Review Shanghai Disneyland

Pada tahun lepas kami pernah menyiarkan artikel mengenai saudara Mohamad Atif yang menulis tentang mengapa beliau lebih suka memilih Disneyland berbanding Universal Studio.

Seperti yang anda boleh baca pada pautan di bawah ini, beliau memberi 8 sebab mengapa Disneyland lebih menarik untuk dikunjungi.

Baru-baru ini beliau telah berkunjung ke Shanghai Disneyland dan mahu berkongsi pengalaman beliau di sana.

8 Sebab Kenapa Saya Memilih Disneyland Berbanding Universal Studio


shanghai disneyland fireworks

Disneyland Shanghai merupakan rangkaian Taman Tema terbaru dari Disneyland buat masa sekarang dan merupakan taman tema Disney yang ke 6 selepas Walt Disney World Florida, Disneyland California,Disneyland Paris,Tokyo Disneyland & Disneysea,Hong Kong Disneyland.

Umum mengetahui ianya adalah Taman Tema Disney kedua terbesar selepas Walt Disney World Florida dengan keluasan 963 ekar (Hampir 20 kali ganda keluasan saiz jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapore 49 ekar)

Pada mulanya saya agak skeptikal untuk melawat taman tema ini kerana umum mengetahui sikap dan kelakuan penduduk tanah besar china yang agak sukar dikawal dan sesetengahnya agak menjengkelkan terutama sekali dari segi adab dan kebersihan.

Tetapi sbg peminat setia taman tema,sy membuat keputusan untuk melawatnya tanpa ragu-ragu.

Tanggal 17 Oktober,saya melangkah dengan perasaan teruja dengan menaki bas pengantara yang disediakan percuma oleh pihak hotel Courtyard Shanghai International Tourism and Resorts Zone (more on this later) yang hanya jaraknya kurang 2 kilometer dari Disneyland Shanghai.

shanghai disneyland pirates of the caribbean

Saya tiba di Disneyland Shanghai 30 minit sebelum taman dibuka iaitu tepat jam 8.30 pagi dimana saya rasakan sudah agak awal dan kemungkinan untuk beratur adalah tidak panjang tetapi jangkaan saya meleset,penduduk tempatan telah pun tunggu lebih awal dari saya.

Sempat bertanya kepada seorang penduduk tempatan dan mereka mengakui telah pun beratur dari7.30 pagi walaupun taman tema hanyalah akan dibuka jam 9 pagi!

Kelihatan ramai yang mengenakan kostum dari watak Disney begitu juga watak-watak Halloween disebabkan sambutan Halloween pada masa tersebut.

Masing-masing kelihatan teruja dengan kehadiran Disneyland di tempat mereka.Begitupun beratur agak panjang untuk pemeriksaan keselamatan,barisan bergerak laju (approx. 15 minutes) disebabkan sistem yang sangat sistematik dan kaunter yang banyak.

Diingatkan sekali lagi ,saya ke Disneyland Shanghai adalah pada hari bekerja iaitu hari Rabu untuk mengelak dari beratur yang sangat panjang.

shanghai disneyland castle

Selepas melepasi pemeriksaan keselamatan,sy terus ke bahagian kaunter masuk.

Disebabkan telah membeli tiket secara online,sy hanya muat turun aplikasi Disneyland Shanghai dan tunjukkan nombor transaksi besertakan passport.

Diingatkan anda wajib membawa bersama passport untuk masuk kerana system ini telah digunakan bagi mengelakkan ulat tiket.

Bahkan ketika scan tiket untuk masuk,gambar anda akan dicetak dan digunakan sepanjang anda berada didalam taman tema untuk kegunaan fast pass(more on this later) dan lain-lain.

Tekaan saya berkenaan kebersihan taman tema agak meleset dimana ianya jauh sekali dari yang digembar gemburkan.

Tiada satu pun sampah sarap yang kelihatan begitu juga tindakan tidak bermoral dari penduduk tempatan!

shanghai disneyland tron ride

Kebanyakkan masyarakat tempatan yang dikenali dengan sikap suka meludah merata-rata langsung tidak kelihatan,Keindahan taman tema ini mengingatkan saya pada Disneyland Tokyo yang pernah saya lawati tahun lepas.

Sangat mengkagumkan.Tiada adegan tolak menolak dan potong barisan,masing-masing kelihatan sabar menunggu sebelum menaiki sesuatu permainan.Jadi usah takut dan bimbang untuk melawat Disneyland Shanghai.

Ianya masih terkawal dan bersih,begitu juga dengan keadaan bandar Shanghai yang sangat bersih dan hampir menyamai keadaan di negara jiran Singapura.

Berani saya katakan yang ianya lebih bersih dari tempat kita.

REVIEW OVERVIEW
Akses
Kemudahan
Kebersihan
Tarikan
Waktu Menungu
Keselamatan
VIAMohamad Atif
SHARE