Di sini saya ingin berkongsi itinerari ringkas saya dan rakan saya Bani Hussain ke Iran pada pertengahan bulan puasa lepas.

Kami beli tiket promo Airasia masa baru buka laluan ke Tehran (RM600 return). Ground cost untuk 6 hari adalah USD270 = RM1085. (2 malam menginap di hotel bajet, malam yang lain tidur dalam bas)

Hari Pertama
23 Jun 2016
Dari Malaysia ke Tehran

1. Berlepas dari KLIA2 pada 7 malam. Sampai di Tehran pada 1130 malam (8 jam).

2.Beza masa antara Iran dan Malaysia ialah 3 jam setengah.

Hari Kedua
24 Jun 2016
Tehran & Esfahan

1.Tukar wang di Airport . 100 usd= 3450k Iran Riyal(IRR). Duit Malaysia juga diterima.

2. Ambil teksi sapu dari airport ke Terminal Jonub (600k IRR). Alternatif lain adalah gunakan teksi berlesen (750-800k IRR). Kalau waktu siang ada shuttle bus ke metro terdekat atau ke bandar (lebih murah dari teksi)

3. Ambil bas paling awal pukul 6 pagi dari Terminal Jonub (southern station) ke Esfahan (170k IRR)

4. Sampai Esfahan, Terminal Bas Kaveh pada pukul 12 tengahari

5. Check in hotel dalam terminal bas. Kaveh hotel – 1500k IRR untuk double room.

6. Ambil bas ke Bandar Esfahan (20k IRR)

7. Melawat tempat-tempat menarik di dalam bandar Esfahan

  • Imam square – ramai orang Iran picnic di sini
Imam Square,Esfahan Iran
Imam Square,Esfahan Iran-Ramai local yang berpiknik disini. Orang Iran suka piknik dimana-mana. Asal boleh, bentang tikar dan lepak .
  • Bazar – sebelah Imam Square. Banyak jual karpet, pewter dan hiasan
  • Ada 3 tempat yang kami tak dapat masuk sebab dah tutup masa kami sampai (Chehelsotoon Palace, Ali Qapu & Masjid Sheikh Lotfollah)
Khaju Bridge,Esfahan Iran
Khaju Bridge,Esfahan Iran
  • Khaju Bridge dan Si-o-seh Pol Bridge (Ambil teksi dari Imam Square) – Masa kami pergi sungai kering kontang.
Kuala Lumpur Ave,Iran
Kuala Lumpur Ave,Iran-Kalau di KL ada Jalan Esfahan, di sini ada Jalan Kuala Lumpur.
  • Kuala Lumpur Street – tiada apa pun, saja suka-suka ambil gambar

8. Ambil bas balik ke hotel (20k IR)

Hari Ketiga
25 Jun 2016
Esfahan & Varzaneh

1. Check out dari Kaveh Hotel. (Minta receptionist untuk simpan beg sampai malam)

2. Naik bas ke Terminal Jay (20k IRR)

3. Naik minibus ke Varzaneh pukul 9 pagi (2 jam perjalanan – 35k IRR)

Varzaneh Desert,Iran
Varzaneh Desert,Iran

4. Sampai Varzaneh, ambil teksi untuk bawa kami ke padang pasir (Varzaneh Desert) 350k IRR. Kebanyakan driver teksi tak mahu hantar kami sebab katanya desert sangat panas dari pukul 11 pagi- 5 petang semasa musim panas. Kami dapat seorang yang sanggup lepas kami pujuk, tapi dia cuma nak hantar kami ke desert dan tidak ke Salt Lake. Jadi, rancangan untuk ke Salt Lake terpaksa dibatalkan.

5. Naik bas pukul 11 pagi balik ke Esfahan. Menurut orang tempatan, bas pukul 11 pagi adalah bas terakhir dari Varzaneh ke Esfahan. Kalau terlepas terpaksa ambil teksi dan bayar 15-30 USD.

Mount Sofeh,Iran
Mount Sofeh Peak,Iran. Ramai orang local yang hiking naik gunung ni. Nampak permandangan seluruh Esfahan. Kalau malas macam kami boleh naik cable car.

6. Sampai di bandar Esfahan, minta bas berhenti di tengah bandar. Ambil teksi ke Mount Sofeh (150k IRR). Di Mount Sofeh kami ambil cable car ke atas gunung (200k IRR). Kalau anda cergas, anda boleh hiking 3km ke puncak secara percuma. Cuma ada viewpoint dan restoran di atas Mount Sofeh. Menurut gambar, Mount Sofeh kadang-kadang bersalji semasa musim sejuk.

Mount Sofeh Cable Car
Mount Sofeh Cable Car

7. Pulang ke bandar Esfahan naik teksi. Makan malam dan kembali ke Kaveh Terminal.

8. 1130 Malam ambil bas dari Esfahan Ke Shiraz (300k IRR VIP Bus)

Hari Keempat
26 Jun 2016
Shiraz

1. Sampai terminal Karandish di Shiraz

Nasir-Ol-Molk/Pink Mosque Iran
Nasir-Ol-Molk/Pink Mosque Iran

2. Ambil teksi ke Masjid Nasir ol Molk (Pink Mosque). Cantik! Masa terbaik untuk pergi adalah waktu pagi masa matahari baru naik (150k IRR). Buka pukul 8 pagi.

