Pengalaman Percutian Ke Banda Acheh Dan Pulau Sabang

Assalamualaikum. Selesai sudah perjalanan kami berempat ke bahagian paling barat Sumatera, Indonesia. Sekali lagi Indonesia mengamit aku untuk terus berkunjung ke mari. Sedikit perkongsian mengenai perjalanan kami di sana. Alhamdulillah kami semua sempat membeli tiket promo dari AirAsia, hanya RM150 seorang ( rasa dah murah, beli sebulan sebelum flight). Tiada plan yang khusus untuk perjalanan ini, di sebabkan masing-masing busy ( busy berjalan. haha ). So redah je la!

Hari Pertama , 13hb August 2016
Kami berjumpa di KLIA2, menanti perjalanan menaiki AK421 ke Banda Aceh. Sepanjang perjalanan tengah sedap baring ( seat kosong ) tiba-tiba flight kami mengalami sedikit air turbulence. Cepat-cepat duduk elok-elok pakai sakut penyaman 🙂 .
Dalam flight baru nak rancang percutian di Acheh.
Dalam flight baru nak rancang percutian di Acheh.
Alhamdulillah kami sampai di Banda Acheh, cuaca baru usai hujan. Sampai je di Airport, melepasi pos imigresen, aku di tahan oleh pihak Kastam di sana. Fuh, pengalaman pertama di tahan. Passport di ambil. Seterusnya masuk dalam bilik khas. Beg di selongkar. Pucat juga muka, takut tiba-tiba jadi keldai dadah. Selepas dalam 20min, Alhamdulillah semuanya selesai. Fuh!
Di airport sana, ada CIMB, kami hanya keluarkan duit di sana. Sepanjang pemerhatian kami. Keluarkan duit di sana lagi murah dari tukar duit di sini. Kami terus mengambil teksi ke Pelabuhan ( Kalau kita, jeti ) untuk terus ke Pulau Weh atau Sabang. Orang di sana panggil Pulau Sabang. Jangan risau, di sana harga tetap. Untuk ke pelabuhan, kos nya Rp 140,000. Naik teksi, terus cuba beramah mesra dengan supirnya. Kami bernasib baik, supir baik. Bagus. Dia tolong uruskan pembelian tiket dengan menelefon kawannya di pelabuhan dan menguruskan supir di Pulau Weh.
Tiket Kapal Cepat. Rp80,000
Untuk ke Pulau Weh dari pelabuhan, kos nya Rp 80,000. Ini untuk harga Kapal Cepat. Masa perjalanan hanya memakan masa 45 minit. Feri ini hanya ada satu trip pada waktu pagi. Trip nya pukul 930 pagi. So cepat-cepat. Tetapi jangan risau, Pak supir tahu , jadi dia akan cepat-cepat.
Suasana di dalam Kapal Cepat.
Suasana di dalam Kapal Cepat.
Sampai di Pelabuhan Pulau Weh, pak supir sudah sedia menanti. Dia bawa kami jalan-jalan pusing pulau di beberapa tempat menarik. Kami senaraikan tempat yang nak pergi, dia akan follow dan suggest route yang terbaik. Kalau nampak port lawa masa otw perjalanan, suruh je dia stop. Dia akan stop. Baik sungguh pak supir. Tempat yang kami lawati seperti Pantai Sumur Tiga, Masjid Agung, Benteng Jepun, Kilometer 0, Gua Sarang dan ada beberapa tempat lagi. Lupa. 🙂 Kos nya Rp 500,000.
ohkembara.com_sabang-merauke-signboard
Selesai pusing-pusing, Pak supir hantarkan kami ke hotel yang telah kami book di Agoda. Hotel yang kami pilih adalah di Pantai Iboih. Cantik dan selesa tempatnya. Arpen Bungalow. Betul betul menghadap pantai. Tetapi kalau nak makan, mohon jangan makan di restoran mereka. Servis lambat nak mampus. Boleh bawa bergaduh. hahaha. Hotel RM200 untuk dua queen bed.
ohkembara.com_benteng-jepun-banda-acheh
Semasa otw ke Benteng Japan (Kubu Jepun)
ohkembara.com_benteng-jepun-banda-acheh-2
Benteng Jepun
