Penginapan Murah Di London

Sammbungan dari entri semalam di bawah ini, jika anda belum membacanya.

Macam Mana Nak Travel Dari Heathrow Airport ke London?

Macam yang saya nyatakan sebelum ini, tinggal di kawasan Hyde Park.

Paddington Station nak ke Hyde Park ni walking distance sahaja, dan ada beberapa kedai makanan halal di kawasan ini. Kalau korang bawa beg tarik tu, memang mudah nak ke hotel.

Hotel Murah Di London

Saya cadangkan korang tinggal di The Springfield Hotel. 5-10 minit sahaja dari Paddington Station.

Korang keluar je dari train, jalan menghala ke depan (arah pintu keluar, memang ada satu jalan je). Sampai di luar station, korang lintas jalas, akan nampak beberapa kedai cenderamata.

Terus je sampai ada nampak taman kecil sebelah kiri korang, terus sikit lagi, nanti hotel tu sebelah kiri korang.

Harga semalam kat sini pun dalam RM178 sahaja, rate yang murah untuk hotel di London.

Hostel Murah Di London

Kalau nak murah lagi, boleh stay hostel mcm

The Green Man Paddington (RM65)
Gallery Hyde Park (RM67)
Smart Hyde Park Inn Hostel (RM73)
Smart Hyde Park View Hostel (RM81)
The Phoenix Hostel (RM95)
Astor Queensway Hostel (RM98)

Tempat-tempat Wajib Dilawati di London dan Bagaimana ke Sana?

Ini antara tempat-tempat wajib yang korang kena pergi kalau ke London. Bagi saya, tak lengkap lawatan ke London tanpa ke tempat-tempat ini.

1.Buckingham Palace

Yang pertama, Buckingham Palace dan kawasan sekitarnya. Mudah sahaja nak kesini, dari Paddington Station, ambil Tube Circle Line, dan turun di St James’S Park Station.

Korang akan melalui 8 stesen sebelum sampai (Bayswater>Notting Hill Gate>High Street Kensington>Gloucester Road>South Kensington>Sloane Square>Victoria>James’S Park).

Selepas melawat Buckingham Palace, korang boleh berjalan kaki ke kawasan sekitar untuk ke Green Park dan Trafalgar Square.

2.Big Ben

Big Ben pun tempat wajib korang kena pergi. Apa tu Big Ben? Menara Jam ketiga tertinggi didunia yang terletak di House of Parliament, kawasan Westminster.

Macam mana nak ke Big Ben?

Dari Station James’s Park tadi korang boleh naik semula Circle Line tu dan turun di Westminster, satu station sahaja dari Station James’s Park.

Atau kalau korang dari hotel, naik Circle Lines dan turun di station Westminster (Bayswater>Notting Hill Gate>High Street Kensington>Gloucester Road>South Kensington>Sloane Square>Victoria>James’S Park>Westminster).


Di Station Wesminster ni, korang naik smpai atas, naik tangga sikit, dan korang akan nampak Big Ben tu depan mata korang. Jalan ke sebelah kiri korang untuk pergi ke Westminster Bridge.

Dari jambatan ni korang akan nampak London Eye di seberang sungai. Boleh lepak-lepak di tepi sungai ni sambil melihat pemandangan yang mengancam. Saya tak tipu, lain macam best nya lepak sini.

3.London Tower

Kalau korang tak kesini, memang tak Londonnn lah.

Macam mana nak ke London Tower?

Dari Paddington, korang ambil Circle Line juga. Cuma hala yang berlaianan dari sebelum ini. 11 station untuk sampai ke sini.

Korang turun di Tower Hill Station, dalam 25 minit jarak perjalanan (Edgeware Road>Baker Street>Great Portland Street>Euston Square>Kings Cross St Pancras>Farringdon>Barbican>Moorgate>Liverpool Street>Aldgate>Tower Hill).

JumlahPerbelanjaan Di London

  1. The Springfield Hotel (3h2m) > RM356
  2. Heathrow Express > RM80 (abam cuma sempat grab 30 days in advance punya fare)
  3. Oyster Card + Pound Sterling 20 topup > RM140
  4. Makan/minum + Cenderamata > RM280
    Jumlah perbelanjaan = RM856

Murah tak? Siapa kata pergi London kena habiskan ribu ribuan? Kalau flight pergi balik korang dapat bawah RM2K (banyak gak promo return flight ke London bawah RM2K), jumlah perbelanjaan korang “all in” tak sampai pun RM3K!

Bagi saya, perancangan tu penting. Orang yang gagal merancang ibaratnya seperti sedang merancang untuk gagal.

VIAHairwan AB
SHARE