MEMANDU DI WESTERN AUSTRALIA (WA) – ASAS YANG PERLU TAHU

1. LESEN MEMANDU

• Lesen Memandu Malaysia (dwibahasa) boleh digunapakai di seluruh Komanwel Australia & New Zealand, jadi tak perlukan International Driving Permit.

• Sila bawa & jangan tinggalkan lesen memandu anda di Malaysia

 

2. SEWA KERETA DARI SYARIKAT CAR RENTAL

• Terdapat banyak car rental service. Antara yang terkenal adalah AVIS, Bayswater, Thrifty, Budget Car, Hertz & Eurocar.

• Buat perbandingan harga terlebih dahulu. Lebih senang layari di https://www.drivenow.com.au/

• Booking awal dan AMAT DIGALAKKAN untuk mengambil insurans perjalanan sekali.

• Perlukan kad kredit untuk transaksi dan setiap syarikat ada mengenakan bond tambahan (seakan deposit), harga bond berbeza-beza mengikut syarikat.

• Bond hanya akan dipulangkan selepas beberapa tempoh selepas syarikat itu berpuas hati dengan keadaan kereta tersebut termasuk tiada mata demerit (saman) dikenakan atau kerosakan kenderaan berlaku.

 

3. SEWA KERETA DARI ORANG PERSENDIRIAN

• Ini yang kami ambil sebab tiada bond yang dikenakan dan boleh dibayar tunai.

• Lebih senang berurusan tetapi masih PERLU sentiasa menjaga kenderaan yang dibawa serta mengikuti undang-undang jalanraya.

Kalau anda perlukan sewa kereta persendirian, dua orang hebat ini boleh membantu anda.
Jerry Proton & Rizal Ismail.

 

4. PERATURAN LALU LINTAS

• Seperti di Malaysia, sistem jalanraya di sini juga adalah left-hand traffic.

• Undang-undang trafik di Australia umumnya hampir sama dengan kita, tetapi bezanya undang-undang di sini benar-benar telus.

• Peraturan lalu lintas perlu diikuti sepanjang anda berada di jalanraya tak kira jalan tersebut jalan kampung, jalan perumahan hatta lorong-lorong kecil sekalipun.

• Tali keselamatan perlu dipakai oleh SETIAP penumpang dan bayi pula wajib menggunakan baby seater. Mata demerit untuk tidak memakai tali keselamatan adalah sebanyak AUD550 dan mungkin berganda ketika musim puncak.

• Penggunaan telefon bimbit atau apa-apa device sekalipun dilarang sama sekali ketika memandu. Sentuh pun tak boleh OK!

• Hati-hati dengan speed trap. Speed trap boleh berlaku di mana-mana terutamanya jalan-jalan di outback. Biasanya polis speed trap (ada yang tidak mengenakan uniform) ini menggunakan Nissan X-Trail samada berwarna hitam atau putih dan parkir di bahu jalan.

• Peraturan lalu lintas mungkin berbeza-beza mengikut negeri.

 

5. KAWASAN REHAT

• Di WA tiada highway (disebut freeway) yang bertol maka kawasan rehat mungkin cuma di stesen petrol sahaja.

• Untuk perjalanan ke *outback yang jauh, kawasan-kawasan rehat mungkin hanya taman-taman di tepi jalan. Sesetengahnya ada kemudahan BBQ, ada yang boleh bermalam dan ada yang tidak boleh bermalam. Bermalam di kawasan rehat yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda.

• Outback = istilah yang digunapakai oleh orang Australia merujuk kepada kawasan luar bandar.

• Rancang perjalanan dengan teliti kerana anda mungkin menempuhi kawasan tidak berpenghuni yang panjang. Isi petrol penuh-penuh dari bandar.

• Bawa makanan sendiri kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal sekiranya di luar bandar.

• Jaga kebersihan tempat rehat, kawasan tersebut mungkin dijaga oleh ranger yang tidak beruniform.

 

6. PETROL & HARGANYA

• Stesen petrol hanya terdapat di bandar dan pekan-pekan kecil sahaja. Amat sukar untuk mendapatkan stesen petrol di kawasan pedalaman.

• Harga petrol adalah tergantung kepada pengusaha stesen tersebut. Harga mungkin berbeza walau sebelah-menyebelah atau sesama syarikat pengeluar.

 

7. CAJ PARKIR

• Caj parkir hanya dikenakan di kawasan perbandaran sahaja; contohnya di kawasan pusat bandar Perth, Fremantle, Mandurah, Rockingham, Albany dll.

• Caj sekitar AUD1-AUD5 per jam.

• Di *CBD Perth, agak sukar untuk dapatkan parkir pada siang hari. Adalah lebih senang hanya menggunakan CAT Bus atau Transperth.

• CBD = Central Business District atau pusat bandar.

 

8. SISTEM NAVIGASI & PRE-CAUTION LAIN

• Waze dan Google Map kedua-dua boleh digunakan.

• Perlu alert dengan ramalan cuaca semasa; dimana keadaan luar kawalan mungkin berlaku seperti hujan lebat, ribut pasir, hujan ais atau frost (pada musim sejuk)

 

9. KALAU TERLANGGAR HAIWAN?

• Di pedalaman Australia terdapat banyak haiwan liar seperti kangaroo dan emu.

• Mengikut undang-undang negeri WA, membunuh haiwan-haiwan ini dengan sengaja (termasuk hit and run) boleh dipenjara dan denda.

• Kalau terlanggar adalah dinasihatkan untuk call ranger di talian (08) 9448 7565.

• Melanggar haiwan-haiwan ini juga akan menyebabkan kerosakan kenderaan yang di sewa, maka anda dipertanggungjawabkan atas segala caj kerosakan tersebut. Sentiasalah berhati-hati

 

10. UNTUNGNYA MEMANDU SENDIRI

• Anda tidak terikat dengan masa seperti anda mengikuti pakej.

• Anda boleh sesuka hati untuk menuju atau berhenti di tempat yang anda rasa cantik dan menarik.

• Western Australia walaupun *arid, tetapi sangatlah unik. Terdapat jajaran pantai yang panjang yang boleh anda nikmati dan banyak juga kawasan marshland yang unik serta pelbagai lagi fenomena geografi lain yang jarang terdapat di Malaysia, maka nikmatilah seoptimumnya! 😉

• Arid = kawasan kering separa gurun atau savannah.

Semoga informasi bermanfaat.