Ramai yang bertanya pada saya tentang itinerari saya ke Thailand. Kali ini agak berlainan sedikit kerana kami ke sana bawak masuk kereta sendiri.

Well, tak ada la susah sebenarnya nak menyeberang ke sana dengan kenderaan sendiri. Destinasi kali ni antara tempat yang popular di Thailand iaitu Hatyai-Krabi-Phuket. Disebabkan ramai yang bertanya dan nak tahu macam mana prosedur bawak kenderaan ke sana boleh la tengok itinerari saya ni.

Hari Pertama

Me & husband memulakan perjalanan kami dari Selangor ke Bukit Kayu Hitam, Kedah iaitu border yang memisahkan Malaysia & Thailand. Sampai di sana kami berdua menunggu rakan-rakan konvoi yang lain tiba untuk kami bertolak sama-sama masuk ke sempadan.

Oh ya jangan lupa isi minyak kereta penuh-penuh ya sebelum masuk sebab minyak di sana lagi mahal dari tempat kita. Bila semua dah cukup korum kami dah ready nak masuk ke Thailand (waktu ni dalam pukul 8 malam waktu Malaysia). Yeayyy excited nak g jalan-jalan. Anda boleh bawa dokumen-dokumen berikut untuk bawak masuk kereta ke sana:

1. Geran asal kereta (belakang & depan)
2. Pasport
3. Insurans kereta untuk masuk ke Thailand

insurans kereta ke thailand
Insurans kereta yang wajib ada kalau nak bawa kereta masuk ke Thailand

Mudah je kan dokumen yang kena prepare. Ok sekarang saya nk cerita cara-cara masuk ke sana. Sebelum terjah ke kaunter imigresen Malaysia pastikan anda telah membeli insurans untuk kereta anda. WAJIB ada! Tak perlu risau fikir mana nak beli insurans ni sebabnya sampai je area pekan Changlun berlambak-lambak ada kedai-kedai kecil yang jual insurans ni tau. So ikut kata hati anda nak beli dengan kedai mana satu.

Bila dah ada semua dokumen di atas anda boleh la dengan senang hati drive ke kaunter Imigresen Malaysia dengan kereta. Tak perlu turun kereta tau ala-ala macam anda drive through KFC. Di kaunter ni imigresen kita akan bagi passport kita, lepas selesai boleh la terus drive ke kaunter imigresen Thailand pula. Di sini bukan drive through macam tadi, kat sini anda kena park kereta lepas tu beratur di kaunter.

Apa borang yang perlu ada & cara-cara beratur?

1. Passport

2. Borang TM6 Arrival & Departure (boleh dapatkan di kaunter)

3. 2 set borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List (1 set akan di beri kepada pegawai imigresen & 1 set lagi kita akan serahkan bila nak balik Malaysia).

4. Selesai isi semua borang diperlukan, setiap penumpang kereta dikehendaki beratur bawak passport, borang TM6 & RM1 untuk bayaran di kaunter. Di sini muka anda akan di scan oleh kamera so jangan terkejut pula.

5. Selesai step no. 4, pemilik geran kereta kena beratur di kaunter satu lagi dan bawa bersama geran kereta, borang TM2 & insurans kereta. Serahkan kepada pegawai imigresen borang-borang tersebut. In return diorang akan bagi satu borang bertaip dengan details pemilik geran and pemilik kena tandatangan borang ni.

AMARAN! Jangan sesekali hilangkan borang ni kalau anda nak balik ke Malaysia sebab nanti akan diserah kepada mereka semula bila kita nak balik Malaysia.

Selesai semua urusan di kaunter akhirnya kami berjaya bawak masuk kereta ke Thailand. Kami berhenti di 7-E Danok untuk beli simkad pakai buang. THB100 untuk simkad lepas tu THB200 topup untuk guna plan internet. Penting sebenarnya internet access ni untuk communicate dengan kawan-kawan konvoi yang lain dan semestinya untuk guna waze kalau anda tersesat. Selepas itu, kami teruskan perjalanan dari Danok ke Hatyai. Perjalanan kami memakan masa selama 1 jam.

udang galah seafood pink lady complex
Udang galah yang fresh di Hatyai. Boleh waze Pink Lady Complex. Kedai ni betul-betul di hadapan complex ni. Oh ya waktu malam sahaja ada. Siang hari kalau cari memang tak ada.