Makam Shah Cheragh
Makan Shah Cheragh dari jauh. Masuk percuma.
Cleaner Brigade Shah Cheragh
Cleaner Brigade Shah Cheragh. Ritual berkawad dan menyanyi sambil mencuci makam dilakukan setiap pagi.

3. Jalan kaki 1km ke Shah Cheragh. Makam terbesar di Shiraz, masuk percuma, siap ada English speaking guide for foreigner. Di dalam makam cantik tapi tak boleh ambil gambar.

Hafez Tomb
Hafez Tomb. Makam seorang penyair terkenal.

4. Ambil teksi ke Hafez Tomb. Tiket masuk 200kIRR . Tiada apa yg menarik sangat di sini, kecuali jika anda peminat puisi-puisi hafez.

5. Ambil teksi pulang ke Terminal Karandish. Rehat sebentar sebab cuaca dah panas.

Necropolis
Naqshe-rostam (Necropolis). Makam 4 raja.
Persepolis
Persepolis- Bekas kota Xerxes yang telah dihancurkan.

6. Pukul 3 petang ambil teksi ke Persepolis & Necropolis (Naqsh-e Rustam). 50km dari terminal bas. 1000k IRR. Kalau nak ke Pasargad tambah lagi 800k IRR. Tiket masuk ke Persepolis 200k. Agak berbaloi sebab luas kawasannya. Tiket masuk ke Necropolis juga 200k IRR. Yang ni kecil sahaja tempatnya

7. Pukul 8 malam tiba di Terminal Karandish. 1100 malam amik bas ke Yadz (220k IRR)

Hari Kelima
27 Jun 2016
Yadz

1. Sampai Terminal Yadz pukul 6 pagi.

2. Ambil teksi ke Amir Chakhmaq Complex – satu mercu tanda di bandar Yadz.

Yadz Old City
Yadz Old City. Jika ingin melihat senibina rumah iran yang asli, anda boleh kesini.

3. Pusing2 Yadz Old City. Nasib kami tak baik sebab hari kami sampai adalah hari cuti berkabung untuk memperingati kematian Saidina Ali. Hampir kesemua kedai dan kawasan tarikan ditutup. Sebab tak tahu nak buat apa dah kami pulang ke terminal dan ambil bas pukul 1230 tengahari ke Tehran (400k IRR)

4. Sampai Tehran pukul 1030 Malam. Perjalanan Hampir 11 jam.

5. Ambil teksi dari Terminal Jonub ke Hotel Firouzeh. Yang ni rasa macam kena scam sebab mahal sangat 500k IRR walaupun dekat. Kami terlupa nak nego harga sebelum naik teksi sapu.

6. Check in Hotel Firouzeh (1300k IRR)

Hari Keenam
28 Jun 2016
Tehran

1. Checkout dan simpan beg di hotel

2. Jalan kaki ke Milat Metro station. Beli touch n go card dengan topup (150k IRR)

Usa Den Of Espionage
USA Den of Espionage. Bekas embassy USA yang telah disita selepas revolusi Iran.

3. Ke USA Den of Espionage (Bekas Embassy-Taleqani Metro Station)

Tabiat Bridge
Tabiat Bridge Firdaus Hussain‎Backpackers Buddies Malaysia (BBM) July 7 · Tabiat Bridge. Antara senibina moden terbaik di Tehran. Lebih cantik pada waktu malam.

4. Naik metro ke Tabiat Bridge (turun di Shahid Haghani metro. Jalan kaki 1km)

Azadi Tower
Azadi Tower

5. Ambil teksi ke Azadi Squre (Azadi Tower)

6. Ambil metro dari Azadi Square ke Tehran Bazar (stesen Panzdah e- Khordad). Tehran Bazar sangatlah besar. Kalau anda kaki shopping mungkin perlu habiskan masa sehari di situ. Kami ke Golestan Palace berhampiran bazar untuk melawat tapi ditutup pada hari itu.

Milad Tower
Milad Tower- Kami tak pergi sebab tiada public transport untuk ke sana kecuali teksi.

7. Pulang ke Hotel dan ambil barang. Naik metro ke stesen paling hampir dgn IKA airport iaitu stesen Shahid.

8. Amik van ke IKA airport (30k IRR). Kalau teksi 400k IRR

Hari Ketujuh
29 Jun 2016
Pulang ke Malaysia

Flight pukul 1 pagi. Sampai Malaysia pukul 1230 tengahari


Nak tahu 15 perkara yang perlu anda tahu sebelum mengembara ke Iran? Sila klik pada pautan di bawah.

15 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mengembara Ke Iran

VIAFirdaus Hussain
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here