Teknik Penipuan Di Jalanan Yang Anda Perlu Jangka Sewaktu Mengembara

scam jalanan di luar negara

The Friendship Bracelet

Apabila anda nampak sesorang mencurigakan menghampiri anda dan terdapat friendship bracelet ini ditangannnya, cepat-cepat masukkan tangan anda ke dalam poket seluar atau jaket anda. Usah pedulikan apa yang dikatakan orang itu, elakkan eye contact dan berjalan dengan cepat untuk mengelakkan diri.

Rose For Your Girlfriend

Ingatkan isteri/mak/kawan perempuan anda untuk tidak mengambil apa-apa yang dihulurkan oleh orang yang tidak dikenali. Sebaik sahaja barang yang diberi berada di tanganĀ isteri/mak/kawan perempuan anda sukar untuk memulangkannya kembali tanpa memberi si penipu tadi sebarang bayaran. Jika anda berani, letakkan barang diberi di atas lantai dan berlalu pergi dengan cepat.

The Found Ring

Periksa gelang/cincin/jam/barang kemas yang anda bawa semasa berjalan. Jika anda pasti tiada yang tercicir, jangan pedulikan apa yang orang tadi katakan.

scam jalanan di luar negara

Street Games

Jangan berhenti jika terlihat permainan ini dimainkan di tepi jalan. Jika tidak, samada duit anda akan habis kerana mencuba nasib ataupun diambil penyeluk saku.

The Dropped Wallet

Sama seperti kes The Found Ring tadi, pastikan bukan dompet anda yang tercicir. Jangan pedulikan apa yang ada di atas lantai itu.

scam jalanan di luar negara

Kami belum pernah mengalami mana-mana taktik scammer di atas. Jika anda mempunyai pengalaman untuk dikongsikan, anda boleh tinggalkan komen anda di bawah. Pengalaman anda mungkin membantu orang lain untuk mengelakkan dari ditipu.

scam jalanan di luar negara

The Photographer

Sentiasa ambil sikap lebih berhati-hati jika anda ditawarkan apa-apa pertolongan. Jika anda benar-benarĀ perlukan pertolongan, anda yang harus memilih siapa yang anda perlu minta pertolongan. Bukan sebaliknya.