Itinerari Ke Dubai 7 Hari

Untuk anda yang mencari itinerari ke Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), kami kongsikan itinerari oleh Faizal Fredley yang baru sahaja menghabiskan masa selama 7 hari bercuti di Dubai.

Menurut beliau jumlah perbelanjaan yang tertulis dalam itinerari ini adalah untuk seorang.

Antara tempat-tempat yang beliau lawati adalah Burj Dubai Sky, Ferrari World Abu Dhabi, Butterfly Garden, Wild Wadi Waterpark dan Desert Safari.

Di akhir itinerari ini juga, beliau berkongsi tips dan panduan ke Dubai. Dari itinerari yang beliau kongsikan inipa kami boleh simpulkan perbelanjaan untuk makanan dan pengangkutan di Dubai adalah tinggi terutamanya teksi dan uber.

Beliau boleh diikuti di website peribadi beliau http://www.faizalfredley.com.


 

Hari Pertama (15/10/2017)

  •  Flight KL ke Kochi (transit)
  • Sampai Kochi jam 2.30pg. Next flight ke Dubai by Indi Go airlines.
  • Sampai airport dubai jam 5pg waktu dubai
  • Breakfast kat airport
  • Taxi from airport to hotel
  • Bus ke Emirates mall
  • Lunch kat food court
  • MRT balik hotel (beli kad TNG) (25 AED)
  • Rehat dulu. Tak larat dah!!
  • Malam baru keluar ke Dubai Mall. Naik bas je. Dalam 30 minit.
  • Kat Dubai Mall ada muzikal fountain dpn Burj Dubai. Start dari jam 6ptg – 11mlm. Cantikkk! Wajib tengok kalau datang Dubai.
  • Dinner
  • Top up kad TNG (50 AED)
  • Jam 12 mlm balik hotel.

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED17)
  • Teksi airport ke Hotel (AED53)
  • Lunch (AED75)
  • Kad MRT/Bus (AED25)
  • Topup kad (AED50)
  • Dinner (AED25)

Hari Kedua (16/10/2017)

  • Breakfast
  • Ferrari World, Abu Dhabi
  • Naik teksi ke Abu Dhabi Jarak dalam 110km from dubai to ferrari world. Naik teksi shared 3 org. 2 jam 30 minit.
  • Teksi dari Dubai ke Abu Dhabi 500 AED / 3person
  • Lunch kat Ferrari World
  • Grand Mosque Abu Dhabi (wajib singgah)
  • Balik Dubai.
  • Dinner and have a night life in Dubai
  • Balik hotel tidur

grand mosque abu dhabi

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED17)
  • Teksi ke Abu Dhabi kongsi 3 org (AED500/3)
  • Lunch kat Ferrari World (AED75)
  • Dinner (AED20)
  • Tiket Ferrari Worls (AED235)

Hari Ketiga (17/10/2017)

  • Desert Safari
  • Naik 4×4 dalam 1 jam ke padang pasir.
  • Jalan bumping
  • Pakej naik unta dlm 1 minit utk bergambar
  • Tarian belly dancing dan lain2
  • Pakej termasuk dinner (buffet)
  • Ambillah pasir kat sana sebotol utk souvenir

4x4 ride dubai desert

Perbelanjaan

  • Lunch (AED25)
  • Desert Safari (AED135)

Hari Keempat (18/10/2017)

  • Wild Wadi water part
  • Public Beach layan sunset
  • Mall of Emirates

Perbelanjaan

  • Breakfast (AED25)
  • Tiket Wild Wadi Waterpark (AED220)
  • Loker di Wild Wadi (AED45)
  • Lunch (AED30)
  • Dinner (AED35)

Hari Kelima (19/10/2017)

  • Check out kat Sea View Hotel
  • Check in kat Ibis One Central
  • Lepak hotel. Tangan terseliuh masa kat Wild Wadi. Nak keluar petang-petang panas.
  • Dubai Mall
  • Cari Souvenir kat Dubai Mall.
  • Al Jaber Gallery ada jual Souvenir berkualiti. Mahal sikit
  • Kat careful pun ada jual Souvenir. Murah dr Al Jaber
  • Old Dubai souk (souvenir) sini byk brg antik, rempah, kain

Perbelanjaan

  • Lunch + Dinner (AED100)

Hari Keenam (20/10/2017)

  • Butterfly Garden
  • Miracle Garden
  • Butterfly garden agak tak berbaloi maybe sebab kita dari Asean. Kat negara kita lagi cantik garden macam ni.
  • Nak gi sini kena naik teksi.
  • At the top Burj Khalifa 505 AED tiket kena beli online. Best time kol 5 leh tengok sunset
  • Dubai Mall
  • Hard Rock Cafe

dubai garden

Perbelanjaan

  • Tiket Butterfly Garden (AED50)
  • Burj Khalifa at the top sky (AED505)
  • Dinner (AED120)

Hari Ketujuh (21/10/2017)

  • Fly to KL transit di Kochi 3 jam.

Perbelanjaan Di Dubai Untuk 7 Hari

  • Day 1 – AED 195
  • Day 2 – AED 479
  • Day 3 – AED 160
  • Day 4 – AED 355
  • Day 5 – AED 100
  • Day 6 – AED 695
  • Day 7 – AED 30
  • Lain-Lain – AED 500
  • Flight – RM1,500
  • Hotel 7D6N – RM1,830
  • Spend – RM2,909
    TOTAL – RM6,220

Senarai Harga Tiket Tempat Menarik Di Dubai

  1. Ferrari World = AED 235
  2. Wild Wadi Waterpark = AED 220
  3. Desert Safari = AED 135
  4. Butterfly Garden = AED 50
  5. Burj Khalifa (Sky) = AED 505

Info dan tip ke Dubai UAE

  1. Waktu di Dubai lewat 4 jam dari waktu Malaysia
  2. Temperature dalam 30 -36 darjah. Sangat panasss.
  3. Uber mahal. Boleh naik teksi murah sikit
  4. Teksi dan bas kat sini bawak macam naik F1. Laju bak hang!
  5. Naik bas atau MRT lagi murah. Boleh beli kad di kaunter untuk naik Public transport AED25
  6. Last time hujan kat sini dekat setahun.
  7. Kat dubai is everything expensive
  8. Tukaran wang RM1 = 0.8 AED
  9. Abu Dhabi tak de apa sangat boleh cover dlm 1 hari je. Day trip!
  10. Dubai ke Abu Dhabi dalam 2 jam.
  11. Hati-hati dengan driver teksi dari india. Banyak menipu.
  12. Orang arab ni majoriti pemalas
  13. Hotel harga standard Malaysia
  14. Makan kat sini a bit pricey sikit
  15. Duit banyak habis kat teksi ja. Nak jimat naik bas tapi lambat.

 

VIAFaizal Fredley
SHARE