Sampai di Hatyai kami tak check in hotel lagi tapi kami terus ke area Bandar Hatyai untuk makan udang galah. Kedai udang ni betul-betul berhadapan Pink Lady Complex (boleh waze untuk ke sini). Berbaloi-baloi dengan harganya dan udangnya memang fresh dan besar-besar! 1pinggan ni hanya THB300. Selesai bagi perut kenyang kami terus ke destinasi hotel kami untuk check in di Boom Forest Hotel (1 malam harga THB1000) Jom berehat untuk aktiviti esok pula.

Hari Kedua

Hari ni kami nak explore Hatyai sebelum bertolak ke Krabi. Selepas check out hotel, kami ke bandar untuk sarapan. Kami ke Restoran Salma. Jangan risau tentang makanan halal sebab restoran ini restoran muslim harga juga berpatutan bagi saya dan yang penting sedap juga masakan di sini. Selesai makan kami shopping area tepi jalan di sini. Banyak kedai-kedai yang jual baju, kekacang & macam-macam lagi lah.

hatyai magic 3d museum
Hatyai Magic Eye 3D Museum bersebelahan dengan Greenway Shopping Mall. Banyak 3D art di sini yang best-best dalam bangunan 2 tingkat, banyakkan? Berbaloi la bayar tiket tu, harga tiket tu dah termasuk magic show selama 40 minit.

Then our next destination is Magic Eye 3D Museum bersebelahan Greenway Shopping Mall. Harga tiket bagi dewasa THB400 termasuk pertunjukan magic selama 40 minit. Muzium ni 2 tingkat penuh dengan 3D art. Kalau sejam tu rasanya memang tak cukup la masa nak habiskan di sini. Overall memang best untuk bergambar kenangan.

klonghae floating market hatyai
Klonghae Floating Market Hatyai. Yang best kat sini mesti la makanan yang sedap dan murah! Kalau nak shopping baju atau cenderamata banyak juga di sini dan harga memang murah.

Selepas itu, kami ke destinasi yang saya memang tak sabar-sabar nak pergi iaitu ke Klonghae Floating Market. Apa yang best kat sini? Bagi saya semestinya makanan yang dijual di atas sampan di sini. Semua makanan murah dan yang penting memang sedap. Di Malaysia tak jumpa rasa macam ni.

aiskrim klonghae floating market
Antara makanan yang dibeli di Klonghae Floating Market. Aiskrim kelapa dia memang sedap tak ingat. Kami cuba telur sotong, kerabu seafood, air longan dalam bekas hello kitty yang kiut miut dan betik goreng. Total semua THB200 sahaja.

Macam-macam kami cuba makanan di sini & total cost hanya THB200 je untuk 2 orang makan. Selain makanan, di sini juga ada jual barang-barang cenderamata seperti t-Shirt, fridge magnet dan lain-lain. Bagi muslim, di sini juga ada disediakan surau kecil untuk anda melakukan ibadat.

Destinasi kami seterusnya ke Hatyai Ice Dome. Ice Dome ni terlatak di dalam Hatyai Municipal Park. Kat sini ala-ala I-city Snow Walk di Shah Alam. Alang-alang dah datang tempat orang ni kami cuba je la masuk sini nk try best ke tidak. Tiket dewasa berharga THB300 dan anda akan diberikan jaket berserta gloves. Kalau tak bagi benda tu memang membeku kami di dalam ni. Dia punya sejuk mengalahkan I-city.

hatyai ice dome
Hatyai Ice Dome yang terletak di Hatyai Municipal Park.

Dah puas sejukkan badan kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Jarak perjalanan dari Krabi ke Hatyai memakan masa selama 4 jam. Waktu ni kami bertolak dalam pukul 8 malam dari Hatyai dan sampai di Krabi dalam pukul 12 pagi tengah malam. Terus check in di Aonang Viva Resort untuk 2 malam (harga hotel untuk 2 malam THB3900).

