENTS

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.