Lepas siap siap, tukar seluar. Terus ke pantai. Terjun laut. Excited!. Maghrib baru naik. Nightlife sana amat kurang. Sunyi. Tetapi nightlife kami di meriahkan dengan sesi merungut restoran yang servis lambat nak mampus. Malam itu kami makan ikan bakar ( Rp120,000) dan ayam penyet ( Rp 25,000 ). Then tidur untuk hari mendatang. 🙂
ohkembara.com_pantai-sumur-tiga
Pantai Sumur Tiga
Hari Kedua, 14hb August 2016.
Cuaca hujan ketika bangun subuh. Nasib baik menjelang pukul 8, matahari menjelmakan sinarnya. Cewah. haha. Hari kedua kami akan memulakan trip snorkeling. Kami menyewa bot kaca , Rp 600,000 dan guide Rp 200,000. Untuk snorkeling, ada yang murah Rp 100,000 tetapi 1 port sahaja. Jadi terjun laut la sampai ke tengah hari. Pantai dan coral di sini amatlah cantik. Lagi cantik dari Redang dan Perhentian. Lagi menarik dari Lombok dan Bali.
ohkembara.com_supir-di-banda-acheh
Pak Supir sedang merancang perjalanan untuk kami
Untuk sewa peralatan, hanya Rp15,000 untuk satu item. Means Jaket Rp 15,000 Mask Rp15,000 dan Fin Rp15,000. Aku hanya menyewa jaket keselamatan. Rasa tak berapa yakin nak terjun laut dalam. Guide kami sporting gila. Bagi je gopro kepada dia, nanti dia akan shoot banyak banyak.
ohkembara.com_free-dive-pulau-rubiah
Free dive di Pulau Rubiah
Selesai snorkeling, kami bersiap ke untuk pulang ke Banda Aceh. Feri berangkat pukul 0230pm. Naik je dari laut, pak supir sudah menunggu untuk berangkat ke pelabuhan. Transfer dari hotel ke pelabuhan Rp300,000 ( Macam mahal, tapi layan je la, sebab senang berurusan dengan dia, tepati masa). Tiket feri juga sama untuk ke banda Aceh, Rp 80,000.
Sampai di Banda Aceh, kami mengambil supir , kos nya Rp 400,000 termasuk transfer airport untuk ke esok kan hari. Di Banda Aceh kebanyakan tempat kunjungan tidak tiada fee masuk. Antara tempat yang di lawati, Kapal PLTD APUNG 1, Kapal atas rumah dan Masjid Baitul Rahman. Selesai pusing pusing Banda Aceh, kami mencari hotel. Lupa nak book. Alhamdulillah jumpa. Rp 500,000 per night. Katil untuk 4 orang.
ohkembara.com_masjid-baitul-rahman
Masjid Baitul Rahman
Selesai check in, kami keluar semula untuk makan malam. Pak Supir kami bawa ke kedai Mee Razali untuk makan makanan famous di Aceh, iaitu Mee Aceh dan apa nama dah lupa . Ada air kelapa + cempedak . Best!
ohkembara.com_masjid-baitul-rahman-banda-acheh
Suasanan di dalam Masjid Baitul Rahman
Lepas kenyang perut, Pak Supir bawa kami ke kedai cenderamata untuk beli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Laki shoping macam mana sangat. Jap je. Pastu balik hotel. Tidur.

Hari Ketiga, 15hb August 2016
ohkembara.com_muzium-tsunami-banda-acheh
Muzium Tsunami Aceh
Hari terakhir di Banda Aceh, kami bergerak dari hotel pukul 0630am. Bangun pagi, pak supir dah tunggu. Pekerja hotel siap jenguk ke bilik untuk kejutkan dan bagitahu sarapan dah di sediakan. Bagus hotel nya.
Sampai di airport, kami singgah di dulu di kedai kopi bersebelahan terminal untuk sarapan kali kedua. Minum kopi aceh dan kuih muih di sana. Roti + Kaya dia best!
ohkembara.com_muzium-tsunami-banda-acheh-2
Di dalam Muzium Tsunami Aceh
Okay done bercuti!!! balik Malaysia. Thanks Banda Aceh. Percutian yang best!
VIAAhmad Faiz Iqbal
SHARE

2 COMMENTS

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.