Sebagai seorang penggemar Taman Tema, saya ingin kongsi sedikit pendapat since saya noticed kerapkali orang mengajukan soalan antara Disneyland Tokyo dengan Universal Studio Japan,yang mana paling best.To be honest I prefer Disneyland berbanding to Universal Studio Japan. Nak tahu sebab apa?boleh tengok point-point dibawah.

Hollywood Dream Ride, Universal Studio Japan
Hollywood Dream Ride, Universal Studio Japan
  1. Disneyland yang paling dekat dengan Malaysia ialah Disneyland Hongkong manakala Universal Studio yang paling dekat ialah Universal studio Singapore. Since basically most Universal Studio and Disneyland based on the same concept so saya boleh merasai pengalaman yang hampir sama di universal studio Singapore yang hanya bersebelahan Malaysia. So if I need to choose,I prefer Disneyland Tokyo.

    Jurassic Park, Universal Studio Japan
    Jurassic Park, Universal Studio Japan
  2. Disneyland Tokyo mempunyai system Queue yang sangat berkesan berbanding Universal studio Japan dimana fast pass di Disneyland Tokyo adalah percuma manakala fast pass di Universal Studio Japan adalah berbayar (Very expensive) dan terhad penjualanya. Tambahan pula Fast pass di Disneyland Tokyo boleh digunakan berkali kali berbanding di USJ yang hanya boleh digunakan sekali setiap ride. Sistem fast pass Disneyland Tokyo sangat efisyen dimana anda akan dapat menaiki semua ride atau attraction even pada hari puncak tapi pastikan anda merancang penggunaan fast pass dengan sebaik mungkin untuk merasai pengalaman semua rides!

    Minnie's House, Disneyland Japan
    Minnie’s House, Disneyland Japan
  3. Saya berpengalaman melawat kedua dua taman tema both on weekday so I can say that longest Queue on that day di Disneyland Tokyo ialah 40 minit (Toy Story) purata lain-lain rides ialah sekitar 10 minit hingga 40 minit manakala di USJ longest queue ialah 2 Jam 30 minit (Harry Potter). Purata lain-lain rides ialah sekitar 30 minit hingga 2 jam.

    ohkembara-com_spiderman-disneyland-park-japan
    The Amazing Spiderman, Disneyland Japan
  4. Kebanyakkan attraction di USJ bertemakan movie so most of the attraction is basically show concept dan seperti yang diketahui umum,Japan adalah negara yang sangat menitik beratkan penggunaan Bahasa Jepun jadi agak sukar untuk enjoy the show compare to Disneyland dimana kebanyakkan attraction adalah berbentuk permainan manakala bagi stage show pula kebanyakkannya dibuat dalam 2 sesi (English & Japan) kemudahan lain seperti portable subtitle juga disediakan bagi show yang tiada English version di Disneyland.

    Splash Mountain, Disneyland Japan
    Splash Mountain, Disneyland Japan
  5. Thematic dan space planning di Disneyland juga lebih menarik dan teratur. Detailing dan tema-tema setiap kawasan juga sangat menakjubkan. I love how Imagineers (Disneyland planner) design every props and landscape di dalam Disneyland.USJ punya thematic pun menarik but nothing compare to Disneyland Tokyo. Jadi kepada yang suka bergambar, better go for Disneyland.

    The Wizarding World Of Harry Potter, Universal Studio Japan
    The Wizarding World Of Harry Potter, Universal Studio Japan
  6. Setiap hari akan ada 4 sesi parade yang berlainan tema di Disneyland berbanding USJ hanya 1 atau 2 sesi. Perarakan karakter di Disneyland lebih menarik kerana perarakan dibahagi kepada 4 pertunjukan berbeza (character parade,special parade,dancing parade,Light show). Di musim-musim perayaan tertentu seperti krismas atau halloween perarakan akan menadi lebih menarik. Lebih banyak karakter di Disneyland begitu juga kereta berhias berbanding di USJ.

    Tokyo Disneyland Parade
    Tokyo Disneyland Parade
  7. Opening hours di Disneyland Tokyo juga adalah lebih panjang berbanding di USJ. Disneyland Tokyo open until night where you can enjoy beautiful lights and fireworks show every night! USJ kebiasaanya akan tutup awal petang sebelum hari gelap dan fireworks show hanya pada hari hari tertentu.

    Universal Studio Japan
    Universal Studio Japan
  8. Tiket masuk ke Disneyland Tokyo boleh dibeli secara online manakala tiket masuk ke USJ hanya boleh dibeli di kaunter tiket melainkan anda tahu berbahasa Jepun sebab cuma few online site yang menjual tiket USJ dan kesemua arahan dalam Bahasa Jepun.

Pun begitu, saya masih boleh katakan USJ lebih baik berbanding USS di Singapore. Kelebihan lain yang ada di USJ dibandingkan dengan Disneyland pula ialah thrill attraction lebih banyak dan ada single rider line. Jadi boleh buat keputusan yang mana anda lebih suka. Kalau nak tahu info lebih lanjut on how to reach there,how to use fast pass or anything else boleh tanya saya. Thanks ya!

 

VIAMohamad Atif
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here