Bercuti Ke Perth Selama Seminggu Dengan Bajet RM1800

My friend asked me, boleh buat RM600 tak macam mamat viral ni buat? Aku jawab, aku tak boleh beb. Dah sampai jauh ni mesti jalan jauh-jauh jugak.

Alhamdulillah aku dan 5 rakan yang lain telah selamat kembali dari mengembara di bumi Western Australia untuk 7 Hari. Mulanya hanya aku berdua dengan saudara Jumaq Muadz This is a last minute trip since kami plan sebulan sebelum dan prepare semua last minute, dalam 2 minggu sebelum barulah kami cuba setelkan. Hostel pun tempah seminggu sebelum.

Planningnya nak ikut bajet yangg viral hari tu dalam 600-800 ringgit, tapi macam tak syok pulak sebab diorang just cover Perth City dan tak cover South and North. So we decided untuk sewa kereta, kami berjaya sampai ke Cervantes di utara dan Margaret River di Selatan (we wish to extend sampai Albany dan bermalam di sana, malangnya kami dah book total 6 nights accommodation di Perth City, dan tidak digalakkan memandu pada waktu malam untuk mengelakkan kemalangan).

So we advertise kat group BBM dan sorang je respon, total of 3, me, Jumaq and @Kak Yat (first jumpa pun kat Perth City). All of sudden, nasib menyebelahi apabila 3 orang lagi kawan pun nak join (Deela Fa Lala, her mum and Izyan Farhana)

Trip ini agak mencabar kerana salah seorang dari kami merupakan seorang yang agak berusia (mum to one of our friends). But alhamdulillah, we made it! So I share to you guys our itinerary and budgetary. Ini bukan bajet trip ye sebab kami last minute plan.

Ini itinerari saya untuk 7 hari 6 malam kat Perth. Budget tidak termasuk souvenir,pebelanjaan sendiri dan makanan semasa kat Perth.

Hari Pertama 3 NOV 2016

backpack perth australia

1030 : Penerbangan dari KUL

1600 : Sampai PER and settle everything. Beli simpack Optus untuk internet plus call (10AUD for 5 days @ 15AUD for 7 days)

1800 : Naik bus 380 tunggu kat Bus Stand M or N depan arrival hall ke Perth City (cheaper option) dan akan turun di Elizabeth Quay. From Eli. Quay boleh naik CATbus to any of your destination for free.

2000 : Check in kat Haus Accommodation di kawasan Norhbridge. Manager dia nama Michael, orang Sandakan Sabah bah! 100% recommended sebab tempat dia best. Toilet dia sediakan baldi dan gayung. Nak masak pun senang.

2100 : Jalan-Jalan area Northbridge sampai la Hay Street. But nothing much to do at night but more to sightseeing.

2300 : Rehat cukup-cukup.

Perbelanjaan

  1. Flight cost : RM700 (can get cheaper than this if you buy during promo)
  2. Haus Accommodation : rm416 for 7 days (can get cheaper if you book earlier, macam kami, kami book a week before, menyesal take sudah)
  3. Makanan untuk seminggu (maggi, brahims, etc) : RM 50 per person
  4. Tambang bus 380 : 4.6AUD
  5. Optus Prepaid : 10AUD
    Jumlah : 1156MYR + 14.6AUD

Hari Kedua 4 November 2016

tempat menarik di perth

0800 :Ambil kereta sewa kat Aries Car Rental. Owner dia orang Malaysia, Desmond Tan. Yang bestnya boleh bayar cash berbanding car rental yang lain perlukan credit card, debit card memang susah sebab debit card yang laku hanya debit card yang ada nama engraved on that cars. Yang penting bond kena guna CC or DC. Saya guna DC Maybank je. Pastikan DC dah di-activate for overseas transaction (boleh buat kat M2U) and minimum amount dalam akaun lebih kurang 800AUD@RM2800.

0930 : Breakfast dan sekali jalan-jalan kat Yanchep National Park. Bayaran 12AUD per car. Simpan resit sebab boleh pakai masa gi Nambung National Park kalau nak tengok the Pinnacles. Kat sini boleh tengok grey kangaroo and koala. Koala dia tidur je atas pokok.

1100 : Gi Yanchep Lagoon. Pantai dia lawa tapi angin kuat nak mampus. Free aje.

