IMPIAN DAN CITA-CITA

Saya Azzim, Ipoh, 19 tahun.

Dari kecil lagi, saya suka sangat berjalan. First time saya naik kapal terbang waktu pergi mengerjakan haji dengan mak abah pada tahun 2007, umur 10 tahun (yang ni tak kira berjalan sangat).

mengembara solo di Amsterdam
Benda wajib bila sampai Amsterdam haruslah ke Red Light District. ehhhh bukan!! Benda wajib haruslah sewa basikal and ride like locals!

Lepastu rasanya kali kedua pergi Bandung. Masa ni dah timbul rasa seronok berjalan. Masa dalam flight balik ke Malaysia, saya nangis sambil lambai-lambai dekat pekan Bandung yang nampak dari tingkap kapal terbang!

Masa pergi Langkawi dulu pun sama. Dalam feri, nangis lambai-lambai kat burung helang yang besar gila tu! Dan seterusnya saya pergi “destinasi Airasia” yang lain. Tapi mostly Indonesia je.

Yang banyak arrangekan trip masa ni kakngah saya (dia tengah baca ni). Masa ni asyik fikir je “mesti susah kan nak beli ticket flight tu. nak check in bag kat LCCT pun nampak cam susah sangat”.

Mengembara solo di London

Saya ada seorang mak sedara yang sangat suka melancong. Peh! Kejap London, kejap Taj Mahal pastu China pulak. Halamaaakkk aku nak pergi jugak!

NAK JADI MACAM MAKCIK AKU NI (umur baru 12 tahun time ni!)

Usia meningkat. Fikiran saya, sampai bila nak berjalan je kena ikut mak? Kena tunggu kak ngah belikan ticket flight?

mengembara solo di Paris

Fuh. Satu hari (time ni dah 17 tahun), saya main-main Facebook. Terjumpa la group BBM ni. Masa tu baru tahu “laaaaaa senang je ke nak jalan-jalan!”. Baru tahu bajet tak banyak pun boleh ke mana-mana.

Sampai la satu hari, Malaysia masuk final piala AFC, lawan Thailand. Inilah permulaan saya backpack sorang-sorang. Tengok Malaysia punya game di Bangkok. Technically, tak sorang. sebab bila sampai Hatyai, jumpa Abg Azrol Ruzali dan Madi San. Terima kasih kepada mereka.

Masa ni mak pun takut-takut nak lepas saya jalan sorang-sorang. Memang silap la mak dah bagi permission. Next destination, Krabi! Lepas tu Mabul Island! Lepastu Perth! Masa ni pergi solo, baru lepas SPM. Masa ni dah fikir, “orang lain rileks je pergi sana pergi sini kan. aku pun nak macam tu!”

mengembara solo di Ljubljana
Ljubljana, Slovenia! Sejuk gila beb tapi sebab saya takde masa nak gi Bled Lake tu, jadinya Ljubljana ni saya jalan hanya di city center dan sesat di pasar tani.

Dan benda paling berani saya buat – 18 days in Europe! Baru balik dua minggu lepas. Dengan perasaan “nak pergi ke taknak ni” saya pun gamble beli ticket. Alhamdulillah, solo trip saya yang paling jauh dari rumah berjaya dilakukan tanpa ada sebarang masalah.

Siapa sangka, tempat yang dari dulu usha dalam gambar je, aku dah pergi! Dari kecil, bila cakap je pasal belajar di oversea, nama London mesti naik punya. “Haaa nanti dah besar belajar kat London tu ha! (nak maksudkan oversea). Jadi memang dari situ la dah mindset “nak pergi la siot London ni bila besar!”.

mengembara solo di Florence
Roman Forum. peh panas gila beb time ni macam rasa dah sampai Malaysia!

The point is, bila kita betul-betul nak satu benda tu (in term of travel – “bila kita betul-betul nak pergi satu tempat tu”), bermulalah dengan IMPIAN DAN CITA-CITA dahulu. Kena selalu sebut-sebut. Lantaklah main-main pun. Bila sembang dengan kawan yang nak pergi Penang –

Ahh takde aku nak pergi London!” (padahal duit memang cukup beli tiket pergi Penang je).

