Itinerari Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Pulau Perhentian lagi? Tapi saja nak share lagi bagi info bagi yang terlepas pandang
Saya bagi iti secara detail ye. Termasuk apa yang kami makan. Mungkin boleh beri idea kepada anda secara overall. Total hanya RM 324.70 seorang termasuk makanan dan bas pergi balik TBS-Kuala Besut-TBS .

Kami berDUA berbackpack main redah ke Pulau Perhentian dari 12.4 – 14.4 (3H 2M) dari TBS. Tak ambil pakej sebab bukan peak season, dan lagi satu sebab tak suka ambil pakej sebab terikat dengan jadual

11 April 2016

  • Beli tiket Sani Ekspress RM 45.00 seorang. Bertolak ke Kuala Besut pukul 10.00 malam . (TOTAL RM 90.00)

 

12 April (DAY 1)

  • Dalam pukul 2.15 pagi, Sani akan stop di RnR Gua Musang dalam sejam. Makan nasi lemak telur RM 3.20 dan wife nak merasa crisp Hot n Roll RM 6.50
  • Pukul 6.00 pagi sampai di Jeti/Stesen Bas Kuala Besut . Boleh subuh di Surau Warisan Pekan Kuala Besut dekat je dengan jeti, dalam 50m . (TOTAL RM 9.70)
  • Kemudian misi mencari tiket feri murah sebab ada kata dapat RM 50.00 seorang pergi balik. Alhamdulillah ada jumpa. Call nombor ni 012 999 9321 (TOTAL RM 100.00)
  • Kemudian, terus ke 7 Eleven berdekatan jeti beli Maggi dan snacks lain sebab orang kata ke pulau makanan mahal, (TOTAL RM22.30)
  • Sementara menunggu feri pukul 8.30 pagi, alas perut dulu di T-Cafe dekat stesen bas situ. Teh O Panas 2 RM 2.00 dan bungkus Nasi Hujan Panas 2 untuk makan di pulau RM 7.40 . (TOTAL RM 9.40)
speedboat ke pulau perhentian
Speedboat ke Pulau Perhentian
  • Kemudian bergerak ke Jeti, kena bayar RM 5.00 seorang sebagai cukai pemuliharaan laut. Ini wajib. (TOTAL RM10.00)
cara ke pulau perhentian
Dalam speedboat ke Pulau Perhentian
  • Tepat 8.30 pagi, speedboat menuju ke pulau. Mengambil masa selama 45minit. Life jacket semua disediakan. Boleh beritahu captain boat nak turun di Long Beach, Coral Bay, Kg Nelayan atau Pulau Besar . Kami nak turun di Long Beach dulu sebab nak survey setiap satu chalet di pulau tu.
sewa bot ke pulau perhentian
Tukar dari Speedboat ke bot kecil. Caj RM 2 seorang.
  • Bila nak sampai di Long Beach, kami bertukar ke bot kecil, caj RM 2.00 seorang . Dalam 9.15 pagi mendarat di Long Beach. Nasib agak malang sebenarnya sebab semua chalet di situ melebihi bajet kami. Paling murah RM 80.00 semalam di Matahari Chalet, Pulau Perhentian. Ada yang murah lagi di Mohsin Chalet, Pulau Perhentian tapi dorm. Bercampur laki perempuan. Jadi berbekalkan kecekalan dan kepenatan kami trekking ke Coral Bay . Mengambil masa 10 minit je sebenarnya. (TOTAL RM 4.00)
fatimah chalet pulau perhentian
Fatimah Chalet . RM 60.00 semalaman di Coral Bay, Pulau Perhentian.
  • Alhamdulillah sesampainya di Coral Bay, ada jumpa Fatimah Chalet, Pulau Perhentian dengan bajet yang sesuai dengan kami. RM 60.00 semalam . Jadi kami ambil 2 malam. Fasiliti basic dengan kipas, kelambu, toilet attached, elektrik (Alhamdulillah elektrik tak putus, kadang putus kejap je dalam 10 minit, kira 24 jam ada elektrik) . Dah sampai rasa dahaga sangat, kami order sirap ais dan air suam 2. Nak bayar terkejut total RM 5.00 . Sirap ais RM 3.00 dan air suam RM 1.00 satu gelas. Tapi dah expect memang mahal . (TOTAL RM 125.00)
trekking ke kincir angin pulau perhentian
Laluan ke kincir angin Pulau Perhentian.
  • Jadi lepas rehat, dalam pukul 5 petang kami berjungle trekking nak naik ke kincir angin, Pulau Perhentian. Orang kata tempat wajib pergi so kami cuba. Nak ke windmill ni ada dua cara, (1) Melalui hutan (jungle trekking) dan (2) water taxi dan naik ke windmill melalui tangga, cas RM 20.00 seorang . Kami pilih option 1.
pemandangan pulau perhentian
Pemandangan dari kincir angin Pulau Perhentian. Memang cantik!
  • Nak ke windmill kena trekking balik ke Long Beach dan masuk simpang yang ada signboard Bintang View (sebelum sampai pantai long beach) . Ikut je paip elektrik kalau tak silap, dalam 45 minit sampai ke atas. Laluan agak licin tapi selamat.
kincir angin pulau perhentian
Kincir angin Pulau Perhentian. Ada dua biji semuanya.
  • Alhamdulillah dah sampai ke puncak, hilang pun penat. Memang cantik. Selalu tengok gambar orang pergi. Kali ni dapat lihat dengan mata sendiri. Boleh ambil gambar gambar di atas sampai puas, sekali seumur hidup je rasanya.
cara ke kincir angin pulau perhentian
Laluan tangga turun dari kincir angin Pulau Perhentian.
water taxi pulau perhentian ke long beach
Sambil menunggu water taxi ke Long Beach, Pulau Perhentian. RM 10 seorang.
water taxi pulau perhentian
Atas water taxi ke Long Beach, Pulau Perhentian.
  •  Bila nak turun pun ada dua option macam tadi, kami dah penat kami pilih option kedua, tapi ke Long Beach sahaja RM 10.00 seorang. Akan turun melalui tangga yang cantik gila dan naik water taxi yang ada situ (Nampak bot cakap je nak tumpang) Memandangkan jeti situ dah runtuh, kami terpaksa merentas batu-batu dan lompat ke water taxi. Jangan risau, selamat je. (TOTAL RM 20.00)
ewan cafe pulau perhentian
Ewan’s Cafe . First cafe yang anda nampak jika trekking dari Long Beach ke Coral Bay.
  • Ok dah sampai semula ke Long Beach, mandi di pantai situ dulu sampai maghrib, sebab plan nak dinner di Long Beach . Malang juga bagi kami sebab harga melebihi bajet kami juga. Jadi kami trekking balik ke Coral Bay, agak gelap sikit, disarankan bawa torchlight. Jumpa Ewan’s Cafe dan dinner di situ. Makanan ok dan harga pun ok. Murah dari kedai lain

