Macam Mana Nak Travel Dari Heathrow Airport ke London?

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak travel dari Heathrow Airport ke London dengan mudah, cepat dan jimat bukan?

Kali ini kami berkongsi panduan yang dikongsikan oleh Hairwan AB yang beliau dapat melalui pengalaman beliau sewaktu melancong ke London.


Sebelum tu, korang kena tau mana nak stay dulu. Bagi saya, saya cadangkan korang stay di kawasan Hyde Park.

Nanti saya senaraikan nama-nama hotel dan hostel kat sini dan macam mana nak ke hotel-hotel tu dari Paddington Station.

Jadi macam mana nak travel dari London Heathrow Airport ke Paddington? Di bawah ini saya senaraikan pilihan-pilihan yang ada:

1. Tube

Macam LRT, MRT tu. Kalau naik Tube, kos dari Heathrow ke Paddington dalam £4 (RM22.29). Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.

Dan dari Heathrow, kena naik Piccadilly Line untuk turun di Earl’s Court, kemudian tukar naik District Line untuk ke Paddington.

Agak leceh sikit la.

2. Heathrow Connect

Macam ERL Transit, which is bagi saya, hassle free dan agak jimat, tambang sehala dari Heathrow ke Paddington Station, £10.30 (RM58).

Train ni akan berhenti di station Hayes&Harlington, Southall, Hanwell, West Earling, Ealing Broadway dan station terakhir adalah Paddington.

Tak perlu turun mana-mana station, tunggu sahaja sampai Paddington dan jarak perjalanan pun amat singkat, dalam 25 minit sahaja.

Korang boleh book tiket online di website mereka https://www.heathrowconnect.com/tickets.

3. Heathrow Express

heathrow express ticket

Pilihan ke 3, paling cepat tapi agak mahal, naik Heathrow Express , macam ERL Express.

Dari Heathrow, train ni akan direct ke Paddington, tak berhenti mana-mana stesen, jarak perjalanan dalam 15 minit SAHAJA!

Cara Nak Naik Heathrow Express Tapi Bayar Macam Naik Tube Sahaja?

Yang bagusnya, Heathrow Express ni ada promosi kalau korang beli ONLINE in advance.

Bagi tarikh perjalanan sebelum 90 hari, fare serendah £5.50 (RM31) SAHAJA!

Untuk tarikh perjalanan sebelum 30-89 hari, harga sehala semurah £8.80 (RM50).

Antara 14-29 hari, harga semurah £12.10 (RM68) dan kalau korang beli lagi 14 hari sebelum tarikh perjalanan, harga biasa serendah £22 (RM123).

Maklumat lanjut dan untuk pembelian tiket, korang boleh lawati laman web mereka di https://www.heathrowexpress.com/tickets-deals/prices-fares

Nak murah,jimat dan cepat?

JADI, sebenarnya korang boleh je naik Heathrow Express dan BAYAR HARGA LAGI MURAH DARI TUBE kalau korang pandai merancang masa. £5.50 (RM31) sahaja, lagi murah tu dari Tube.

Oyster Card

Jgn lupe beli Oyster Card (macam TnG tu) untuk memudahkan korang jalan-jalan dalam kota London.

Kad ni percuma, tapi korang kena bayar deposit  £5 (RM28), boleh dapat balik bila korang pulangkan kad tu, dan jangan lupa topup sebelum guna.

Beza korang guna card ni dengan bayar cash hampir DOUBLE ok..

Contoh, untuk zone 1, korang hanya bayar £2.40 sehala (RM14) dengan kad ni, tapi kalau cash, korang kena bayar £4.90 (RM28).

oyster card london

Yang bagusnya guna card ni, korang hanya bayar 3 perjalanan sehari sahaja, selebihnya bila korang guna dalam hari yang sama, dah tak kena tolak apa-apa.

Contohnya, perjalanan pertama korang dan guna £2.40, kedua pun sama, dan ketiga pun sama. Untuk trip yang ke empat dan seterusnya, dia tak tolak apa-apa lagi dari kad korang tu untuk hari yang sama tu. Jimat gila!

Oyster Card ni korang boleh beli in advance, suruh dia pos ke rumah, tapi posting charge mahal la, ataupun beli masa di airport nanti.

Tapi Heathrow Express atau Connect tak bleh guna card ni.

VIAHairwan AB
SHARE