1200 : Gi Guilderton Lookout Point. Kat sini boleh tengok pertembungan sungai dan laut. Kat sini orang putih suka mandi-mandi. One thing, angin dia kuat, so sejuk gila kalau mandi. Plus banyak lalat! Free and its beautiful.

1400 : Lancelin Sand Dunes. Macam tips yang telah dikongsi sebelum ni, sewa sandboard kat kedai convenient Lucky7. Sewa AUD10 dan deposit 50AUD. Nanti dia pulangkan masa kembalikan. Besti gile main sandboard. Disarankan memakai pakaian bersesuaian kerana angin sangat kuat dan pasir dia halus. Better bawak mask dan shades.

1630 : Gi Nambung National Park. Kalau guna maps, jangan pergi kat yang cervantes, simpang dia sebelum sampai Cervantes. Nanti keliru pulak kang. Kat sini boleh guna resit dari Yanchep tadi, jimat. Kitorang sampai dah nak tutup dan galeri dia dah tutup pun.

1930 : Bertolak balik ke Perth City. Disarankan balik awal.

2030 : Sampai Perth City. Kami parking free je sebab parking free in between 6pm-8am (varies depend on the location).

Perbelanjaan

  1. Car rental : Kami ambil Nissan Pathfinder untuk 3 hari sebab kami ramai jadi mahal sket . (340aud/6 org) : 57AUD
  2. Yanchep NP entry fee (12aud/6 org) : 2AUD
  3. Sandboard : 10AUD /2 : 5AUD
  4. Makanan : Bawa sendiri, so jiimat kat situ.
    Jumlah : 64AUD

Hari Ketiga 5 November 2016

percutian ke perth

0740 : Pergi Blue Boat House @ Crawley Boatshed guna kereta sewa. Kalau guna kenderaan awam saya tak sure. Sebab awal pagi, kami je la amek gambar kat situ. Selalu ramai orang dan kena tunggu kat situ la jawabnye. Ini free, jangan risau.

0830 : Bertolak ke North

1100 : Sampai kat Naturaliste Cape Lighthouse. Sampai sana I suggest tak perlu ambil tour, explore sendiri je for free. Sebab kalau ikut tour kena bayar 14AUD by which sama je, beza dia tour, dia bagi penerangan and can see whale from the lighthouse. Kitorang yang free, pun dapat tengok whale jugak dari bawah.

1200 : Singgah kejap kat Eagle Bay Olive Farm. Serius tempat ni tempat feveret aku! Boleh rasa Olive for free. One of the worker pernah tinggal kat Penang. Excited jugak dengar cerita dia.

1245 : Singgah jap kat pantai berdekatan, Meelup Beach. Crowded gila dengan orang putih bercuti. Terik yang amat tapi orang putih suka lepak kat sini sebab pantai dia lawa.

1430 : Gi Busselton Jetty. Busselton Jetty ni one of the longest wooden jetty in the world, almost 2km. Kat sini nak masuk kena byar 2AUD, kalau nak naik train dia 14AUD. Memandangkan aku kedekut gila, aku prefer untuk jalan-jalan kat pantai je. Masuk kedai souvenir etc. Nak makan makanan halal kena gerak skit kat town dia. Turkey Kebab.

1630 : Sampai kat Bunburry. Tak sure apa ada kat sini. Kami singgah cari surau. Dugaan gile sebab kitorang guna waze, dia hantar ke kedai liquor. Pergi tempat kedua dia hantar ke rumah orang. Last-last kitorang call pengerusi pusat islam kat Bunburry, rupanya surau die kat belakang kedai liquor tadi. Patah balik gi kedai liqour tadi. Alhamdulillah jumpe jugak. Call je org pusat islam tu, dia akan bagi password utk masuk ke dalam.

1830 : Kononnya nak tengok dolphin watching kat Mandurah Quay. Tapi dah sampai lewat sangat. Takde chance. Tapi kalau korang sampai awal, boleh ambil tour kat sini, atau kalau rezeki baik tak perlu ambil tour, dolphin tu suka lepak kat esplanade dia. Ikut rezeki.

2100 : Kitorang mengidam makanan Malaysia so we decided utk gi Makan-Makan Cafe kat Victoria Park, South Perth.

2300 : Sampai hostel, penat gile dan tido.

