Mahu kereta sewa percuma di New Zealand?

Untuk menikmati pemandangan dan keindahan New Zealand sepenuhnya dan secara bebas, menyewa kenderaan di sana adalah satu kemestian. Bukannya pengangkutan awam di New Zealand tidak bagus, tetapi anda perlu terikat dengan jadual dan perjalanan dan masa anda di satu-satu tempat adalah terhad. Tambahan pula, kebanyakan pengangkutan awam tidak beroperasi 24 jam.

Bagaimana mendapatkan kereta sewa murah di New Zealand?

Terdapat perkhidmatan kereta sewa yang menawarkan servis satu hala maksudnya tempat anda mengambil kenderaan tidak sama dengan tempat anda memulangkan kenderaan tersebut.

kereta sewa murah new zealand quality car rental

Sebagai contoh anda menyewa kereta dari Auckland yang berada di bahagian utara New Zealand dan mahu menuju ke Wellington di bahagian selatan New Zealand. Kemudian anda mahu meneruskan perjalanan anda dari Wellington ke Christchurh dengan menaiki kapal terbang, dan anda mahu meninggalkan kereta yang anda sewa di Wellington.

Kereta yang anda sewa itu sudah tentu perlu dipulangkan semula ke Auckland bukan? Di sinilah di mana syarikat kenderaan sewa ini akan memerlukan ‘relocation service’

Syarikat ini akan menawarkan ‘relocation rate’ kepada sesiapa yang boleh membawa kereta sewa mereka semula ke tempat pickup point tadi, iaitu Auckland.

kereta sewa murah new zealand jucy

Namun terdapat pros n cons terutamanya perbezaan pada terma dan syarat antara syarikat-syarikat kenderaan sewa untuk relocation service ini berbanding anda memilih perkhidmatan sewa kenderaan yang biasa. Anda perlu memilih apa yang anda rasa dapat memberi lebih nilai kepada anda tetapi tidak merosakkan percutian anda di sana.

Antara aspek-aspek yang anda perlu ambil tahu adalah

Tempoh sewaan

Tempoh sewaan adalah terhad. Syarikat kenderaan sewa akan menyatakan tempoh sewaan dan kenderaan perlu dipulangkan di drop off point sebelum masa yang ditetapkan.

Jarak Perjalanan

Kebanyakan syarikat menawarkan unlimited mileage untuk kenderaan yang dalam tempoh sewaan, maksudnya anda boleh menggunakan kenderaan tersebut tanpa perlu risau jarak yang akan ditempuhi. Tetapi ada sesetengah syarikat menyatakan limited mileage sebagai contoh tidak boleh melebihi 2000km dalam tempoh sewaan.

Insurans

Anda perlu tahu terma dan syarat insurans kenderaan yang anda sewa itu samada insurans asas sahaja atau total protection insurance. Kebanyakan syarikat menawarkan insurans asas sahaja untuk kenderaan yang disewa di bawah terma reloacation ini, tetapi anda diberi pilihan untuk upgrade insurans tersebut kepada total protection insurance dengan sedikit bayaran.

Petrol

Petrol dengan tangki penuh secara percuma adalah antara tawaran yang anda perlu cari jika menyewa kenderaan ‘relocation‘ ini. Lain-lain tawaran adalah seperti petrol/cash rebate.

Bayaran

Sudah tentu lebih rendah dari kadar sewa biasa. Ada syarikat menawarkan sewa percuma asalkan kenderaan mereka sampai di tempat dropoff point!

Anda boleh rujuk beberapa syarikat sewa kenderaan di bawah yang menawarkan relocation deal kepada pelanggan mereka.

16 Syarikat Kenderaan Sewa Yang Menawarkan Relocation Deal Di New Zealand

 

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here