Hari Ketiga

Kami mulakan aktiviti kami pagi ni dengan island hopping. Sebelum tu kami isi perut dulu dengan pulut ayam. Cuba teka harga berapa? THB20 sahaja! Untuk island hopping kami ambil pakej 4 island tour. Anda boleh pilih nak naik long tail boat atau speed boat. Kami pilih speed boat.

Nak ke jeti tak perlu susah-susah nanti ada driver akan pick up anda di hotel. Pick up service ini dah termasuk dalam pakej. Im is so excited nak tengok keindahan Krabi walaupon tak pandai berenang, angan-anganku tinggi sungguh nak snorkeling. Nasiblah husband layankan jua kerenahku.

4 islands hopping package krabi
4 islands hopping package.

Pakej 4 islands ini merangkumi :

4 islands : Tup & Mor Island, Chicken Island, Poda Island & Railey Cave

Harga : THB1200 per adult

Pengangkutan : Speed Boat

Makan : Disediakan berserta minuman (Halal)

Snorkeling : 2 kali termasuk peralatan snorkeling

Masa : 10 pagi – 4 petang

Habis aktiviti snorkeling kami balik berehat secukupnya sebab plan nak ke pasar malam di Krabi Town malam ni. Di pasar malam, pelbagai ragam orang di sana kami boleh lihat. Makanan halal? Jangan risau tak susah cari peniaga muslim di sini.

Kalau dah ke Krabi memang tak sah kalau tak cuba pancake diorang yang famous tu kan. Sekali rasa memang nak tambah lagi. Woihh bahaya betol.Macam-macam saya cuba antaranya original flavor, nutella flavor & banana choc flavor. Memang semua sedap-sedap la harga pula tak mahal THB40-THB60 sahaja. Dah habis pusing pasar malam kami balik hotel untuk berehat & sambung aktiviti esok pula.

Hari Keempat

Selesai check out kami sarapan di restoran halal berdekatan dengan hotel kami tinggal. Memang tak susah cari yang halal di sini. Selepas selesai isi perut, kami teruskan perjalanan ke Phuket. Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa dalam 2 jam. Dalam perjalanan kami berhenti di stesen minyak untuk isi minyak kereta. Memang berbeza harga di sini dengan Malaysia. Setiap pam petrol tidak semestinya sama harga petrol mereka. Lain kan dengan sistem kita? Sebelum masuk Phuket berhenti dulu tepi jalan ambik gambar kenangan di signboard ni.

Sampai di Phuket kami check in di Pantai Boutique Beach Resort (harga 2 malam THB3000) di area Patong Beach. Btw, hotel ini menyediakan sarapan halal untuk guest di sini. Jadi tak perlu risau nak cari makan di mana. Aktiviti hari ni tak banyak memandangkan semua orang dalam keletihan lagi so we decide berehat sahaja di hotel dan keluar untuk makan malam sahaja.

Untuk makan malam, kami makan di kawasan Masjid Nurul Islam Patong Beach. Kedai makan kami betul-bertul berhadapan dengan masjid. Kalau nak cari makanan halal lebih baik anda datang ke kawasan masjid ini, memang banyak kedai yang halal. Semestinya masakan chef Thailand memang tak mengecewakan perut saya. Kerabu sotong & tomyam dia perghhh memang kaw kaw bak hang. Selepas makan, kami pusing-pusing sekitar Phuket town dengan kereta dan berhenti untuk melihat kawasan tumpuan utama pelancong asing di Phuket iaitu Bangla road. Bila lagi nak tengok tempat orang kan alang-alang dah datang. Ada apa di Bangla Road? Anda boleh google sendiri. Selepas itu, balik hotel dan berehat.

Hari Kelima

Aktiviti hari ni kami ke Phuket Tiger Kingdom. Ala yang orang dok ambil gambar lentok dengan cik rimau tu. Memang tak la saya nak masuk. Seram pula rasanya. Tengok dari jauh je la. Disebabkan saya tak masuk ni saya bagi info harga tiket untuk masuk bermanja-manja dengan sang belang ni. Harga bermula dari THB800 – THB1000. Lagi kecil sang belang tu lagi mahal harga tiket. Amacam ada berani tak?

tiger kindgom phuket
Tiger Kingdom. Tak berani ambil gambar dengan yang real ambik gambar yang ni pon jadi lahhh labu.