– Tomyam Sotong RM 9.50
– Nasi Putih (2) RM 5.00
– Mineral Besar RM 3.50
– Aiskrim Asam (2) RM 2.00
– Nescafe Ais RM 3.50
– Teh O Ais RM 3.50
(TOTAL RM 27.00)

13 April 2016 (DAY 2)

  • Hari kedua kami nak snorkeling . Ada dua option (1) Short Trip 3 points RM 30.00 seorang, (2) Long Trip 6 points RM 40.00 seorang.
snorkeling pulau perhentian
Snorkelling 6 points. Wajib cuba.
  • Alang-alang kami ambil yang long trip sebab beza RM 10.00 je kan. Mula snorkeling pukul 10.30 pagi, so kalau tak ikut pakej baik cari awal pagi. Akan merangkumi :

– Turtle Point
– Coral Point
– Shark Point
– Fisherman Village (Lunch)
– Lighthouse
– Romantic Beach

  • Kalau short trip akan pergi 3 points yang teratas saja. Pengalaman memang terbaik. Tak nak cerita, anda rasakan sendiri . Lunch di Mama’s Cafe di Kg Nelayan RM 24.00 .

– Nasi Goreng Kampung RM 9.00
– Nasi Goreng Kerabu RM 9.00 (Recommended)
– Teh O Ais (2) RM 6.00

(TOTAL RM 104.00)

  • Tamat snorkelling pukul 4.00 petang. Ingat nak main kayak pula tapi penat sangat so balik bilik terus pengsan. Kalau nak kayak ada di Coral Bay, tak ingat kedai mana satu tapi bahagian tengah, RM 10.00 satu kayak untuk sejam . Ada yang RM 15.00 atau RM 20.00 tapi saya ada jumpa yang RM 10.00 .
long beach pulau perhentian
Long Beach, Pulau Perhentian.
  • Malam ingat nak tengok orang main api di Long Beach tapi wife tak larat, jadi kami dinner di Ewan’s Cafe semula :

– Paprik Daging RM 14.00
– Nasi Putih RM 2.50
– Pepsi RM 4.00
– Lychee Tin RM 4.00
– Mineral Besar RM 3.50

(TOTAL RM 28.00)

14 April 2016 (DAY 3)

  • Speed boat balik ada pukul 8.00 pagi, 12.00tgh dan 4.00petang. Jadi pilih yang mana sesuai. Kami pilih yang pukul 12.00tgh, senang check out pukul 11.00pagi dan terus balik. Tapi sementara tu, kami minum air kelapa dulu di Amelia’s Cafe . Fresh Coconut RM 5.00 satu.

(TOTAL RM 10.00)

jeti coral bay pulau perhentian
Balik dah. Di jeti Coral Bay, Pulau Perhentian.
  • Tepat pukul 12.00 boat bertolak ke jeti Kuala Besut. Sampai di jeti pukul 1.00 tgh . Kami straight ke Kota Bharu untuk food hunting. Tapi kalau tiket balik RM 45.00 seorang juga. Kalau Sani bas bertolak malam, tapi ada yang bertolak pukul 1.30 ptg. Bas lain.

Info Tambahan

  • Bas balik kami RM 45.00 seorang dari Kota Bharu – TBS
  • Bas Cityliner RM 6.00 seorang dari Kuala Besut – Kota Bharu (Bas lompat-lompat warna merah, ambil masa 1 jam 30 minit ke Kota Bharu, tidak melalui airport)
  • Kalau sewa minivan RM 25.00 seorang sama ada ke Airport atau Kota Bharu . Ada dijual di travel agency di stesen.

(TOTAL RM90.00)

GRAND TOTAL = RM 649.40 (RM 324.70 seorang)

*Saya senaraikan makanan yang kami makan bukan untuk show off. Cuma nak bagi info harga makanan di Pulau Perhentian. Jadi anda boleh bajet kalau nak makan di pulau. Maggi semua kami makan lewat malam sebab lapar.

* Diingatkan kami pergi semasa Shoulder Season . Perubahan harga mungkin berlaku pada Peak Season.

VIAAmirul Azrai
SHARE