WWOOF Di Jepun

Seperti mana yang kita tahu, negara matahari terbit mempunyai taraf hidup yang tinggi. Tempoh travel selama 17 hari pada Julai 2015 memberi keputusan untuk saya ‘volunteer’ sebagai seorang ‘WWOOFer’ di Kisarazu, Chiba, Jepun, setelah membaca sebuah artikel di dalam website Solo Travel.

WWOOF adalah singkatan kepada World Wide Opportunity of Organic Farming, dimana sistem ini memberi ‘win-win situation’ kepada host dan WWOOFer.

Host akan menyediakan tempat tinggal dan makanan manakala ‘WWOOFer’ mesti berkhidmat untuk host.

Pengalaman yang unik, saya diajar untuk ‘living organically’ , bayangkan sebuah kereta dijana menggunakan hasil recycle minyak tempura sahaja.

Host saya tidak menggunakan baja kimia untuk tanaman mereka , ‘If we use chemical, we kill the ecosystem’ , ujarnya.

Kenapa saya WWOOFing?

1) Curiosity. Selepas saya membaca artikel tersebut, timbul rasa ingin tahu yang mendalam tentang WWOOFing. Macam best je !

2) Jimat kos perbelanjaan. Living cost di Jepun sangat mahal. WWOOFing adalah free, cuma beli tiket penerbangan dan sedikit duit sara diri.

3) Kenali budaya Jepun dengan lebih dekat. Saya memang meminati bahasa dan budaya Jepun sejak zaman Takuya Kimura lagi.

How to join WWOOFing ?

1) Beli flight ticket. (Determine negara mana nak pergi)

2) Layari www.wwoof.net . Pilih negara, jika di Jepun ada permit WWOOFing sebanyak $50 untuk setahun. Ada negara yang free.

3) Cari host, disarankan cari ramai host supaya ada back-up plan & request.

4) Communicate dengan host dengan mesej di website WWOOF.

5) Jika host confirm dengan kehadiran kita, just proceed and pergi rumahnya.

6) Adapt dengan persekitaran and cara kerja mereka. Good luck guys.

Photos taken with Iphone 5S, edited with VSCO preset A6
IG : ainaakassim

wwoof in japan
#1 Katsura Yamano, isteri kepada inspiring host saya, Teruhiro Yamano.
wwoof in japan
#2 Tandas organik Yamano, hasil contengan Fuwa & Katsumori.
wwoof in japan
#3 Yamano Fuwa, anak perempuan host yang comel. Mempelawa saya taiyaki inti kacang yang sedap !
wwoof in japan
#4 Sebelum sampai di rumah host, singgah rumah kawannya, juga seorang petani di Jepun. Kagum dengan architecture di Jepun, walaupun di kampung, masih mengekalkan identitinya.
wwoof in japan
#5 Katsura-san menjemput saya di Stesen Kisarazu, 3 jam perjalanan dari rumah adik saya di Hachioji. Saya menghadiahkan kain batik sarong arwah ibu saya kepada keluarga Yamano sebagai hadiah. Comel kan Katsura-san !
wwoof in japan
#6 Teru-san tiba agak lambat semasa saya sampai, disebabkan Katsumori ada game baseball di sekolah. ‘How to wear this?’ he said. I think he nailed it !
wwoof in japan
#7 Rumah keluarga Yamano. They used to live in Tokyo, but the living cost is too high and their family has paddy fields in Kisarazu. After 5 years living in the bustling city, they decided to make a change. Menjadi petani organik. Sudah 200+ orang WWOOFer sampai ke rumah ini, sejak 2012.
wwoof in japan
#8 Terjumpa penulisan WWOOFer dari Malaysia. Setiap WWOOFer akan meninggalkan wasiat terakhir sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Yes, Malaysia Boleh !
See Translation
wwoof in japan
#9 Mungkin saya ialah WWOOFer Muslim pertama yang mereka terima. Katsura-san agak curious mengenai hijab dan menyuruh saya buat tutorial memakai hijab semasa tea break. ‘Kakkoi-na, hijab wa’ , katanya. Saya ada google mengenai Hana Tajima dan tunjuk design Hana ft Uniqlo masa itu.
wwoof in japan
#10 Sistem ‘toilet’ Yamano. Tidak flush, tiada bau dan organik. Terdapat lakaran bagaimana sistem toilet berfungsi di atas dinding toilet.
wwoof in japan
#11 Terbentang luas di hadapan rumah keluarga ini. Petak padi di Jepun sebenarnya disewa oleh petani dari landlord.
wwoof in japan
#12 WWOOfer dari Hong Kong, Joanna Cheng. Peminat matcha (green tea) tegar. Joanna juga pertama kali menjadi seorang volunteer (WWOOFer)
wwoof in japan
#13 WWOOFing di sawah padi keluarga Yamano. Kerja mesti mengikut etika orang Jepun, on-time, cepat, cekap, teliti. WWOOFer perlu berkhidmat selama 6 jam, 4 jam kebiasaannya di sawah, 2 jam di rumah.
wwoof in japan
#14 Katsura-san akan menyediakan onigiri ke sawah jika kami tidak sempat sarapan di rumah. Onigiri inti plum, terbaik !
wwoof in japan
#15 Wallpaper di rumah Yamano. Recycle saja kalendar tahun lepas.
wwoof in japan
#16 ‘ Mama, ada serangga di dalam bilik kakak ‘ – Fuwa-san
wwoof in japan
#17 Menikmati sunset di Kisarazu sebelum makan malam.
wwoof in japan
#18 Partner-in-crime. Setiap petang selepas selesai bekerja kami ke kedai atau 7-Eleven untuk menikmati ice-cream 100 yen.
wwoof in japan
#19 Keluarga baseball. Katsumori-san dan Teru-san menonton perlawanan baseball setiap malam.
wwoof in japan
#20 Just tell them that you’re a vegan, if you’re a Muslim. Mereka faham dan sepanjang saya berada disana, mereka juga menjadi vegan ! Masakan Katsura-san sangat sedap ! Kami siap minta resepi setiap hidangan.
wwoof in japan
#21 Learning Japanese Table Manner.
Mangkuk & chopstik disusun mengikut pangkat dalam keluarga. Mangkuk & chopstik paling besar untuk otosan (ayah), disusuli anak lelaki, okasan (ibu) & anak perempuan. Chopstik diletak dibawah mangkuk & miso soup (kalau ada), kedudukan ikut tangan mana dorang pegang. Nasi kena habiskan, sebab Teru-san akan tegur, ‘Finish your rice, we’re from rice making family, it’s really hard to plant them’. Sebiji pon tak boleh tinggal dalam mangkuk.
wwoof in japan
#22 Welcome and goodbye song. Setiap WWOOFer yang datang dan pergi akan didendangkan lagu ini bersama petikan ukelele Teru-san dan Katsumori-san.

Ikuti bahagian 2 artikel ini melalui pautan di bawah ini.

65 Gambar Sepanjang Seminggu WWOOF Di Jepun Bahagian 2

VIAAinaa Kassim
SHARE