Selepas itu kami ke Elephant Trekking. Maaflah ini cerita tahun lepas jadi saya dah tak ingat dh nama tempat gajah ni. Di sini ada tour guide yang terangkan dekat anda cara-cara nak naik gajah ni. Kalau anda takut nak naik anda boleh bagi makan dekat gajah ni atau bergambar dengan diorang. Harga untuk elephant trekking THB800 seorang, harga untuk elephant feeding dan kalau nak ambil gambar dengan cik gajah ni hanya THB100 sahaja.

ohkembara.com_elephant-feeding
Elephant Feeding. Rakus betul cik jah kita ni. Tak sempat suap lagi dia dah panjang kan belalai dia nak ambik pisang kat tangan kita. Naughtyyy girl.. haha

Aktiviti kami di Phuket kali ni lebih kepada santai-santai je jadi tak banyak sangat ambil gambar. Betul-betul enjoy dengan pemandangan di sini. Handphone letak tepi dulu. Kalau anda nak jalan-jalan di shopping mall anda boleh ke Jungceylon Mall terletak di Patong. Banyak juga barang-barang branded di sini. Kami juga singgah ke Premium Outlet Phuket tapi agak jauh sikit dengan Jungceylon Mall. Bagi saya takde la best sangat outlet ni. Best lagi JPO.

Tak sah kalau datang Thailand tapi tak try massage di sini kan. Sepanjang jalan di Bandar Phuket anda  boleh nampak kedai-kedai spa yang menawarkan pakej massage ni. Kena pandai-pandai la survey harga kalau nak yang betul-betul murah. Hari tu saya ambil pakej body massage THB250 sahaja. Memang rasa fresh bila dah habis massage. Hilang penat berjalan.

Hari Keenam

Selepas check out dan sarapan, kami nak pusing-pusing Pantai Phuket sebelum balik Malaysia. Kalau ke Phuket anda wajib datang ke Karon View Point. Di sini anda boleh tengok Phuket dari tempat tinggi ala-ala macam Ampang point untuk melihat pemandangan KL. Tempat parking memang susah jika datang dengan kereta kecuali anda datang dengan motorsikal. Memang ramai yang datang sini untuk tangkap gambar.

karon beach phuket
Karon Beach Phuket

Selepas Karon View Point kami singgah di Karon Beach. Waktu ni pagi lagi jadi tak ramai lagi orang putih berjemur. Air pantai di sini tenang dan bersih. Memang terpukau mata dan rasa tenang je. Tak nak balik boleh tak??

Oh ya sebelum balik, kami singgah sekali lagi di bandar Hatyai untuk makan-makan di Restoran Salma dan shopping lagi untuk buah tangan keluarga dan kawan-kawan.

Dah habis aktiviti shopping kami bertolak ke Malaysia melalui Danok-Bukit Kayu Hitam.

Prosedur untuk balik Malaysia?

1. Drive ke imigresen & park kereta di ruang disediakan.

2. Semua penumpang kereta kena turun beratur untuk cop passport, RM1 untuk bayaran & scan muka anda.

3. Borang TM2 & TM3 berserta dengan borang printed yang anda tak boleh hilangkan tu kena beri kepada pegawai imigresen & tandatangan.

4. Selesai bahagian imigresen Thailand, terus pandu lalu ke kaunter imigresen Malaysia dan serahkan passport.

That’s all. Sekarang anda dah berada di Negara Malaysia. Tanah air tercinta.

Terima kasih daun keladi yang sudi baca. Harap2 dapatlah share experience sama-sama. Boleh tengok gambar saya share untuk lagi jelas dan sesetengah tempat yang saya mention ada yang saya tak ambil gambar pun sebab dah syok sangat menikmati pemandangan sampai lupa kat gajet semua tu.

VIARozlyn Farah Diana
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here