Kata Laluan Wifi Lapangan Terbang Seluruh Dunia

Dalam dunia serba moden ini, tidak dinafikan akses kepada internet menjadi satu keperluan lebih-lebih lagi jika anda jauh dari negara sendiri di mana akses internet adalah terhad.

Yang menjadi pertanyaan sebaik anda tiba di lapangan terbang di luar negara  adalah;

Macam mana nak email host Airbnb?

Macam mana nak cari maklumat tentang airport transfer?(untuk yang suka buat trip redah)

Ataupun sekadar,

Nak hantar gambar di group whatsapp nak showoff yang saya dah sampai Tokyo.

Atau nak telegram mak bapak nak beritahu yang saya dah sampai di Russia, walaupun baru lunch dengan mereka semalam?

Anda boleh memilih untuk roaming atau membeli simkad tempatan sewaktu di luar negara. Tetapi mahu kah kami beritahu anda, anda boleh mendapat akses internet percuma sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang di luar negara?

Anda boleh rujuk pada pautan di bawah ini yang menyenaraikan kata laluan wifi di hampir semua lapangan terbang seluruh dunia.

Malaysia jugalah paling baik hati. Internet percuma sepanjang hari. Laju pula tu (tapi taklah sampai boleh stream youtube tanpa lag)

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here