Selepas selesai urusan visa di pejabat Chinese Visa Application Service Center di Ampang. Penulis bercadang meneruskan perjalanan mencari winter jacket untuk percutian beliau ke China yang jatuh pada musim sejuk. Jika anda mahu memohon sendiri visa ke China tanpa menggunakan agensi pelancongan. Anda boleh rujuk artikel tulisan penulis melalui pautan di bawah ini.

Panduan Permohonan Visa Ke China Secara DIY

Alang-alang buat visa, saya lajak ke Family Bundle. Memandangkan trip kami inshaAllah minggu hadapan (Disember 2015) dan dah masuk winter, maka kami perlukan pakaian musim sejuk.

Walaupun tak bersalji, tapi suhu sangat rendah antara 10° hingga -5°.

Dari Hampshire Place tu, kami keluar semula ke jalan besar menghala ke LRT Ampang Park. Depan Menara RHB ada bus stop, tunggu situ dan naik bas RapidKL (kod U28, U29, U30) yang menghala ke Lebuh Ampang/Pandan Mewah.

Beritahu nak ke Ampang Waterfront. Tambang RM1.90, perjalanan dalam 15 minit jika tak sesak.

Tunggu bas tak lama dan RapidKL agak efisien. Kekerapan bas dalam 5 minit sekali (berdasarkan kiraan kami yang menunggu bas).

Kami tadi main redah tak tahu jalan, based on Maps yang bagitau nombor bas. Tunggu bas yang tercatat dalam Maps tapi tak muncul-muncul. Yang asyik muncul dalam tempoh menunggu tu, bas yang saya nyatakan di atas.

Maka inisiatif kami, tahan sahaja bas U29 dan tanya pakcik bas tu jika bas tu ke Ampang Waterfront. Pakcik bagitau lalu, kami naik je. Dan bas berhenti betul-betul depan Vintage Family Bundle Clothing (dari Ampang Park sebelah kiri).

LRT terdekat adalah stesen LRT Ampang (sebab balik tadi kami naik LRT Star – aliran Ampang, bas pun ada juga). Jalan kaki dalam 800m, 15 minit berjalan kaki.

Kalau dari Family Bundle nak ke LRT stesen Ampang, keluar kedai belok kanan jalan je terus sampai jumpa stesen LRT di sebelah kiri.

Kalau dari LRT Ampang nak ke Family Bundle, keluar stesen dan nampak jalan raya, belok kanan jalan terus je sampailah jumpa Family Bundle di sebelah kiri dan lintas jalan. Jalan raya agak sibuk jadi hati-hati semasa melintas dan gunakan jejantas.

Seksyen baju sejuk adalah di bahagian belakang. Boleh dikatakan banyak pilihan sampai rambang mata kami, kualiti pun agak bagus, nampak macam baru. Harga bermula RM11.

Gambar yg saya letakkan di post ni adalah antara baju yg murah dan cantik yg available tadi (yang jadi pilihan saya). Cuma sebab ianya pakaian terpakai, maka jangan expect saiz dan design yang anda nak tu sentiasa ada. Ada yang saya berkenan, tapi agak besar atau kecil.

Sekali lagi, rezeki kami, kami sahaja yang mencari winter clothing jadi tak perlu bersaing nak dapatkan yang terbaik. Hampir 10 helai dicuba, dan saya beli 3 helai dengan harga RM28 dan RM11.

Banyak lagi baju-baju di sini yang boleh dicari dengan harga bermula RM5. Kesabaran diperlukan untuk mencari dan memilih ya. Kalau nak yang mengikut kehendak hati dan tak nak mencari, seeloknya anda ke kedai biasa dan bayar dengan harga yang selayaknya.

Sekian perkongsian. Moga membantu.

VIAAtyqa Adrá
SHARE