Itinerari Ke Agra, Jaipur Dan Delhi

Jika anda masih lagi berkira-kira untuk bercuti ke India tetapi salah seorang anggota rombongan anda berkerusi roda, anda perlu membaca itinerari ini. Fahmi Samsudin telah menghabiskan masa lebih seminggu di Agra, Jaipur dan Delhi membawa ibu beliau yang berkerusi roda, respek!

Menurut beliau perbelanjaan sebelum perjalanan adalah sebanyak RM750/seorang untuk tiket penerbangan berserta in-flight meal dan luggage 25kg untuk penerbangan pergi balik.

Perbelanjaan lain adalah E-visa India sebanyak RM215 seorang.

Anda boleh mengikuti beliau di instagram https://www.instagram.com/en.pamey/


 

Hari Pertama 29 September 2017

  • Penerbangan pukul 7 malam dari KUL
  • Smpai di Delhi pukul 11 malam waktu tempatan (beza 2 jam 30 minit)
  • Beli simkad Vodafone starting pack ₹800 (2 jam bru activate data)
  • Kena scam sebab beli teksi di Airport ₹350 , dorang bawa smpi ke tengah bandar, cuba untuk suruh kitorng book hotel dorang, last drop di New Delhi Train Station (400m kena jalan dr jalan sunyi sepi ke hotel)
  • Check in hotel ₹2150 pada jam 2.30 pagi.

Hari Kedua 30 September 2017

  • 8.30 pagi kami gunakan Olacabs ke Agra dengan tempoh perjalanan 4 jam 30 minit, bayaran Olacabs ₹4000.
  • 2.30 petang check in dua malam di Agra, hotel berbalkonikan pemandangan Taj Mahal.
  • Jalan pusing-pusing sampai malam.

Hari Ketiga 1 Oktober 2017

  • 9 pagi kami gunakan OlaCabs untuk ke Taj Mahal.
  • Entrance seorang ₹1000 (dapat air mineral dengan shoe cover)
  • Upah travel guide ₹1200 (VIP entrance semua)
  • Free and easy access ke Masjid sebelah Taj Mahal, tak semua boleh msuk. Dan juga easy access dalam Taj Mahal tu, tak perlu beratur 3 4 jam.
  • 2 petang balik hotel solat dan bersiap.
  • 4 petang ke Agra Fort, entrance ₹550. Kalau ada tiket Taj Mahal, tunjuk untuk dapatkan diskaun ₹50.
  • Upah travel guide ₹850, dia bawa pusing satu tempat tu, siap angkat wheelchair sekali ke tingkat atas.
  • Beware pick pockets !
  • Malam dinner.

Hari Keempat 2 Oktober 2017

  • 9 pagi Memulakan perjalan selama 5 jam 30 minit ke Jaipur dengan Olacabs ₹4100.
  • 3 petang check in 2 malam
  • 3.30 petang ke Pink City jalan-jalan membeli belah.
  • 8 malam balik hotel dan makan malam.

Hari Kelima 3 Oktober 2017

  • 10 pagi Perjalanan ke Amber Fort selama 45 minit dengan Olacabs.
  • Panna Meena Ka Khun di bawah (free) kemudian ambil jeep naik ke atas Amber Fort ₹500 seorng, tapi kalau ada student card boleh tunjuk, dapat ₹100.
  • 3 petang panjat Amer Fort (mini great wall) atas bukit, percuma.
  • 5 petang balik bandar ke Hawa Mahal.
  • 6 petang pulang hotel, makan malam dan berehat.

Hari Keenam 4 Oktober 2017

  • 11 pagi Perjalanan dengan Olacabs ke Delhi mengambil masa 4 jam 30 minit
  • 4 petang check in 2 malam di Delhi.
  • 6 petang ke Chandni Chowk jalan-jalan.
  • 8 malam pulang ke hotel untuk makan malam smbil layan Kabhi Kushi Kabhi Gam. 

Hari Ketujuh 5 Oktober 2017

  • 1.30 petang menggunakan perkhidmatan Olacabs ke Swaminarayan Temple.
  • Free entrance, no camera and handphone.
  • 3.45 petang ke Humayun’s Tomb ₹500 entrance.
  • 5 petang pulang ke hotel.
  • 6.30 petang ke City Center yangg ada bendera India besar tu, tawaf satu bangunan bulat tu.
  • 9.30 malam balik ke hotel.

Hari Kelapan 6 Oktober 2017

  • 12 tengahari ke Masjid Jama, Chandni Chowk untuk solat jumaat.
  • 2 petang ke pejabat pos.
  • 3 petang pulang ke hotel (minta extend sampai ke 6 ptg sebab flight malam pukul 11 malam)
  • 6 petang check out, cash only no credit card time bayar.
  • 6.30 petang uber ke airport, perjalanan mengambil masa 2 jam sebab peak hours, jam sangat.
  • 8.45 malam sampai airport, check in semua.
  • 11.45 malam flight (delayed 45 minit sebab ada passenger local dan mat salleh buat hal atas flight)

Hari Kesembilan 7 Oktober 2017

  • 7.30 pagi selamat tiba di KLIA2

Tempat-tempat Menarik Di India

  1. Taj Mahal, Agra
  2. Agra Fort, Agra
  3. Pink City, Jaipur
  4. Amber Fort, Jaipur
  5. Panna Meena Kha Khun, Jaipur
  6. Amer Fort, Jaipur
  7. Hawa Mahal, Jaipur
  8. Chandni Chowk, Delhi
  9. Swaminarayan Temple, Delhi
  10. Humayun’s Tomb, Delhi
  11. Delhi City Center, Delhi
  12. Masjid Jama, Delhi

Panduan Melancong Ke India

  1. Bukan travel budget sebab pergi dengan disable person (wheelchair) so mostly transportation dan hotel agak terbatas .
  2. Hotel budget adalah untuk 3 orang, setiap tmpt 2 malam stay, so dalam RM250 sahaja. Setiap hotel ada yg queen bed boleh muat 3 org, ada yang dorg asingkan 3 bed, just request.
  3. Wheelchair accessible tak friendly, tapi okay. Saya dan mama boleh, anda pun mesti boleh.
  4. JANGAN BELI TEKSI DI AIRPORT, TGU JE DATA TU ACTIVATE, BOOK OLACABS@UBER.
  5. Kalau kena teksi scam, MODUS OPERANDI DIA (ada riot@bantahan tntang political issue, so semua tempat tak boleh pegi, banyak jalan tutup. Kalo kena, buat laporan polis, jumpa je polis jerit kuat-kuat, drama sket.
  6. Di sana, kena strict, belajar sket ckp India yang mudah-mudah macam Chaloo, Nahii, dan lain-lain. Cakap je korang ada kawan menetap di India, jadi orang local tak berani tipu.
  7. Air mineral, beli yg Bisleri (botol warna Turqoise) atau jenama coca cola, belek dulu seblum beli. Kalau tak, ada potensi untuk sakit perut.
  8. Bawa topeng muka, sana berhabuk sangat, sampai hidung pun tukar wrna hitam.