Perbelanjaan

  1. Minyak (better isi kat town sebab minyak lagi murah – 68aud/6 org) : 12AUD
  2. Makanan : Kebab 12aud, Makan2 Cafe 15AUD : Optional so saya tak masukkan dalam budgetary okay?
    Jumlah: 12AUD

Hari Keempat 6 November 2016

backpack perth

0800 : Breakfast ala-ala picnic kat Kings’ Park. Park die besar gila, terbesar kat dunia mengalahkan Central Park kat NY. My fav place in Perth City. Kitorang still guna kete sewa. Boleh menaiki bus transperth, tiada CATbus rasanya ke sini. Free je masuk.

0930 : Sampai kat Caversham Wildlife Park. Ini wajib okay? Sebab korang boleh main kejar-kejar dengan Kangaroo, melihat kemalasan wombat, dan si koala yang kuat tido. Bayaran 28AUD. Korang kena alert dengan showtime die, boleh tgk schedule kat website dia. Masa masuk dia akan bagi brochure pukul berapa showtime.

1230 : Gi Margaret River Chocolate Factory. Dekat je dengan Caversham WP. Yang ni best sebab boleh makan coklat for FREE!

1300 : Gi Grape Farm bersebelahan je dengan Chocolate Factory tadi. juga FREE!

1430 : Sampai kat Freo Market. Freo Market ni kat EShed berdekatan dengan Freemantle Railway Station. Cuma buka on Fri, Sat and Sun. Hari lain dia tutup. Kat sini beli souvenir. Ramai yang recommend untuk beli kat Megabes, tapi entah kenapa saya rasa Aussin lagi murah. Depends on your. Sebaiknya cek dua-dua dan bandingkan harga. Nak solat, tanya je pekerja dia,nanti diorang tunjuk. Mostly Malaysian kat sini. Kitorang shopping sampai Eshed nak tutup. Dia tutup around 5pm ye.

1800 : Makan the famous fish and Chip kat Kailis. Ada 2 tempat yang famous tapi dorang kata Kailis lagi sedap. Aku amek yang 2 fillets, 16.9 AUD. Sambil-sambil tu boleh tengok sunset kat sini.

1900 : Bertolak balik ke hostel utk rehat. Malam takde buat apa pun.

Perbelanjaan

  1. Minyak : 83UD /6 org (sebab masa nak pulangkan kereta esoknya kena pastikan fuel penuh :13.8AUD
  2. Caversham WP : 28AUD
  3. Parking kat Freo Market : 12AUD/6 : 2AUD
  4. Makan kat Kailis (ini wajib okay? haha, so aku masukkan dalam bajet) : 16.9AUD (boleh amek yg 10.9AUD)
    Jumlah : 60.9AUD

Hari Kelima 7 November 2016

bercuti ke perth

0800 : Hantar kereta balik ke car rental. Bond dipulangkan.

0900 – 1800 : Kitorang pusing-pusing dalam bandar perth je hari ni.Semua menggunakan free CATbus. Kitorng gi Malaysian Hall kat Northbridge, shopping kat Watertown Brands Outlet, Hay Street, Murray Street, Bell’s Tower, dan yang sewaktu dengannya. Bandar dia kecil je jadi senang nak cover. Oh ya nak shopping minyak wangi, cari je Chemist Warehouse, banyak tempat ada. Yang aku jumpa kat Hay Street and Northbridge. Serius murah!

Perbelanjaan

  1. Mostly free sebab naik CATbus. Duit habis shopping.
    Jumlah : Free.

Hari Keenam 8 November 2016

tips melancong ke perth australia

0800 : Bertolak dari Perth Station ke Freemantle Train Station. Beli tiket Zone 2 dan naik dari platform no 7 ke arah Freemantle.

0840 : Lepak dlu kat Freemantle menunggu ferry ke Rottnest Island. Bangunan dia lawa-lawa woi.! My fav town sepanjang trip ni.

0930-1300 : Naik ferry ke Rottnest Island. Kalau korang plan nak gi tempat ni, pegi hari Selasa okay. Korang google je Tuesday Deal Telethon Rottnest Island. Usual price klu sekali basikal 77AUD, tpi hari selasa kitorang dapat 59AUD. Klu takde basikal cuma 39AUD. Aku opted for 39, kawan amek yang 59, cara nak jimat, kitorang bonceng basikal. hehe. Aku tak nak cite banyak pasal Rotto Island, sebab korang mesti tau tempat ni kan?

1300-1700 : Kitorang tawaf again Freemantle and kat sini bus pun free sebab ada CATbus jugak. Makan sekali lagi kat Kailis. Sedap woi, tu yang repeat tu.

