15 Tip Melancong ke Iran

Tip Melancong ke Iran ini ditulis oleh Firdaus Hussain yang telah mengembara ke 4 bandar besar di Iran iaitu Tehran, Esfahan, Yadz dan Shiraz selama 6 hari 5 malam. Anda boleh rujuk itinerari perjalanan beliau melalui pautan di bawah.

Itinerari 6h5m Di Iran Dengan Bajet RM1700 All-in

 

1.Berapa hari nak ambil cuti?

2 hari perlu diperuntukkan untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi kalau anda merancang untuk menghabiskan masa selama 7 hari di sana kenalah ambil cuti 9 hari.

2. Beza Toman Dan Riyal

Fahami penggunaan Toman dan Riyal. 1 toman = 10 riyal. Benda ini agak mengelirukan. Cuma pastikan bila diberitahu harga tanya balik adakah dalam toman ataupun riyal.

3. Money Changer

Semakin jauh anda dari bandar Tehran, semakin susut nilai dollar bila ditukar. Jadi lebih baik tukar di Tehran semua duit dollar. Susah nak jumpa kedai money changer di Iran, tapi boleh tanya peniaga-peniaga untuk tukar di kedai tak berlesen (kami pernah tukar di kedai buku dan kedai jahit).

4. Makanan

Makanan di Iran agak hambar bagi tekak orang malaysia. Sila bawa sambal/sos cili sebab di sini cuma ada jual sos tomato.

5. Bahasa

Ramai yang boleh bertutur bahasa Inggeris di Tehran. Tapi luar dari Tehran anda perlu menggunakan bahasa isyarat.

6. Orang Iran

Secara umum, rakyat Iran ramah dan sudi membantu.

7. Pengangkutan Awam-Bas

Bas VIP harga hampir sekali ganda cuma beza ada 3 seat per row dan diberi sekali makan snek. Tak banyak beza dengan bas biasa. Untuk lebih jimat naik bas biasa.

8. Pengangkutan Awam-Metro

Tehran Metro sangat sesak terutama pada waktu puncak. Untuk wanita ada disediakan ladies coach.

9. Pengangkutan Awam-Teksi

Teksi sapu murah sikit dari teksi biasa tetapi lebih risky. Tanya harga dulu sebelum naik. Kebanyakan orang yang approach anda untuk offer perkhidmatan teksi biasanya bawa teksi sapu.

10. Airport Transfer

Metro dari IKA airport ke bandar sudah hampir siap. Perjalanan dari airport ke bandar akan lebih mudah lepas ni.

11. Metro di Esfahan

Metro di Esfahan belum siap sepenuhnya dan hanya cover separuh bandar.

12. Simkad Dan Topup

Susah nak jumpa kedai yang jual simcard dan topup di luar Tehran. Kedai handphone banyak, tapi tak semua jual topup.

13. Trafik

Trafik di bandar Tehran pada terutama pada waktu puncak sangatlah mencabar. Lebih menakutkan daripada trafik di Ho Chi Minh atau Jakarta.

14. Cuti Umum

Iran antara negara paling banyak holiday dalam dunia. Sila semak dulu http://www.timeanddate.com/holidays/iran/ supaya jadual perjalanan anda tidak terganggu. Holiday banyak sebab hari kelahiran dan kematian imam-imam besar mereka diberi cuti.

15. Media Sosial

Facebook dan twitter tak boleh buka. Instagram boleh.

VIAFirdaus Hussain
SHARE

3 COMMENTS

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.