1. Shukutsu Observatory Deck, Otaru

ohkembara-com_shukutsu-observatory-deck

Ambil bas ke Otaru Aquarium dari Otaru Terminal. Berhenti pada stesen bas yang terakhir. Tambang 210 ¥en.

Disarankan ambil Sapporo Otaru welcome pass sebab dapat diskaun JR ticket sekali dengan subway one day pass yang saya guna hari berikutnya.

Pemandangan lawa gila di sini sebab atas bukit. Ramai yang pergi ke Otaru Aquarium tapi tak tahu naik atas bukit tu ada observatory dan masyaAllah sangat cantik dan PERCUMA.

Saya duduk di sini sampai pukul 12 tengah hari dan bergegas ke Otaru Canal dan Sakaimachi Street yang bagi saya tak berapa menarik.

Otaru Canal
Otaru Canal

Lebih baik habiskan masa di area bay tu tengok pantai dan sea lions atau ke Old Aoyama Villa (mansion orang kaya jepun zaman lama)

2. Historical Village of Hokkaido

ohkembara-com_historical-village

Tiket masuk 680¥en. Dari Sapporo Station naik Tozai Line ke Shin Sapporo Station. Guna subway one day pass, ambil bas nombor 22 dari platform nombor 10.

Saya siap-siap print dari internet pasal tempat ni dan pemandu bas beritahu saya bila dah smpai.

Pemandangan tempat ini juga sangat cantik, replika perkampungan orang barat di Jepun. Tak rugi ke sini.

3. Takino Suzuran Ski

Dari Shin Sapporo Station lepas historical village saya tukar subway di Odori dan ke Makonai last subway station, masih menggunakan one day pass.

Dari Makonai ambil Chuo Bus ke Takino Suzuran. Lebih baik print siap-siap tunjuk driver bus.

Tube sledding PERCUMA di sini.

Tiket masuk 410¥en dan sewa ski antara yang termurah di Sapporo. Kalau smpai lmbat boleh masuk night observatory, hanya 100¥en untuk tengok pemandangan yang sangat cantik

4.Noboribetsu Date Jidai Mura

ohkembara-com_noboribetsu-date-jidai-mura

Jidai Mura ni perkampungan jepun zaman edo ie zaman ninja dan samurai. Perkampungan ini sangat cantik walaupun tak berapa besar, tetapi ada aktiviti menarik seperti games, free samurai show, ninja show dan cultural theatre.

Sangat berbaloi!

Direction: Ambil JR Train ke Noboribetsu. Dari JR Noboribetsu Station ambil Donan bus menuju ke Onsen Terminal ke Jidai Mura.

Agak leceh sebab satu bas sahaja ke sni dari JR station jadi anda disarankan bergerak ke sini pada awal pagi sebab banyak tempat boleh pergi tapi tak bnyak bas dan kena tunggu lama.

Tambang 210 ¥en. Tiket masuk 2900 ¥en.

Bas berhenti betul-betul depan park ni. Bas ada setiap sejam,  tunggu depan park jika anda menaiki bas.

Dapatkan jadual perjalanan bas semasa masuk park jadi anda boleh merancang masa anda di tempat ini.

5. Jigokudani Hell Valley, Noboribetsu

ohkembara-com_jigokudani-hell-valley

Ambil Donan bus ke Onsen Terminal. Dari terminal boleh jalan kaki ke Hell Valley sebab tak jauh. Dapatkan peta PERCUMA di kaunter di Onsen Terminal supaya tak sesat.

Tiket masuk PERCUMA dan pemandangan masyaAllah sangat cantik macam dalam lukisan. Kalo rajin hike dalam 30 minit akan jumpa Mt Hiyori dan Oyunuma (tapi saya tak pergi sebab hari tu windy sangat) Banyak tempat yang boleh pergi kalau rajin berjalan di sini.

Di kaunter Jigokudani Hell valley anda boleh ke kaunter dekat pintu masuk dan beritahu anda nak ke Bear Park.

Kakitangan di situ akan panggilkan shuttle PERCUMA dan bagi diskaun tiket ke Bear Park.

Bawa maggi ke sini sebab kaunter dia menyediakan air panas percuma dan di Noboribetsu saya tak jumpa tempat makanan halal.

6. Bear Park, Noboribetsu

ohkembara-com_bear-park-hokkaido

Dari Onsen Terminal ada shuttle PERCUMA ke Bear Park. Saya guna tiket diskaun jadi dapatlah dalam bawah 1000 ¥en diskaun.

Tiket masuk selepas diskaun ialah 2400 ¥en.

Ada ropeway naik ke Bear Park ala-ala Bukit Bendera Langkawi tapi lagi tinggi dan anda boleh lihat pemandangan yang cantik. Naik ropeway ni pun rasa berbaloi sebab anda boleh nampak lembah antara gunung n puncak-puncak bukit.

Di Bear Park ni terhibur tengok bear, ada yang tepuk tangan, ada yang baring angkat kaki dan angkat tangan bila nmpak kita nak baling makanan.

Bear Park tutup pukul 3 jadi sila rancang perjalanan anda  bila smpai di Noboribetsu. Balik saya guna free shuttle ke Onsen Terminal, kemudian naik Donan bus ke JR station dalam 360¥en.

VIASafiqah Ayob
SHARE