1700 : Balik ke Perth City menggunakan kaedah yang sama tadi.

Perbelanjaan

  1. Tiket Perth-Freemantle :4.6AUD
  2. Rottnest Island ; 39AUD
  3. Tiket Freemantle – Perth : 4.6AUD
    Jumlah : 48.2 AUD

Hari Ketujuh 9 November 2016

melancong ke perth

1000 : Hari terakhir nak balik. Kitorang habiskan makanan yang ada so takde la lapar sangat. Check out mcm biasa. Naik catbus from Northbridge and naik bas 380 from Elizabeth Quay ke Perth International Airport. ingat tau, MAS, Malindo @ Airasia berlepas dari Terminal 1. Jangan gi Terminal 2,3@4. Tu domestik and regional okay? Make sure asingkan barang liquid so senang nnti nak lepas nnti sebab diorang akan bgi plastik utk korang maskkan liquid. and kalau korang ada shopping more 300aud in one shop, boleh claim GST okay? Yang ni buat kat airport jugak.

1400 : Balik Malaysia. Sedih woi.

Perbelanjaan

  1. Tambang Bas : 4.6 AUD
    Jumlah : 4.6 AUD.

Jumlah Perbelanjaan

TOTAL BUDGET SEPANJANG DI PERTH TIDAK TERMASUK FLIGHT TICKET DAN MAKANAN DARI MALAYSIA DAN HOSTEL :
14.6AUD(DAY1) + 64AUD(DAY2) + 12AUD(DAY3) + 60.9AUD(DAY4) + 0(DAY5) + 48.6AUD(DAY6) + 4.6AUD(DAY7) : 204.7AUD (KADAR TUKARAN 3.25 = RM665.3)

HOSTEL : RM416

TOTAL GROUND WITH ACCOMMODATION : RM1081.3

FLIGHT : RM700

TOTAL : RM 1781.3

Kalau pergi sorang, better cover area Perth sahaja (you can follow itinerari yang viral itu where your budget will be within 600-800 ringgit)

Tips Melancong Ke Perth Australia

  • Kalau ramai, better sewa kereta at least 3 hari dan cover south and north perth (Total 7 days kami dapat RM1100). Dinasihatkan dalam group 4-5 untuk lagi murah.
  • Pathfinder ni sehari dlm 80AUD, sebab kami ramai, klu 4 org tu, sewa kete min 3 hari ke atas untuk lagi murah. Jgn sewa kurang dari tu,boleh sewa kete kecil sikit yang lagi murah iaitu hyundai accent (muat 4 org dengan kadar 38AUD sehari!, jimat besar woo!)
  • Duit jangan bawa cukup-cukup, lebih lagi baik. Saya bawak 400AUD, kawan bawak 300AUD and we survived. Tapi tidak dinasihatkan, sebaiknya bawak minimum 500AUD.
  • Orang Perth peramah gila! Saya cari barang kat bus pun dorang offer untuk tolong. Saya ambil wefie dengan kawan-kawan, diorang offer tolong ambilkan gambar.
  • Memandu di Perth, bukan macam di Malaysia okay, peraturan ketat gila, and make sure you follow, paling laju 110km/h. Kat bandar cuma 40km/h. But make sure you follow sebab speed trap ada dimana-mana, speed trap bergerak pun ada. Menguji keimanan sungguh.
  • Bawa botol air sendiri okay. Air mineral paling murah saya jumpa 2AUD@RM6. So save up and bring your own water.
  • Jangan memandu malam, kebarangkalian untuk melanggar haiwan liar, especially roo.
  • Kalau shoppping souvenir, boleh beli mana-mana, tapi kalau kau nak jimat, beli kat Freo Market Freemantle, sangat murah. Aku beli tshirt Perth bru 4AUD sehelai. Jacket AUS tu bru 9.99AUD compared kat city yg mahal gila.
  • Weather spring ( Sept-Nov ) agak windy. Matahari terik tapi sejuk because of wind.
    Recommended utk instal beberapa apss yang sangat berguna iaitu aplikasi Transperth, Hello Perth (mengandungi peta laluan CATbus utk Perth dan Freemantle), dan Assist Transperth.
  • Banyak bertawakkal, jadilah manusia yang peramah dan berbahagia lah sepanjang anda di sana

Disclaimer : Some infos might inaccurate but for sure it is approximate.

VIAShazmiey Abdurahman
SHARE

1 COMMENT