TAK APA! At least benda yang kita selalu sebut ni, akan ubah mindset kita untuk pergi lagi hampir kearah target kita. Selamber je letak target yang betul-betul jelas, (nak pergi mana, nak pergi bila, dgn siapa, season apa dll). Walaupun bajet tiada lagi.

“Ala dik kau muda boleh la. mak bapak kau bagi duit boleh la travel”

mengembara solo di vienna
Dekat kampung saya ada Menara Condong jugak. Tapi kat Teluk Intan je lah.

Dari zaman sekolah, saya berniaga jual t-shirt kecil-kecilan. Waktu nak raya Aidilfitri dulu, saya jual kurta – visit my ig sis Bulanbintangkl (time ni dah fikir “target aku nk pergi London ni. kena cukup duit”).

Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Saya tak terfikir pun, benda yang saya buat main-main dulu asyik sebut nak pergi London tu jadi betulbetul. After all, orang selalu cakap – kata-kata tu doa. Kan? Masalah saya dulu, asyik tengok gambar orang je kat BBM. Sambil cakap sorang-sorang “bila laaaaaaaah aku boleh sampai sana”.

Benda ni yang kena ubah jadi “Tahun depan aku nak pergi sana!”.

mengembara solo di Prague
Prague best gila. Salah satu tempat yang paling murah dalam Europe. Jadi jangan terlepas untuk pergi sini kalau pergi Europe!

Terima kasih saya ucapkan kepada abg Azrol Ruzali (otai BBM 1), abg Madi San (otai BBM 2), kakak-kakak abang-abang BBM yang saya pm dulu tanya macam-macam pasal Europe, kakngah, kakya, awek London half Malaysian yang tolong tunjuk jalan, pakcik kedai buah kat Rome tolong call kan taxi, pakcik botak tolong tunjuk jalan kt Venice, Lucia gadis Milan teman jalan-jalan kat Venice dan semua yang tolong jayakan trip “budak kecik gi Europe ni”.

Mengembara Solo Di Eropah

LONDON – PARIS – ROME+PISA+FLORENCE – VENICE – LJUBLJANA – VIENNA – PRAGUE – BRUSSEL – AMSTERDAM.

mengembara solo di Burano
Ok ni Burano ye. Dulu saya ingat ni la Venice. Rupanya dari Venice kena naik ferry 40mins untuk sampai sini. tempat yang sangat cute! semua rumah warna warni!

Pengangkutan

Semuanya by bus. kecuali dari PARIS – ROME naik lowcost flight nama VUELING. TOLONG TOLONG TOLOOONG LA GUNA WEBSITE www.goeuro.co.uk untuk compare nak guna bas ke train ke flight ke

Penginapan

Hostel je. book through hostelworld.com

Perbelanjaan

Hampir RM7000 (saya tak shopping. mak cuma kata “mana2 kamu pergi pun, jangan lupa beli tu kat mak (tunjuk fridge magnet))
RM2500+- flight emirates
RM1500+- kat hostel
RM1500+- transport
RM1500+- belanja kat sana + admission fee (saya bawak periuk nasi kecik dan Brahim’s banyak gila (read : banyak yang like seriously banyak sampai berat beg)

Akhir Kata

Saya takde itinerari yang details. Kalau ada pun, just hari ini nak gi mana esok nak pergi mana macam tu je. Kalau ada yang respond nak, saya akan bagi. Tapi kalau ada apa-apa nak tanya, pm je saya. Sebab saya pun buat macam tu jugak dulu.

 

Gambar-gambar lain ada di IG saya @meripergibulat atau search hashtag#meripergieurope kat IG tu.

p/s : Ataupun siapa nak jadi stockist kurta saya boleh buka IG @bulanbintangkl.

Jadi, tak salah jika nak simpan impian. Bermimpilah ingin ke bintang, paling-paling bila jatuh, masih di puncak gunung! SELAMAT BERCITA-CITA DAN BERIMPIAN JELAS.